Showing posts with label portal uitm. Show all posts
Showing posts with label portal uitm. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Maafkan Aku

Maafkan aku.? Maaf untuk apa.?

Kalau korang perasaan aku dah lama tak update. Kalau update mesti pasal suruh like page kan.? Ok, aku ngaku aku kekurangan idea nak update blog plus sibuk dengan kelas yg satu subjek direct dari pukul 9 pagi sampai ke 5 petang. Eh, cop. Mesti ada yang tertanya-tanya kan. UiTM bukan tengah cuti sem ke.? Kenapa ada kelas pula.?Bukan ke student UiTM cuti sampai 3 bulan.?

Tuesday, February 1, 2011

Karnival Sukan FSKM UiTM Shah Alam


Akhirnya, berakhirlah sudah Karnival Sukan FSKM. Gara-gara karnival ni lah aku tak balik kampung awal. Kalau tak Jumaat lepas aku dah pulang. Aku join futsal. Kalah la wei. Tapi masuk sampai semi lah then bungkus gara-gara ujan lebat dan rakan-rakanku main pun sudah tidak boleh blah termasuklah aku. Hehhehe, walau macam mana pun aku enjoy giler ah. Tambah kenalan tu yang sonok sebab bukan program fakulti aku je yang masuk. Fakulti FSKM cawangan lain pun ada join. Antaranya, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu and Kampus Tapah. Err, ade lagi ke yang aku tak sebut.?

Thursday, January 27, 2011

Hari-Hariku Sebagai Student Semester Akhir


Pergh, student semester akhir tu. Kejap je rasa aku belajar untuk degree ni. Tahu-tahu je dah last sem. Godaan last sem ni sangat-sangatlah berat. Time tu lah nak belajar, time tu lah nak siapkan FYP and time tu lah jugak nak enjoy. Mesti ade sesetengah group akan cakap enjoy buat apa.? Pentingkan study and fyp ko tuh ecah oi. Ok, aku tak nak grade degree tanpa kenangan-kenangan manis saat aku bergelar STUDENT. Maybe ni je la kali terakhir aku duduk menghadap muka lecturer, buat assignment, study group and so on. So, aku taknak lepaskan peluang jugak mencipta sweet memories dengan kawan-kawanku. Lepas ni mesti sangat-sangat susah nak jumpa balik kan.? I'll be missing u guys.

Jom berbasikal =)

Saat-saat terakhirku di UiTM Shah Alam :

Thursday, December 23, 2010

Aktiviti 21st and 22nd of Disember 2010 Bersama Ujang Si Anak Monyet

21st of Disember 2010 – Aku and rakan2 aku ke Perak. Seronok rasanya sebab dah lama sangat aku tak hang out ngan kawan-kawan diploma aku time kat UiTM Perak dolu-dolu. Then, utk habiskan masa bersama kitorg plan ke UiTM Perak tujuan utama nak jumpa pegawai-pegawai and staf-staf UiTM Perak. Diorang dah anggap kitorg macam ank buah diorang. Memang sangat-sangat rindu moment dolu-dolu.

Kat Perak kitorg gi Seri Iskandar, Tronoh, Kuala Kangsar and Manong. Tak sempat nak ke Ipoh jumpa kenalan lain dek kekangan masa. So, kitorg plan jadual sepadat-padatnya. 2 hari je kitorg pergi and belah malam we ol tido kat Kuala Kangsar. So, aku letak beberapa gambar utk tatapan rakan-rakan blogger aku yang sempat menyinggah kat blog aku ni. Lama dah rasanya aku tak selitkan entry pasal life aku. Sesekali apa salahnya kan.?

DSC09275
En Zam (Pegawai Koko yang paling disayangi)

DSC09251DSC09315
Aku membelek-belek gambar dolu-dolu                                       Rakan-rakan seperjuangan

DSC09293DSC09336
                                      Bersama ‘junior’ kami’                                                            Cik munge

DSC09579DSC09587DSC09597DSC09557
DSC09600
Bersama Ujang si anak monyet


Thursday, December 9, 2010

Result UiTM | istudent Portal The Page Cannot Be Displayed





Tiap-tiap sem macam ni lah

"The Page Cannot Be Displayed"
Stay Cool




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails