Showing posts with label kad kahwin murah. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin murah. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Mari Survey Kad Kahwin

Assalamualaikum,

Seronok kalau bab-bab survey barang ni. Al maklumlah. Nama pun perempuan kan? Masalahnya perempuan ni bila dah mula survey mula lah rambang mata kan? Itulah yang terjadi dekat Ecah. Waahh, semua cantik dan murah tapi tak tahu nak pilih yang mana satu. So, pada yang sedang mencari kad kahwin jom cari sama nak? Hehehe..

Sebelum ini Ecah ada survey dekat Kanda & Dinda Wedding Cards. Memang cantik juga lah design dia. Contoh yang buat Ecah menarik, murah dan simple adalah yang ni :


B. IvoryCard / ArtCard 230gsm
KUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH
2000RM 0.29RM 580.00
1800RM 0.30RM 540.00
1500RM 0.32RM 480.00
1300RM 0.33RM 429.00
1000RM 0.35RM 350.00
900RM 0.37RM 333.00
800RM 0.40RM 320.00
700RM 0.45RM 315.00
600RM 0.49RM 294.00
500RM 0.55RM 275.00


So, kalau anggaran Ecah dalam 500 keping. Harga sekeping jadi 55sen. Tapi lagi berbaloi buat 1000 keping. Jadi 35sen sekeping sahaja. Boleh buat untuk dua belah pihak.

Ecah juga baru terjumpa satu promotion ni dari Nadiah Shamsir Art & Design. Ok, apa yang menarik pula promotion dari Nadiah ni?


Kalau mengikut perkiraan yang ni pula. Kalau Ecah ambil 500 keping, harga sekeping dalam 70sen. Errkk, mahal lagi. Tapi dapat 1 free bunting. Kalau Ecah ambil 1000 keping pula, harga sekeping jadi 55sen. Ok, memang mahal lagi tapi dapat 2 free bunting. Hurm, memang ada keinginan nak buat bunting. Orang cakap lah bukan Ecah cakap. Bunting ni ada harga yang murah mencecah RM50 sekeping. Tapi bergantung pada size dan design dia. Antara kad yang cantik di mata adalah yang ni :


Hurm, rambangnya mata ni. So, pada pendapat anda mana yang patut Ecah pilih ya? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails