Thursday, March 8, 2012

Keputusan SPM 2011 Keluar 22 Mac 2012


Alright, mesti ramai pelajar yang menduduki SPM 2011 menunggu keputusan SPM 2011 kan.? Dikhabarkan keputusan akan keluar 22 Mac 2012 ni. Wahh, aku pula yang cuak lebih. So, kepada adik-adik dah ready belum nak tengok keputusan korang.? Kalau belum doa hajat banyak-banyak. Anyway, tarikh tu belum rasmi lagi ok.

Pada yang dapat result cemerlang nanti akak ucapkan TAHNIAH. Pada yang dapat sedang-sedang tu cuba lagi ok. Ada banyak lagi sebenarnya exam yang korang kena hadap. Pada yang result agak down tu jangan putus asa pulak ok. Mungkin anda ada potensi dalam bidang lain. Cuba kenali diri anda sendiri ok.

Pssttt, keputusan stpm dah keluar eh.? Cuba semak dekat SINI

Sunday, March 4, 2012

Rating 5 Bintang Aku Boleh Bagi Untuk Adnan Sempit 2


uolss, dah nonton belum Adnan Sempit 2.? Okeh, ni myols nak kasi suggestion untuk pergi nonton cerita ini. Wahhh, gedik gitu saya. Aucchh, hahaha. Okeh2, back to normal. So, aku bukan nak cakap lebih kan tapi bagi aku cerita ni memang kelazzzz gitu. Lawak dia memang dari start cerita sampai ending tak henti-henti. Ok, aku tahu review ni dah basi sebab cerita ni kan dah lama keluar. Tapi aku nak cerita jugak. Excited ni uolsss.

Mula-mula cerita dah gelak dengan gelagak Sam aka Adnan pengsan bila dikenakan 30hari untuk transform. Transform jadi transformer bak kata Adnan. Kemudian disambung lagi dengan watak Along Raja Lawak yang tak boleh blah bila frust bercinta dengan  Yana Samsudin mencetus kepada adegan kejar-mengejar menunggang motor dalam shopping complex. Bagi aku memang melampau-lampau. Tapi tahniah dekat Sam dengan Along sebab adegan ni memang kelakar weh. Aksi diorang memang menjadi bagi aku. 

Apa yang paling kelakar bagi aku ialah bila Adnan speaking London. Antaranya 'i love to u', 'u are terrorist', 'he is reading(riding) a baisaikeler(bicycle)', 'with a conditioner(condition)' dan banyak lagi lah. Memang mencuit hati. Tapi satu je aku nak nasihatkan kat korang yang kot-kot terbaca review aku. Jangan terlalu high expectation ok sebab aku tahu manusia punya pendapat ni berbeza-beza. Pada siapa yang nak gelak tak henti-henti aku sarankan pergi tengok dan pada siapa yang jenis suka nak jatuhkan filem Malaysia pun aku sarankan pergi tengok. Lawak diorang memang agak over tapi over tu lah yang buat aku tak berhenti gelak.


 Adegan kejar-mengejar
Salah satu transformasi Adnan
 Along sedap tidur padahal stall burger dia kena cekau

**nota kaki :
#akuagakpelikpadasiapa-siapayangkondeminicerita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails