Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid

Assalamualaikum buat para pembaca blog ini. Sedar tak sedar sudah hujung Ramadhan dan rasa tersangatlah rugi kerana tidak dapat beribadah seperti umat Islam yang lain sekiranya didatangi haid. Walau bagaimanapun, Allah SWT maha Pengasih dan Pemurah. Ada antara ibadah-ibadah lain yang kita boleh lakukan. Jadi, di sini ada satu pautan yang amat berguna buat wanita haid.



Ni antara yang dikupas di dalam pautan tersebut :

Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan
Memang ibadah terbaik di waktu seperti malam adalah solat-solat sunnat.  Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tidak dibiarkan begitu sahaja.  Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:
  • Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran.  (Rujuk fatwa di sini.)
  • Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan lalu menghayati maksud ayat-ayat al-Quran.
  • Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan.  Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:
    • “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
    • “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
    • “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
    • “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
    • “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
    • “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
    • Dan lain-lain lagi.
  • Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar.  Ucaplah“Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali.  Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.
  • Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.  Berdoa juga adalah ibadah.
  • Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
  • Muhasabah diri.
  • Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
  • Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Ada yang saya tertarik di sini iaitu :

Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang mengajak manusia kembali beragama.

Apa yang penting dan pokok pangkalnya datang dari hati dan niat kita sendiri. Bersama-samalah kita beramal.

Monday, August 22, 2011

Berbuka Puasa di Sunway Pyramids

Tengah syok-syok melayan bulan Ramadhan ni, perut aku mulalah nak mengidam macam-macam makanan. So, ke mana pula destinasi aku untuk berbuka puasa kali ini.? Jeng jeng jeng. Aku merayap-rayap sampai ke Sunway Pyramids untuk mencari sesuap nasi. Hahaha, apa pula makanan yang aku cuba kali ini.? Yeah, korean food meh. Oh yer, time merayau-rayau terserempak pulak dengan blogger aka model part time Ikeen Lollipop. Rindu dama kamu sehh..Jom, layan gambar jom!!

apa benda ntah chicken fire-fire nama dia ntah

kimbab weh

my meal nasi apa ntah + BBQ chicken +kimchi

Itu kawan saya. Nisa nama dia. Eh, bukan Nisa Kay yer. hehe

tadaaa, jemput makan kawan-kawan. Bismillah..

Tuesday, August 9, 2011

Roh di Bulan Puasa


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan.Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini) Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. 

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. 

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.

Monday, August 1, 2011

Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2011


NegeriZon
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan Putrajaya
Labuan
SelangorZon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
MelakaSeluruh Melaka
JohorZon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan
Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
Perak

Sunday, July 31, 2011

Aku Update Blog Ni Orang Kampung


Perlu ke kecoh satu kampung aku update blog kan.? Tak perlu lah kan. Sudah lama tak update blog sampai tak tahu nak update pasal apa. Oh yer, pada yang tunggu download link untuk cerita tahajjud cinta, stanza cinta, boboi boy, dan lain-lain sila tunggu yer sebab aku agak takde mood nak upload link. Tapi sabar, pasti ADA. Hehehehe.

So, esok hari apa kawan-kawan.? Esok seluruh umat Islam akan menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Pesanan aku marilah kita kumpul pahala sebanyak-banyaknya ok.? Jangan ada yang mengeluh pula dengan kedatangan bulan Ramadhan. Hari ni (minggu ni) aku ada kat Ipoh Perak. Buat apa aku kat sini.? Family aku dah jadi orang Ipoh. Malangnya tak sempat nak bersahur dengan family. Esok aku masuk kerja pukul 7.30 pagi. Waaaaa, awal gila!! Takpe-takpe, dugaan je semua ni.

Ok, aku taknak sembang panjang. Cukuplah dengan entry ni menandakan aku masih wujud dalam dunia blog ni ek. Tunggu aku update next entry.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails