Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Aktiviti di Shopping Complex One Utama Damansara

Old school lah pulak kan


Hye viewers sekalian, hari ni actually ecah takde idea sebenarnya nak story apa. So, jom lah layankan apa yang ecah nak mengarut dalam entry kali ni ok.? Ecah nak tanya korang lah kan. Apa yer aktiviti yang korang akan buat kalau lepaking di shopping complex.? Haaaa, aku tahu tempat ni merupakan antara tempat favorite untuk dating, lepaking, shopping, makan dan sebagainya kan.? Antara banyak-banyak shopping complex, mana yang korang paling suka.? Bagi ecah yang hanya main area-area Shah Alam, Subang dengan Damansara tempat yang paling boleh masuk Sunway Pyramid dengan OU aka One Utama.

Jom share-share apa yang ecah buat kalau ada kat dua tempat ni. Ok, antaranya lah kan ecah akan shopping, bowling, tengok wayang, arena game yang kena pakai token tu dan macam-macam lagi lah. Ada satu lagi aktiviti best kitorang iaitu melenguhkan kaki dekat Toy's r US. Haaa, jadi kanak-kanaklah kitorang sekejap. Syok weh jadi budak-budak.

Hahaha, suka hati kitorang je kan.?
Yey, kami sangat happy!!
Ok, maafkan daku. Jeng jeng jeng. . .

Selain itu, tempat shopping ni yang best bila bergambar. Ada hari tu siap kena tegur denga orang kat kedai baju tu. "No camera please". Haaa, angguk-angguk geleng geleng terus blah. Daripada elok-elok memang nak beli baju terus cancel. Peace. . . 

Sunday, September 11, 2011

Seharian di Mid Valley

Kalau korang perasaan sekarang ni aku makin suka update entry pasal aku kan.? Hahaha, over lah kau ni ecah. Bukan apa, aku dapat kurang update mengenai perkembangan semasa. Kasihan pulak dekat blog aku ni ditinggalkan macam tunggul  tak bertuan. So, at least aku ada update buat korang cuci-cuci mata. Mana yang tak suka tu sorry sangat-sangat. Tutup je terus blog aku ni. Pasal photoshop tutorial lak aku mintak maaf sangat-sangat tak sempat nak update yang baru. Masa tidak mengizinkan dan aku pun dah jarang edit gambar. Semua gambar original baru keluar dari phone buruk aku ni.

So, pagi Sabtu aku hang out dengan rakan-rakan aku melepak dekat Mid Valley. Sampai-sampai je sana aku cari Takoyaki. Siyes, memang terbaiklah benda ni. Nak belajar lah buat takoyaki ni. Dengan ham, cheese, octopus dia. Wahhh, meleleh weh makan. Alamak, ni yang rasa nak pergi cari takoyaki jap lagi ni. Tapi semalam dah mengidam nak makan nasi kukus Seksyen 7, Shah Alam (area komersial). Kedai nasi kukus yang baru bukak kat pusat komersial ni. Siyes sedap.!! U guys should try lah.

Ni lah rupe takoyaki tu.

Sebelum pekena takoyaki, aku pergilah toilet dalam Jaya jusco kat Mid Valley tu. ceh kau ni ecah, pergi toilet pun nak beritahu satu dunia kah.? Hahaha, bukan apa aku terkedu weh masuk dalam toilet dia tu. Bapak best dah macam aku masuk dalam Ikea dah ni. Siap boleh tidur dengan berehat-rehat lagi. Teruja aku. Tanpa segan silu aku amik gambar dalam tu. Peduli apa orang nak cakap kan.? Janji aku layan feel dalam tu. Hehehe.
Toilet untuk budak kecil. Comel gila weh.
Tempat persalinan baby. Smart gila.
Bilik yang penuh dengan cermin.
Posing lagi. Cakkk
Aku dengan Salwani Munge (housemate kesayangan aku ni)
Ruang rehat dia. Amacam.? Menarik tak.? Teruja tak.?
Time ni dekat dunia Barbie. Auww, comel sangat.
Dalam dunia muzik ni. 
Dari pandangan atas. 

Agak-agak dah habis satu Mid Valley tu kitorang pusing. Masin-masing dah tak larat. Aku rasa aku paling tak larat kot. Hahaha, penat weh. Ok guys, that's all.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails