Showing posts with label tempah. Show all posts
Showing posts with label tempah. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Bride To Be??

Assalamualaikum readers..

Waah rasa macam pelik pula bila post pasal bride to be ni. Eh, siapa yang nak kahwin? Hehehe, siapa lagi kalau bukan Ecah kan? Err, tapi masih terlalu awal ke? Perlu yer excited awal-awal? Perlulah kan sebab macam-macam nak prepare. 1st thing 1st, Ecah belum pergi kursus kahwin lagi. Huwaaa, En. Tunang, bulan 4 ni kita pergi daftar ok.

Ok, then apa next step yang Ecah kena buat yer? Oh yer, berkunjung ke blog-blog B2B dan tengok apa yang mereka share. Selalunya dekat page B2B ni banyak yang berkongsi pendapat. Dalam sibuk melawat blog, Tiba-tiba rasa nak tukar layout blog Ecah kepada yang lebih bersih, suci, dan comel. Comel tak? Hehehe, *masuk bakul angkat sendiri..

Kain nikah dah ada. Beli sebelum bertunang lagi. Ecah beli awal sebab kain tu masuk sekali dalam senarai hantaran. Sekarang ni kena survey tempat untuk tempah baju nikah lah. Baju nikah Ecah so simple which is Ecah nak buat baju kurung moden je tapi mungkin kain dia nak buat A-Shape yang ada crumple tu. Agak-agak cantik tak?

kain ni Ecah beli dekat Jakel tahun lepas masa ada year-end sale

Hmmm, macam mana agaknya baju kurung moden yang sesuai untuk nikah yer? Korang ada cadangan tak? Ecah ada juga survey dan kemungkinan nak buat macam dekat gambar bawh ni. Semuanya Ecah suka. Tapi nak tempah dekat mana dengan harga yang berbaloi ya?





ok, Ecah paling berkenan yang ni. Mungkinkah design ini yang Ecah akan pilih? Hmmmm..

 
errr, ini pun cantik.!!

Ok, saya sudah rambang mata. Tapi yang berkenan di hati 2 gambar terakhir. So, design dah ada. Next step nak cari designer or tukang jahit pulak. Ok, this time Ecah tak nak terlalu fikir nak yang murah je. Dah terkena untuk baju tunang. Mahal sikit takpe, janji berbaloi. Tapi takde lah mahal sangat Mak Jemah oi. Tak mampu den ni haaa...

Oh, sibuk dengan baju Ecah je. Baju En. Tunang nak kena tempah gak. Tapi baju dia simple je dah lah kan.? Hahaha, ok jangan marah ye. Nanti kalau jumpa kita tempah tempat yang sama yer En. Tunang. Mana tahu dapat special price.

Ok, kita jumpa next entry ok. After this nak DIY door gift. Hihihi, tak sabar nak pergi beli bahan nak DIY bekas door gift.






Tuesday, March 12, 2013

My Engagement Day by Ecah Shafiee


Alhamdulillah selesai dah satu bahagian. 9 Mac 2013 ecah dah selamat bergelar tunang orang. Apa perasaan selepas bertunang.? Hurrmm jujur takde perasaan apa-apa. Hahaha boleh tak.? Rasa lain je lah kira pergaulan dah kena jaga, perbelanjaan pun dah kena control sikit. Tengok jari ada cincin dan secara automatik terlintas dalam fikiran 'oh aku dah jadi tunang orang'. 


Majlis tunang aku sangat simple ok. Tunang yang jenis budget. Semua sendiri. Makanan saudara mara gotong-royong masak. Baju pula, kainnya beli sendiri dekat Jakel. Kemudian tempah sendiri dekat Kota Damansara. RM70 sahaja ecah tempah tapi sebenarnya agak disappointed bila tengok baju yang dah siap. Sebabnya tak seperti yang diinginkan. Hantaran pula my sister yang siapkan. Oh dan lagi satu lace dan manik yang gorgeous tu my sister dan my mom yang buatkan. Cantik kan.? Ecah takde tempah pelamin. Just langsir dijadikan pelamin dan letak bantal-bantal buat props.

hantaran belah perempuan

version berdiri

version duduk

with adik-beradik

dengan bakal adik ipar

my sister and my abang ipar

dengan bini-bini orang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails