Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

I'm Married - Malam Nikah

Assalamualaikum, syukur pada yang Esa di atas segala kurniaannya. Tarikh keramat 28 Disember 2013, Ecah selamat bergelar seorang isteri. Puan Aishah!! OMG!! Macam tak percaya je dengan sekali lafaz sah dah jadi isteri orang. Terus berderau rasanya. 

Majlis nikah Ecah belah malam. Makan-makan time tu buat style BBQ + nasi lemak. Semuanya hand made by my mom and my aunty and uncle. Terima kasih yang tak terhingga. Now, let's enjoy the moment. Semua gambar ni dari kamera adik-beradik dan kengkawan. Gambar real dari OP belum dapat lagi. Adalah beberapa gambar dari OP Ecah yang edit and dia upload. Many thanks!!


Kain : Lelaki (Satin) + Sampin from Terengganu, Perempuan (Satin + Chiffon)
Beads dan lace : Handmade by my sister (Baju, veil dan scarf)
Photographer : Takara Sakana

Baju lelaki dan perempuan Ecah tempah dekat KL. Dekat One City. Dalam tu kan banyak butik pengantin. Korang pilih je. Ecah buat design simple je iaitu kurung moden with kain flowy. Baju lelaki pula ada sulaman. Standard price kot dalam RM150. Baju Ecah tempah tu RM250. Untuk atas kepala ada 3 layer actually. 

Bergambar dengan mas kahwin



First, anak tudung yang dipotong dari chiffon. Potong macam nak buat halfmoon tapi buat kecil je. Kemudian, lilit kat luar pakai halfmoon yang normal size. Then, kenakan veil. That's all. Simple je. Ok, untuk majlis pula nanti Ecah sambung ok.

Sunday, March 24, 2013

Mari Survey Kad Kahwin

Assalamualaikum,

Seronok kalau bab-bab survey barang ni. Al maklumlah. Nama pun perempuan kan? Masalahnya perempuan ni bila dah mula survey mula lah rambang mata kan? Itulah yang terjadi dekat Ecah. Waahh, semua cantik dan murah tapi tak tahu nak pilih yang mana satu. So, pada yang sedang mencari kad kahwin jom cari sama nak? Hehehe..

Sebelum ini Ecah ada survey dekat Kanda & Dinda Wedding Cards. Memang cantik juga lah design dia. Contoh yang buat Ecah menarik, murah dan simple adalah yang ni :


B. IvoryCard / ArtCard 230gsm
KUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH
2000RM 0.29RM 580.00
1800RM 0.30RM 540.00
1500RM 0.32RM 480.00
1300RM 0.33RM 429.00
1000RM 0.35RM 350.00
900RM 0.37RM 333.00
800RM 0.40RM 320.00
700RM 0.45RM 315.00
600RM 0.49RM 294.00
500RM 0.55RM 275.00


So, kalau anggaran Ecah dalam 500 keping. Harga sekeping jadi 55sen. Tapi lagi berbaloi buat 1000 keping. Jadi 35sen sekeping sahaja. Boleh buat untuk dua belah pihak.

Ecah juga baru terjumpa satu promotion ni dari Nadiah Shamsir Art & Design. Ok, apa yang menarik pula promotion dari Nadiah ni?


Kalau mengikut perkiraan yang ni pula. Kalau Ecah ambil 500 keping, harga sekeping dalam 70sen. Errkk, mahal lagi. Tapi dapat 1 free bunting. Kalau Ecah ambil 1000 keping pula, harga sekeping jadi 55sen. Ok, memang mahal lagi tapi dapat 2 free bunting. Hurm, memang ada keinginan nak buat bunting. Orang cakap lah bukan Ecah cakap. Bunting ni ada harga yang murah mencecah RM50 sekeping. Tapi bergantung pada size dan design dia. Antara kad yang cantik di mata adalah yang ni :


Hurm, rambangnya mata ni. So, pada pendapat anda mana yang patut Ecah pilih ya? 

Wednesday, March 20, 2013

Bride To Be??

Assalamualaikum readers..

Waah rasa macam pelik pula bila post pasal bride to be ni. Eh, siapa yang nak kahwin? Hehehe, siapa lagi kalau bukan Ecah kan? Err, tapi masih terlalu awal ke? Perlu yer excited awal-awal? Perlulah kan sebab macam-macam nak prepare. 1st thing 1st, Ecah belum pergi kursus kahwin lagi. Huwaaa, En. Tunang, bulan 4 ni kita pergi daftar ok.

Ok, then apa next step yang Ecah kena buat yer? Oh yer, berkunjung ke blog-blog B2B dan tengok apa yang mereka share. Selalunya dekat page B2B ni banyak yang berkongsi pendapat. Dalam sibuk melawat blog, Tiba-tiba rasa nak tukar layout blog Ecah kepada yang lebih bersih, suci, dan comel. Comel tak? Hehehe, *masuk bakul angkat sendiri..

Kain nikah dah ada. Beli sebelum bertunang lagi. Ecah beli awal sebab kain tu masuk sekali dalam senarai hantaran. Sekarang ni kena survey tempat untuk tempah baju nikah lah. Baju nikah Ecah so simple which is Ecah nak buat baju kurung moden je tapi mungkin kain dia nak buat A-Shape yang ada crumple tu. Agak-agak cantik tak?

kain ni Ecah beli dekat Jakel tahun lepas masa ada year-end sale

Hmmm, macam mana agaknya baju kurung moden yang sesuai untuk nikah yer? Korang ada cadangan tak? Ecah ada juga survey dan kemungkinan nak buat macam dekat gambar bawh ni. Semuanya Ecah suka. Tapi nak tempah dekat mana dengan harga yang berbaloi ya?





ok, Ecah paling berkenan yang ni. Mungkinkah design ini yang Ecah akan pilih? Hmmmm..

 
errr, ini pun cantik.!!

Ok, saya sudah rambang mata. Tapi yang berkenan di hati 2 gambar terakhir. So, design dah ada. Next step nak cari designer or tukang jahit pulak. Ok, this time Ecah tak nak terlalu fikir nak yang murah je. Dah terkena untuk baju tunang. Mahal sikit takpe, janji berbaloi. Tapi takde lah mahal sangat Mak Jemah oi. Tak mampu den ni haaa...

Oh, sibuk dengan baju Ecah je. Baju En. Tunang nak kena tempah gak. Tapi baju dia simple je dah lah kan.? Hahaha, ok jangan marah ye. Nanti kalau jumpa kita tempah tempat yang sama yer En. Tunang. Mana tahu dapat special price.

Ok, kita jumpa next entry ok. After this nak DIY door gift. Hihihi, tak sabar nak pergi beli bahan nak DIY bekas door gift.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails