Tuesday, February 12, 2013

Kesannya Selepas Seminggu Menggunakan Pure Marine Collagen

Assalamualaikum,

Lama rasanya Ecah tidak mengarang dalam blog yang serba kekurangan ni. Tetapi bersyukurlah kan di atas apa yang Allah SWT kurniakan. Oh ya, anda nampak kan tajuk post Ecah hari ini? Ok, Ecah sekarang dalam percubaan menggunakan PURE MARINE COLLAGEN. Apa benda ini? Ok, sila google ya sebab memang ramai sangat blogger yang membuat entry berkenaan dengan collagen ni.


Jadi, hari ini Ecah hendak kongsi sedikit selepas seminggu menggunakan PURE MARINE COLLAGEN ni. Harga dia  tak mahal dalam RM10 untuk 1 pack yang berkeberatan 100g. Boleh tahan sebulan diorang kata. Tidak mengapa sebab kalau nak tahu kita kena cuba dahulu lah kan?

Apa jadi lepas seminggu?


  • Kulit muka kalau dibelai-belai lebih lembut walaupun pada dasarnya kalau Ecah pandang masih menggerutu lagi. Tidak mengapa sebab baru seminggu kan? My sister tahu keadaan my kulit pipi macam mana dan kalau dipegang memang kasar but now Alhamdulillah dah lembut.
  • Sebelum ini Ecah agak jarang minum air sejuk dan skrg tekak cpt rasa dahaga. Jadi, bile dahaga minum air masak banyak-banyak lah..Kekerapan ke toilet pun semakin tinggi lah kan. Hehehe
  • Ada testimoni dari google beritahu kalau kita ambil collagen ini boleh berdiet. Alamak, Ecah ni kurus. Bagaimana.? No worries..Alhamdulilah perut cepat saja rasa lapar. Hehehe


Jadi sekarang kita tunggu lepas sebulan tengok macam mana. Awal bulan 3 in shaa Allah Ecah akan bertunang. Best kan kalau masa itu kulit muka ni nampak flawless. Berangan sangat. Haha. Tidak mengapa kita hanya mencuba dan pastikan hati ini tahu Allah SWT yang mencantikkan, memelihara dan menghiasi diri kita. 

Sekarang ini Ecah amalkan 2 cara menggunakan collagen ni iaitu minum dan masker. Untuk minum, Ecah ambil 2 sudu besar gel collagen yang telah direbus dan disejukkan. Kemudian minum bersama air ribena sebab kalau nak minum/makan macam tu sahaja memang tidak lalu. Mungkin next time kalau nak rebus Ecah kena masuk gula dan perasa terus. Jadi boleh makan begitu sahaja. Jangan lupa sebelum minum selawat 3 kali dan doa sedikitlah.

Cara kedua Ecah buat masker kulit. Hampas rebusan collagen Ecah asingkan dan simpan dalam peti sejuk juga. Kalau nak guna hanya ambil dalam 1 sudu. Ecah campurkan dengan tomato. Ecah lenyekkan tomato dan campur sekali dengan collagen ni. Kenapa Ecah campur dengan tomato? Sebab muka Ecah jenis cepat berminyak jadi seeloknya ditambahkan dengan tomato.


Gambar ini selepas seminggu menggunakan collagen rumpai laut ni. Kalau zoom memang muka berbiji-biji lah lagi dan pori-pori masih besar lagi. Muka sebelum? Boleh tak kalau cakap takde? Nanti lepas sebulan upload gambar terbaru. Itu pun kalau ada perubahan lah kan? Hehehe.

Rasa-rasa macam berminat tak? Kalau berminat beli dan amalkan..in shaa Allah akan nampak hasilya.

Saturday, January 19, 2013

Lovely Lace & Beads by Darni Heejab

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ada tak rakan-rakan dekat luar tu yang nak kahwin or tunang? Kalau ada mesti ada yang tengah mencari or menempah baju dan shawl korang kan? Dah jumpa tak mana-mana tailor yang boleh jahit baju idaman korang? Macam mana pulak dengan shawl or veil korang? Ok, jom tengok ni. Ecah nak show something yang sangat awesome dari Darni Heejab.

Photo: Assalam dan selamat ptg dears!! Semalam Darni baru siapkan set simple shawl with veil for customer engagement..kali ni shawl Darni buat design manik (low cost design) with veil ada lace n beads...Darni buat design ni sbb tuannye pon comel n kecik je...hihi..hope u like it!:)
Photo: Assalamualaikum beautiful ladies!! Yg ni gmbr shawl halfmoon color light grey with lace...so cute color dia:)
Photo: Salam dears! Arini Darni update lg 1 custom made halfmoon lace utk kak diana...dah lama anta just bru nk update..hihi...kain tiffany blue lace biru...

Jika berminat boleh pm Darni ye...:)
Photo: Salam dears, arini nk update custom made halfmoon lace...warna shawl coklat dan lace warna gold...:)
Photo: Salam Isnin n morning!! 31/12/2012 hari terakhir utk tahun ini...arini Darni nk share gambar custom made halfmoon warna off whitewith lace warna baby blue...utk tempahan tahun 2013 bln januari dah full yer...februari n march a few shj open for tempahan ok dears!! Tq for this year ramai jgk yg sudi custom made utk big day anda..tq so much! :) smile~~
Photo: Alhamdulillah...selesai jugak custom made shawl utk wedding customer Darni...warna shawl emerald green lace krim n beads peach light yellow n soft pink...utk order custom made bln 12 dah close yer..available utk thn depan shj..pm darni for price! Utk bln 3 thn hadapan tggl a few seats left..:)
Photo: Assalamualaikum, gmbr ni custom made 2 pieces selendang design lace + beadings utk customer darni, lynnn yusof..ramai plak customers nama lyn..hihi..ni cth jika customer nk design lace tu melekap pada dahi..owh ini gmbr beliau tunang hujung bln 11 lepas..bru skang darni dpt share..tq lyn yusof :)
Photo: Selamat pagi dan assalamualaikum, malam semalam Darni baru je dpt gmbr majlis nikah eishah dan pasangan..gmbr dr photographer blom dpt lg katanya...btw ktorg share ari sanding yg sama ok..16hb sept haritu :)...so ni hasilnya...
Photo: Assalamuaikum, dah lama Darni menyepi sebab busy dgn persiapan kahwin Darni...now dah official jd isteri org :) hihi...Darni nak update sedikit.. after a few times buat set tudung n veil utk customer..now darni nak wat promotion utk bakal pengantin kt luar sana...sesiapa yang berminat boleh pm Darni ok.. Kami akan buatkn set tudung n veil exclusive utk anda :) pada sesiapa yang nk Darni custom made shawl manik pon boleh..now it on! gmbr bwh ni on going shawl for kak lyn yg baek hati :) at same time tgh settlekan lace shawl kak diana...almost done..tggu utk pos ye :) - ADMIN
Photo: Kak Lyn Fauzi wearing shawl custom made dari Darni..tq kak trusting Darni utk buat selendang utk majlis nikah akak...Selamat pengantin baru...oppsss!gmbr Darni curi kt fb akak yer :)

Cantik kan shawl dan veil yang Darni Heejab buat ni. Ada satu lagi yang Ecah rasa lagi awesome which is baju kurung moden yang dihiasi manik dan lace. Fyi, Darni Heejab tak ambil tempahan baju. Darni Heejab just ambil tempahan jahit lace dan beads. Watch this guys..


And, this is the owner of Darni Heejab. Shawl yang dia pakai ni time majlis pertunangan dia. See, simple but so lovely kan? Then, apa tunggu lagi. Jom tempah!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails