Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Bila Gaji Aku RM5K



Bila gaji aku RM5K,
Aku idamkan kerete Proton Caldina
Aku idamkan rumah 2 tingkat lengkap dengan landskap elegent
Aku idamkan rumah yang lengkap isinya

Rumahku pasti ada..
TV HD version 3D, 
Unifi dengan kelajuan 10MB,
Set dapur lengkap dengan kabinet,
Astro HD,
Set bilik tidur IKEA. . .

Bila gaji aku RM2K
Aku idamkan kerete Myvi Merah
Aku idamkan bilik sewa lengkap tempat tidur
Aku idamkan rumah yang fully furnished

Rumahku pasti ada..
Washing machine manual pun jadilah, 
Streamyx dengan kelajuan 1MB,
Set dapur lengkap dengan dapur masak,
Tengok Astro online,
Set katil dari IKEA je itupun time promotion. . .

Perasan tak korang lagi banyak gaji kita lagi banyak kita akan invest on something yang duniawi ni lah. Semua ni untuk mengejar keselesaan hidup. Bila gaji kita sikit, sikitlah impian kita. Bila gaji mula nak bercambah, pasang niat nak beli something yang lagi mahal. Inilah lumrah kehidupan. Aku sendiri pun tak lari dari bersifat begini. Makin banyak duit kita makin cepat ia habis. Pernah ke terfikir nak bersedekah.? Pernahlah juga itupun kalau tengah lepak ada pakcik, makcik, adik-adik lalu mintak sedekah. Pendek kata panjatkan kesyukuran buat Allah SWT dengan segala rezeki yang dikurniakan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang takbur dan sombong akan kekayaan duniawi ini. 

Friday, February 24, 2012

Proton P3-21A Menjadi Bualan

Yeah, mula-mula ayah aku yang bersuara. "Angah, kamu dah tengok dah kereta Proton yang baru.?" Aku pun jawab. "Aih, Proton ada nak keluar kereta baru ke.?". Proton P3-21A kata ayah aku. Wah, nama macam no resit je aku dengor ni. Terus aku menerjah Uncle Google.

Sumber : arenakereta

Wah, cantik menarik tertarik jugak aku tengok kereta proton terbaru ni. Ada juga aku terbaca-baca dekat Fb pasal kereta ni. Ada tu aku baca, "Aih, rugilah sapa yang beli Persona masa mula-mula dulu". Haha, bagi aku tadelah rugi sebab kereta semua ada zaman kegemilangan masing-masing. Kalau nak kira macam tu jangan beli kereta sampai tahun 2020. Haaa, tengok macam mana rope lak kereta zaman tu kan. Hehehe.

Nak bercakap pasal harga pula dikhabarkan kereta ni dalam RM60k ke Rm70k seunit. Haaa, not bad lah kan.? So, siapa yang nak booking dah boleh dah ni kumpul duit. Hehehe. Aku.? Hanya mampu tengok je lah orang pakai. Jadilah pakai kereta kodok merah tanpa logo aku tuh.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails