Sunday, February 15, 2015

Autumnz Passion dan Lazada Malaysia


Post dibuat dah lama tapi tak pernah nak publish. Alkisahnya nak cerita pengalaman membeli di lazada dan pengalaman menggunakan Autumn Passion breastpump.

So, mesti ada yang terfikir kenapa beli online? Tak takut kena tipu ke? Ok, Ecah dah beberapa kali beli barang dekat lazada and setakat ni tak mengecewakan. So, kuatkan hati, tawakkal dan akhirnya berjaya memiliki set breastpump dengan harga yang murah. Dah penat survey dah kat lazada. Ecah tunggu waktu yang dia jua dengan harga murah. Selalu survey harga dia RM459. Sekali hari tu bukak tengok harga dia RM349. Tanpa fikir panjang terus beli dan beruntungnya rasa sebab it's COD (cash on delivery). Barang dah sampai baru bayar. Ok lah kan dari dah bayar tapi barang tak sampai. So, it is come with the package. Ada set pump, manual pump, ice pack, storage botol ada 4, beg cooler yang sekarang ni digunakan letak barang mekap anak Ecah.

Ok, sekarang nak bercerita pengalaman guna breastpump autumnz passion. Mula-mula pakai agak stress dan rasa menyesal sebabnya susu dapat sikit dan sakit. Ok, salah sendiri sebab tak menimba ilmu mengepam. Memang akan sakit mula-mula. Then setelah guna beberapa kali ok jer. Kemudian timbul kekesalan sebab rasa rugi beli yang ada double pump ni means boleh pam kedua-dua belah serentak. Ok, then salah lagi sebab bila dah tak rasa sakit slumber jer Ecah pam dua-dua belah. Mak siap cakap dah macam perah susu lembu. Ok mak such a joke di siang hari. Setelah guna double pam beberapa kali, hasilnya sangat memuaskan dan jimat masa.


 Guna powerbank pun boleh. Sekarang Ecah pam di mana-mana sahaja. Bawah ni pula hasil menuai untuk petang ni. Pam 10 minit dapat banyak tu. Alhamdulillah rezeki anak Ecah. So, pendek kata tak menyesal beli di lazada dan tak menyesal beli breastpump autumnz passion.


Sunday, October 12, 2014

Avent Natural Newborn Starter Set

Assalamualaikum,

Hari ni Ecah nak update berkenaan barang baby. Alhamdulillah dah masuk 31 weeks kandungan Ecah. So, barang-barang baby kena lah sedia ye tak? Ecah baru pick up barang dekat dealer. Ecah beli online je botol susu Avent ni. Kenapa online? Sebab dah survey kat kedai dan expo mahal lah. Kebetulan owner page Avent tu kawan Ecah and dia duduk UK. Barang-barang memang direct dari sana.

Korang kena rajin survey page ni sebab selalu harga barang dia berubah-ubah. Nak link dia?


Masa Ecah beli harga RM 129. Then, bulan September drop ke RM125. Harga sekarang?? Not sure. Kena tanya admin. Hehehe. So bawah ni barang dia. Tunjuk kotak je lah yer. Malas nak keluarkn dari kotak.



Ada 4 botol. Yang 9 oz boleh pakai bila dah besar sikit. Yang 4 oz guna masa kecik aka new born. Ok, masa pantang takde lah nak kasi botol terus. Guna time nak kerja nanti. Ecah ni ibu yang bekerjaya. Beli lah siap-siap. Lagipun siap ada puting and berus cuci botol. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails