Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Lawak CSR Streamyx

CSR : Terima kasih kerana menghubungi TM. #!@$^&*# bercakap. Boleh saya bantu.?
Pelanggan : Haa cik, makcik nak lapor kerosakan ni..

**Selepas verification...

CSR : Kerosakan apa makcik.?
Pelanggan : Entah apa benda ntah nama menatang warna hitam ni. Udah rosak...
CSR : Apa yang rosak.? Modem ke yg rosak.?
Pelanggan : Haaa, benda tu lah kot. Lampu apa pun takde ni.
CSR : Lampu power pun takde ke.?
Pelanggan : Kan kalau biasa kita on ada lampu kan. Ni api pun takde ni..
CSR : Ohh, modem tu jenama apa.?
Pelanggan : Haish, apa ntah jenama dia makcik pun tak tahu lah..

**Selepas membuat sedikit troubleshooting..

CSR : Saya tengok modem makcik ni memang dah rosak ni dan warranty modem pun dah habis ni makcik.
Pelanggan : Rosak.? Jadi apa yang saya kena buat.?
CSR : Makcik kena beli modem barulah...
Pelanggan : Isskk, tapi anak saya kata dia langgan ASTRO BEYOND...
.
.
.
.
.
CSR : (Dalam hati "hampeh...bukan modem yang rosak..Decoder astro rupanya yang rosak!!")

**Nota kaki : Macam-macam peel customer ni sebenarnya. Seronok jugak bila dapat call yang weng weng macam ni...

Sunday, March 4, 2012

Rating 5 Bintang Aku Boleh Bagi Untuk Adnan Sempit 2


uolss, dah nonton belum Adnan Sempit 2.? Okeh, ni myols nak kasi suggestion untuk pergi nonton cerita ini. Wahhh, gedik gitu saya. Aucchh, hahaha. Okeh2, back to normal. So, aku bukan nak cakap lebih kan tapi bagi aku cerita ni memang kelazzzz gitu. Lawak dia memang dari start cerita sampai ending tak henti-henti. Ok, aku tahu review ni dah basi sebab cerita ni kan dah lama keluar. Tapi aku nak cerita jugak. Excited ni uolsss.

Mula-mula cerita dah gelak dengan gelagak Sam aka Adnan pengsan bila dikenakan 30hari untuk transform. Transform jadi transformer bak kata Adnan. Kemudian disambung lagi dengan watak Along Raja Lawak yang tak boleh blah bila frust bercinta dengan  Yana Samsudin mencetus kepada adegan kejar-mengejar menunggang motor dalam shopping complex. Bagi aku memang melampau-lampau. Tapi tahniah dekat Sam dengan Along sebab adegan ni memang kelakar weh. Aksi diorang memang menjadi bagi aku. 

Apa yang paling kelakar bagi aku ialah bila Adnan speaking London. Antaranya 'i love to u', 'u are terrorist', 'he is reading(riding) a baisaikeler(bicycle)', 'with a conditioner(condition)' dan banyak lagi lah. Memang mencuit hati. Tapi satu je aku nak nasihatkan kat korang yang kot-kot terbaca review aku. Jangan terlalu high expectation ok sebab aku tahu manusia punya pendapat ni berbeza-beza. Pada siapa yang nak gelak tak henti-henti aku sarankan pergi tengok dan pada siapa yang jenis suka nak jatuhkan filem Malaysia pun aku sarankan pergi tengok. Lawak diorang memang agak over tapi over tu lah yang buat aku tak berhenti gelak.


 Adegan kejar-mengejar
Salah satu transformasi Adnan
 Along sedap tidur padahal stall burger dia kena cekau

**nota kaki :
#akuagakpelikpadasiapa-siapayangkondeminicerita

Monday, November 28, 2011

BMW di Tengah-Tengah Padang Pasir


- Apa pun cannot -

Thursday, November 3, 2011

Aku Bukan Pondan - Tidak Tenang Part 1 2 3

 

Hei pondan, pondan, pondan, sombong, sombong, monyet. Bahangong! Ops, apasal aku marah sangat ni.? Pondan mana yang buat aku marah ni.? Aku benci pondan ni sampai aku mampos. Hahahaha, bodoh punya cerita. Kelakar habis lah diorang dok ajuk mengajuk ni. Kreatif sungguh. Lailailailai, jom usha ni. Bukan aku saja-saja la nak maki hamun si pondan tak bernama. Usha cerita ni dari part 1 - part 3 ok!! Tak boleh embeded pulak video dia. Takpe aku kasi link url dia k.

Thursday, July 14, 2011

Penjual Aiskrim Turki Kenakan Pelancong Jepun


Hahaha
NICE!!

Friday, June 17, 2011

Maharaja Lawak Minggu 12 - Immuniti Menyelamatkan jambu

Kali ni punya Maharaja Lawak totally yang menghiburkan hati aku ialah Sepah dan Jozan. Jambu boleh lah untuk yang part 2 dan Nabil pun part 1 dengan part 2 not bad. Masih boleh di improve. So, R2 yang tersingkir dan kalau tidak Jambu juga turut mengikuti jejak Jambu tetapi Jambu diselamatkan oleh immuniti. Jadi, untuk final Jozan, Jambu, Sepah dan Nabil akan beraksi. Siapa juara Maharaja Lawak kali ini.? Adakah milik Jozan.? Sama-sama kita saksikan minggu hadapan di Stadium Melawati Shah Alam. Jom kita serbu ramai-ramai wahai warga Shah Alam.

Sepah - Part 1

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails