Showing posts with label produk. Show all posts
Showing posts with label produk. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Kini Ku Temui Kulit Cerah Berseri Dengan Ris Beauty

Assalamualaikum,

Wahhh, tajuk taknak kalah kan? Hehehe. So, hari ini Ecah nak share sedikit lah berkenaan dengan kecantikan kulit. Yes, I know yang Ecah ni bukanlah cantik pun just nak kulit muka nampak sihat dan bermaya sedikit lah. Lagi-lagi menjelang hari perkahwinan and raya yang tak berapa nak lama lagi kan?

Ok, kalau ikutkan kulit muka Ecah memang susah nak nampak effect kalau pakai apa-apa product. Hmm, mungkin disebabkan kulit Ecah ni jenis yang bermasalah. Bila ada orang recommend satu product mula lah gatal nak guna and lastly result dia still sama dan kadang-kadang tu makin teruk.

Sampailah satu masa Ecah nampak my office mate punya muka semakin berseri and cerah. Curious terus tanya lah kan apa produk yang dia pakai. Bila dia sebut Ris Beauty. Hurrmm..ha? menatang apa tu? Tak pernah dengar pun. Ahhh, gasak lah kita cuba jom.

2 hari selepas penggunaan Ris Beauty kulit muka mula mengelupas, panas and pedih. OMG!! Apa sudah jadi? Dengan kulit kasar lah. Hati mula rasa tak tenteram dan contact member tu. 


"Wei, kulit muka kau lepas guna tu ada tak jadi macam aku..bla bla bla @#!#@$$#@$"

Member dengan slumber jawab..

"Mana ada..biasa je aku pakai. Cuba lah try tengok seminggu"


Ok, then aku gagah kan jugaklah pakai. Selepas seminggu, Alhamdulillah sudah mula nampak hasilnya. Kulit muka lebih lembut dan cerah sedikit..sedikit je..Jerawat??Hmm, no komen sebab time try tu tengah dalam "perempuan normal berpantang". Hehehehe..


SEBELUM



SELEPAS
Pipi merah tu bukan sebab pakai blusher tapi tengah proses pengelupasan.

Kalau korang was-was dengan produk ni, boleh lah tengok image bawah ni. Korang boleh semak status dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal. Tidak ada bahan merbahaya tau.


Set Riz Beauty datang dengan sebuku sabun, day cream, dan night cream. Jadi, ada yang berminat ke nak cuba? Kalau ada yang nak atau nak bertanyakan soalan, boleh Whatsapp/Msg me ok. Atas-atas msg tu letak "Info Ris Beauty". Message yang tak sepatutnya tidak akan dilayan. +6019-5488373 - Ecah




Monday, June 27, 2011

Anda Patut Cuba Ceragem Free Sahaja

CERAGEM MALAYSIA PENANG SDN BHD (GVN) - Click Image to Close
Kecik sangat.? Klik lah to enlarge!!

Ok, aku bukan nakjual produk atau nak buat MLM. Langsung tiada kaitan dengan urusan jual beli. Benda ni free sahaja. Kenapa aku kata free.? Sebabnya aku dah try tempoh hari. Sempat pergi sehari je sebab kesibukan yang melampau. Oh yer, kenapa aku suruh korang join.? Sebab memang bestlah masa diurut. Ops, diurut.? Perempuan ke lelaki yang urut.? Hehehe, korang jangan nak gatal aku cuak ok sebab katil yang mengurut.

Syarikat ini beribu pejabat di Korea dan menjual hanya satu produk iaitu Automatic Thermak Massager atau ceragem master. Telah beroperasi di Malaysia selama 5 tahun dengan membuka sekurang-kurangnya 4 centre di lembah Kelang. Di setiap centre terdapat banyak unit ceragem master yang disediakan oleh syarikat untuk di cuba secara percuma. Kita akan diajar oleh guru2 yang berpengalaman untuk menggunakannya hari-hari. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails