Showing posts with label steamboat. Show all posts
Showing posts with label steamboat. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

2nd Taste di Island BBQ Steamboat


Siapa yang belum kenal lagi dengan Restoran Island BBQ Steamboat ni.? Sesiapa yang belum tahu boleh lah baca 1st entry aku pasal tempat ni. Tekan SINI. Kalau ikutkan banyak benda aku nak share tapi bukan dengan hasil penulisan. Sebab aku tahu karangan ni agak membosankan. So, dekat sini aku share gambar-gambar aku dengan sekumpulan officemate aku. Biar gambar menceritakan segalanya. . .

mai pilih. . .
hi-tea
harga semakin meningkat ye kawan-kawan
our cooking stove
preparation merendam dan membakar
menarik kan.?
terbaik punya nganga ni kak
mereka sangat happy
muka pun dah oily
Rakan seperjuangan ku di office

Wah, actually banyak lah lagi gambar tapi tak mampu nak letak banyak-banyak. Btw, thanks to my friend's TL sebab tolong ambilkan gambir. Aku tukang songlap je. Hehehe. 

Friday, December 16, 2011

Island BBQ Steamboat Kg Melayu Subang


Mari kita bercakap pasal makanan pulak sekarang ni. Malam semalam aku dan 6 lagi kawan aku pergi try makan steamboat versi grill dekat Kg Melayu Subang. Memang dah macam Amazing Race aku nak pergi ke tempat tu. Salah aku jugak main redah je dengan takde map. Apa lagi jadi macam pelancong luar negara lah tanya orang kampung. 

Sampai-sampai je sana memang takde orang lagi. Yes, kitorang antara yang terawal sampai. Untung sampai awal-awal ni sebab boleh makan dengan tenang. Tapi, bila dah masuk lepas Maghrib, manghai ramai gila manusia. Memang fully booked la semua meja. Lagi satu yang best sebab situ customer dia majoriti orang melayu je. 

Kalau korang nak pergi aku sarankan ambil makanan basah dulu sebab kalau ambil yang macam mr bola-bola cepat kenyang nanti. So, ambil lah macam daging, ayam, sotong, udang dll dulu ok. Memang best lah lagi-lagi di grill. Bunyi dengan bau dia pergh terangkat beb. Jom layan gambar jom.

antara makanan yang ada
me and food
mari-mari meng'grill'
antara kegemaran cik munge

kuah tom yam
ini pulak sup
sebelum dipanggang, nampak basah je si udang, daging dan ayam ini
daging yang siap dipanggang, yummy!!
it's time to eat. Bismillah. . .

Lokasi : 
Lot 3370, Jalan Kemboja, Seksyen U5, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam.

Harga :
BBQ Steamboat Buffet : 
Adult – RM19.90 nett 
Children (Ages 6-12) – RM9.90 nett

Masa :
6.30 petang - 11.00 malam

More info :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails