Showing posts with label kerajaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label kerajaan Malaysia. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Jawatan Kosong di Careeron9.com & Sertai Contest RM200 Bersama Careearon9.com

Penganggur A : Ate mike buat apa tu yop.?
Penganggur B : Teman tengah tanam anggur.
Penganggur A : Aih, bila agak-agaknya dapat kita kaut untung yer yop.?
Penganggur B : Bila-bila pun boleh. Tunggu time je ni.
Penganggur A : Ahh, sudahlah. Dah 2 tahun teman dengar ayat yang sama je dari mike. Sampai sekarang habuk pun takde.
Penganggur B : Haaaa, itulah kamu. Teman ni senyap-senyap dok usha line dekat Careeron9.com ni.
Penganggur A : Apa jadahnya susah bebenor nak nyebut namanya yop.?
Penganggur B : Haih, idok ngape lah. Meh teman cerita sikit. Toink. toink. toink. Blaa, bla, blaaaa..@$%@#&@@!!(##$$*..

Assalamualaikum readers sekalian.? Haaa, dah baca kisah penganggur-penganggur kat atas.? Secara ringkasnya, tak susah nak mencari pekerjaan. Peluang kerja memang banyak cuma janganlah memilih. Apa yang ada depan mata kita kaut je. Selagi jawatan tu sesuai dan kita pun layak. Kalau yang kaki internet tu aku cadangkan korang sergah laman web Careeron9.com.


Banyak iklan jawatan kosong yang di post admin dari masa ke semasa dan semuanya up-to-date. Korang rajin tak rajin je. Apa yang bestnya siap boleh search job by state. Haaaa, senanglah kita nak buat pencarian kan.? Siapa-siapa yang nak bekerja dalam kerajaan, Careeron9.com memang satu-satunya tempat yang sesuai. Aku pun dah cuba cari kerja kat site tu dan harap-harap ada yang melekat. Kalau ada tu aku nak ucapkan ribuan terima kasihlah pada admin.

Lagi satu yag menarik, Careeron9.com juga sedang menganjurkan satu contest. Contest apa.? "Sertai Contest RM 200 bersama Careeron9.com". Dengan slumber badak aku pun terjoin lah contest ni. At first nak story pasal site ni tapi tetiba tengok ada contest. Alang-alang menyeluk pekasam kan.? Nak tahu hadiahnya.?


Tapi ada syaratnya :

1.'LIKE'  di Fanpage Careeron9-> http://www.facebook.com/careeron9
2.Menjadi Followers Careeron9
3. Membuat satu artikel menarik mengenai Iklan Jawatan Kosong di Blog Careeron9 supaya pengunjung mengunjungi blog Careeron9.
4. Memasukkan widget careeron9 di Blog anda ( Sila Copy code html di bawah dan paste di blog anda). Widget korang boleh ambil dekat sini : copy widget


Kalau korang nak tahu lebih lanjut bolehlah usha line dekat Careeron9.com

Saturday, April 28, 2012

Gambar Sekitar Bersih 3.0, 28 April 2012

Apa pula cerita sekitar Bersih 3.0 kali ni.? Jom kita layan gambar yang agak ok.


ini pula gambar dari mynewshub
perghh, ramainya manusia!!
Ini lagi ramai. Gambar dari abgteror.com

dan tak ketinggalan juga........
.
.
.

Tuesday, January 31, 2012

Borang Pinjaman SARA 1Malaysia (Skim Amanah Saham Rakyat 1Malaysia) 2012


Pernah tak korang dengar tentang Pelaburan SARA 1Malaysia ni.? Ayah aku yang sibuk suruh aku apply. Ok, aku ringkaskan lah cerita pasal skim ni ok.

  1. Apa dia SARA 1Malaysia ni.? - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan. Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
  2. Siapa yang layak membuat pinjaman.? - Mereka yang berpendapatan RM500-RM3000 sebulan.
  3. Berapa jumlah bulanan yang perlu dibayar.? - RM84 sebulan. Insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1M.
  4. Berapakah pulangan yang bakal diterima.? - Sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu, akan meraih pulangan RM13,000
  5. Di mana boleh mendapatkan borang pinjaman.? - Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai 30 Jan 2012.

Sebenarnya, aku sendiri ada banyak soalan nak diajukan berkenaan dengan skim ini. Aku tak nak lah terlalu tergesa-gesa buat keputusan. So, marilah kita sama-sama sharing kebaikan dan keburukan skim ini. Nak tahu lanjut boleh lah baca dekat sini.

Wednesday, January 25, 2012

Apa Itu SOPA dan PIPA


Isu hangat ni lagi-lagi aku tengah makan nasi goreng yang pedas!! So, topik hangat ke hangit kita hari ini ialah SOPA dan PIPA. Well, tahukah korang apa benda semua ni.?? Pernah ke korang ambil port tentang ini semua.?? Thanks to my sister, Aen Shafiee sebab dah share benda ni dekat aku. So, aku rasa sudah menjadi tanggungjawab untuk share dekat rakan blogger yang lain supaya lebih berhat-hati.

SOPA (Stop Online Piracy Act) dan PIPA (Protect IP Act) adalah akta yang digubal untuk membanteras isu-isu curi, ciplak, copy dan seangkatan dengannya terhadap muzik, software, video, dan semua barang digital. Sekaligus memelihara hak cipta terpelihara artis juga. Dah banyak kan rakan-rakan kita yang buat video tanpa dikredit kepada penyanyi asal. Tup-tup lagi meletop dari penyanyi asal. Isk2, kasihan. . .

Kita dengar macam bagus juga kan ada akta macam ni.? Tapi, tapi, tapi. . .
Korang para blogger sedar tak yang ianya akan bakal menutup periuk nasi korang sebagai blogger yang sememangnya gemar aktiviti sharing is caring, loving and so whatever kan.?? Haaa, padan muka siapa suruh share tanpa kredit pada founder asal kan.? (Ok, aku pernah buat jugak ok. Rajin pergilah selongkar archive aku). Baru-baru ni kecoh Megaupload kena saman dan founder nya pun kena tangkap. Betul ke.? Bukan megaupload sahaja. Jom tengok list uploader kita yang bakal disaman.


MegaUpload - Closed.
FileServe - Closing does not sell premium.
FileJungle - Deleting files. Locked in the U.S.
UploadStation - Locked in the U.S.
FileSonic - The news is arbitrary (under FBI investigation).
VideoBB - Closed! would disappear soon.
Uploaded - Banned U.S. and the FBI went after the owners who are gone.
FilePost - Deleting all material (so will leave executables, pdfs, txts)
Videoz - closed and locked in the countries affiliated with the USA.
4shared - Deleting files with copyright and waits in line at the FBI.
MediaFire - Called to testify in the next 90 days and it will open doors pro FBI
Org torrent - could vanish with everything within 30 days "he is under criminal investigation"
Network Share mIRC - awaiting the decision of the case to continue or terminate Torrent everything.
Koshiki - operating 100% Japan will not join the SOPA / PIPA.
Shienko Box - 100% working china / korea will not join the SOPA / PIPA
ShareX BR - group UOL / BOL / iG say they will join the SOPA / PIPA

List ni aku ambil dari www.syokdownload.com. Dikhabarkan juga Google, Yahoo, Youtube, Facebook, Twitter dan banyak lagi tengah mogok untuk tunjuk protes diorang dekat SOPA dan PIPA ni. Kalau nak ikutkan negara kita tak amalkan pun akta ni. Tapi, sekiranya ada pautan dari site Malaysia yang link ke server AS tak pun hosting website dari server-server kat sana secara tak langsung boleh terkena tempias SOPA dan PIPA ni. Waahh, takutnya.!! Mediafire pun tengah start delete file-file copyright protected dan hanya tinggal personal files sahaja. Haii, pendownload tegar lepas ni kita download cerita melayu je lah ok. Hehehe. . .





#Dalam hati aku. . .baiklah takde teknologi internet kalau dah akta macam ni digubal. Dah macam katak bawah tempurung jer aku rasa. . .

Thursday, January 12, 2012

Kini Boleh Ambil Lesen Memandu Kenderaan Auto

 

Pada mulanya aku amat terkejut bila terbaca salah satu berita mengenai lesen pemanduan. Mana tak terkejutnya bila baca tajuk "Lesen Memandu Auto". Aku ingat sistem apalah diorang guna ni auto-auto segala. So, aku pun baca selanjutnyaa. Kini kerajaan sudah pun meluluskan ujian kenderaan lesen memandu automatik. Tak silap aku dekat Ipoh sudah pun mula operasi ini. Waahh, senangnya nak dapat lesen sekarang. Tapi keburukan dia ialah mereka yang ada lesen automatik ini hanya boleh memandu kenderaan automatik sahaja. Kenderaan manual tidak dibenarkan sama sekali. Fuhh, tarik nafas panjang aku. At least kita yang ambil awal-awal dulu ada kelebihan. Kita boleh bawa automatik dan manual. Yey.!! (Walaupun aku tak berapa reti drive kereta manual)


Nak baca selanjutnya boleh baca dekat blog zackentry ok. Aku nak share pengalaman aku ketika ambil lesen memandu. Hahaha, memang tak boleh lupa lah. Aku start ambil lesen umur aku 21 tahun. Time aku amik tu kiranya aku yang paling tua dalam group aku. So, aku kena lah kerek sikit buat-buat pandai drive. Actually my mom dah ajar time aku sekolah menengah dulu tapi dah lama tak drive dia jadi 'lampi' sedikitlah. Ok, apa yang aku nak share.??

  1. Belajar naik bukit control minyak dengn clutch then tarik handbrake. Tayar betul-betul atas line kuning. Ok, pass!! Then control minyak bunyi dia memang tak hengat. Apa aku kisah, biarlah bunyi kuat mana janji kereta tak ke belakang. 
  2. Buat parking menegak siap kira berapa kali kena pusing stereng sebab nak dapat sudut yang betul dan ngam-ngam masuk kotak parking.
  3. Drive sendiri pusing satu sekolah memandu, kereta tiba-tiba mati enjin itu perkara biasa. Kereta naik atas divider itu perkara biasa. Last-last hancur depan kereta cikgu aku. (Tapi bukan aku lah yang buat hancur)
  4. Duduk dalam kereta, on enjin lepas tu "haaa, pakcik nak kau biasakan diri main gear". Dok lah aku masuk gear 1, gear 2, gear 3, gear 4 dan sebagainya.

Kalau ikutkan banyak lagi pengalaman manis dan pahit time amik lesen dulu. Dengan stereng kereta kancil keras nak mampus. Untunglaaa, sekarang belajar pakai Viva. So, pada yang nak ambil lesen kereta good luck dan berhati-hati yer. Sambil dapatkan lesen sambil belajar disiplin di jalan raya ok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails