Tuesday, January 31, 2012

Borang Pinjaman SARA 1Malaysia (Skim Amanah Saham Rakyat 1Malaysia) 2012


Pernah tak korang dengar tentang Pelaburan SARA 1Malaysia ni.? Ayah aku yang sibuk suruh aku apply. Ok, aku ringkaskan lah cerita pasal skim ni ok.

  1. Apa dia SARA 1Malaysia ni.? - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan. Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
  2. Siapa yang layak membuat pinjaman.? - Mereka yang berpendapatan RM500-RM3000 sebulan.
  3. Berapa jumlah bulanan yang perlu dibayar.? - RM84 sebulan. Insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1M.
  4. Berapakah pulangan yang bakal diterima.? - Sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu, akan meraih pulangan RM13,000
  5. Di mana boleh mendapatkan borang pinjaman.? - Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai 30 Jan 2012.

Sebenarnya, aku sendiri ada banyak soalan nak diajukan berkenaan dengan skim ini. Aku tak nak lah terlalu tergesa-gesa buat keputusan. So, marilah kita sama-sama sharing kebaikan dan keburukan skim ini. Nak tahu lanjut boleh lah baca dekat sini.

Sunday, January 29, 2012

Barisan Finalis AJL 26 2012

Wah, mesti ramai yang tengah menunggu debaran AJL yang ke 26 kali ni kan.? Aku.? Sekadar menunggu rakan-rakan update status pemenang je lah. Mana tak nyer, TV pun takde dekat rumah sewa aku sekarang ni. Hahaha, sabar je lah kan. Takpun tunggu LIVE Streaming je la. Itu pun kalau lah takde buffering!! Kalau ada memang sakit hati lah kan.

Ok jom tengok finalis AJL 26 tahun ini. Orang kata saingan sihat semuanya. Lagu yang masuk pun hebat-hebat belaka. Masuk link ni kalau nak tengok finalis AJL 26. Apa yang buat aku tertarik adalah montaj-montaj dia yang bertemakan air. Gambar-gambar pun smart belaka.


Sumber : rentakartis.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails