Friday, November 11, 2011

Raya Hajiku di Office

ehem, hello-hello. dah macam dj dah aku rasa ni.

Agak-agak korang lah kan, dah terlambat tak untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.? Hahaha, tak kisah lah lambat ke cepat ke, aku nak wish jugak ni. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA dekat semua. Maaflah agak lambat pulak aku ucapkan kat semua. Mesti dalam peti ais ada banyak stok daging korban kan.? Wah, seronoknya!! Kalau aku ada dekat kampung mesti mak aku hari-hari masak lauk daging. Selagi tak habis, selagi tu la menu utama daging disajikan. 

Ok, aku nak menyelit sedikit gambar aku ketika raya haji. Tapi yang jadi lainnya sebab aku beraya haji di office. Wargh, gila sedih tak dapat balik kampung beraya. Hai nasib kau lah labu. Tapi, tapi, tapi dan tapi kitorang tidak ketinggalan untuk meraikan raya haji tahun ni. Haaa, kenapa ya.? Sebab kitorang buat acara makan-makan di office. Best lah wei dah macam open house dah aku rasa. Menu utama dia nasi minyak dan disajikan jugak dengan ayam lomak cili api, rendang, lontong, nasi impit, kek, jajan, buah-buahan dan macam-macam lagi lah. Memang semua sedap lah. Actually kitorang buat potluck. Masing-masing bawak makanan. Aku bawak apa.? Sebagai perempuan yang tersangat 'rajin' aku pun beli lah kek colat cap Giant. Hahaha, sedap gak weh walaupun harga dia RM9.90. Berbaloi lah.

licin beb kek coklat aku bawak!!

Kalau tak bergambar, tak sah lah kan.? So, jom layan gambar-gambar kitorang di hari raya aidiadha. Kerja tidak menghalang kita untuk meraikan sesuatu perayaan ok.? Janji perlu ada inisiatif untuk menyerikan hari tersebut dan tak lupa juga aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi pada yang sambut birthday hari ni. Cantik tu 11.11.2011.

colour of the day. sangat harmonissss..


Thursday, November 3, 2011

Aku Bukan Pondan - Tidak Tenang Part 1 2 3

 

Hei pondan, pondan, pondan, sombong, sombong, monyet. Bahangong! Ops, apasal aku marah sangat ni.? Pondan mana yang buat aku marah ni.? Aku benci pondan ni sampai aku mampos. Hahahaha, bodoh punya cerita. Kelakar habis lah diorang dok ajuk mengajuk ni. Kreatif sungguh. Lailailailai, jom usha ni. Bukan aku saja-saja la nak maki hamun si pondan tak bernama. Usha cerita ni dari part 1 - part 3 ok!! Tak boleh embeded pulak video dia. Takpe aku kasi link url dia k.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails