Showing posts with label isu kahwin. Show all posts
Showing posts with label isu kahwin. Show all posts

Monday, March 31, 2014

DIY Wedding Dress

Assalamualaikum,

DIY lah sangat. Design je on me. Diam tak diam dah 3 bulan Ecah bergelar isteri. Baru 3 bulan. Hehe orang tua-tua kata masih dalam honeymoon lagi. So, abaikan bab kahwin ni. Ni nak story berkenaan baju wedding Ecah. Ecah tempah dekat KL. Harga? Ok, jangan cakap lah memang mahal. Terkejut gak bila dengar. Tapi disebabkan Ecah just bayar pakej punya harga kira boleh tutup sebelah mata je lah. Pakej Ecah ambil tu hanya tambah RM200 untuk request baju baru. Murah kan? Of course..and if uols berminat boleh lah berkunjung ke DVazz Studio.

So, ni lah Ecah punya baju :


Kain + Manik : Kedai tu yang punya
Lace by Dvazz Studio





Sunday, March 24, 2013

Mari Survey Kad Kahwin

Assalamualaikum,

Seronok kalau bab-bab survey barang ni. Al maklumlah. Nama pun perempuan kan? Masalahnya perempuan ni bila dah mula survey mula lah rambang mata kan? Itulah yang terjadi dekat Ecah. Waahh, semua cantik dan murah tapi tak tahu nak pilih yang mana satu. So, pada yang sedang mencari kad kahwin jom cari sama nak? Hehehe..

Sebelum ini Ecah ada survey dekat Kanda & Dinda Wedding Cards. Memang cantik juga lah design dia. Contoh yang buat Ecah menarik, murah dan simple adalah yang ni :


B. IvoryCard / ArtCard 230gsm
KUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH
2000RM 0.29RM 580.00
1800RM 0.30RM 540.00
1500RM 0.32RM 480.00
1300RM 0.33RM 429.00
1000RM 0.35RM 350.00
900RM 0.37RM 333.00
800RM 0.40RM 320.00
700RM 0.45RM 315.00
600RM 0.49RM 294.00
500RM 0.55RM 275.00


So, kalau anggaran Ecah dalam 500 keping. Harga sekeping jadi 55sen. Tapi lagi berbaloi buat 1000 keping. Jadi 35sen sekeping sahaja. Boleh buat untuk dua belah pihak.

Ecah juga baru terjumpa satu promotion ni dari Nadiah Shamsir Art & Design. Ok, apa yang menarik pula promotion dari Nadiah ni?


Kalau mengikut perkiraan yang ni pula. Kalau Ecah ambil 500 keping, harga sekeping dalam 70sen. Errkk, mahal lagi. Tapi dapat 1 free bunting. Kalau Ecah ambil 1000 keping pula, harga sekeping jadi 55sen. Ok, memang mahal lagi tapi dapat 2 free bunting. Hurm, memang ada keinginan nak buat bunting. Orang cakap lah bukan Ecah cakap. Bunting ni ada harga yang murah mencecah RM50 sekeping. Tapi bergantung pada size dan design dia. Antara kad yang cantik di mata adalah yang ni :


Hurm, rambangnya mata ni. So, pada pendapat anda mana yang patut Ecah pilih ya? 

Wednesday, March 20, 2013

Bride To Be??

Assalamualaikum readers..

Waah rasa macam pelik pula bila post pasal bride to be ni. Eh, siapa yang nak kahwin? Hehehe, siapa lagi kalau bukan Ecah kan? Err, tapi masih terlalu awal ke? Perlu yer excited awal-awal? Perlulah kan sebab macam-macam nak prepare. 1st thing 1st, Ecah belum pergi kursus kahwin lagi. Huwaaa, En. Tunang, bulan 4 ni kita pergi daftar ok.

Ok, then apa next step yang Ecah kena buat yer? Oh yer, berkunjung ke blog-blog B2B dan tengok apa yang mereka share. Selalunya dekat page B2B ni banyak yang berkongsi pendapat. Dalam sibuk melawat blog, Tiba-tiba rasa nak tukar layout blog Ecah kepada yang lebih bersih, suci, dan comel. Comel tak? Hehehe, *masuk bakul angkat sendiri..

Kain nikah dah ada. Beli sebelum bertunang lagi. Ecah beli awal sebab kain tu masuk sekali dalam senarai hantaran. Sekarang ni kena survey tempat untuk tempah baju nikah lah. Baju nikah Ecah so simple which is Ecah nak buat baju kurung moden je tapi mungkin kain dia nak buat A-Shape yang ada crumple tu. Agak-agak cantik tak?

kain ni Ecah beli dekat Jakel tahun lepas masa ada year-end sale

Hmmm, macam mana agaknya baju kurung moden yang sesuai untuk nikah yer? Korang ada cadangan tak? Ecah ada juga survey dan kemungkinan nak buat macam dekat gambar bawh ni. Semuanya Ecah suka. Tapi nak tempah dekat mana dengan harga yang berbaloi ya?





ok, Ecah paling berkenan yang ni. Mungkinkah design ini yang Ecah akan pilih? Hmmmm..

 
errr, ini pun cantik.!!

Ok, saya sudah rambang mata. Tapi yang berkenan di hati 2 gambar terakhir. So, design dah ada. Next step nak cari designer or tukang jahit pulak. Ok, this time Ecah tak nak terlalu fikir nak yang murah je. Dah terkena untuk baju tunang. Mahal sikit takpe, janji berbaloi. Tapi takde lah mahal sangat Mak Jemah oi. Tak mampu den ni haaa...

Oh, sibuk dengan baju Ecah je. Baju En. Tunang nak kena tempah gak. Tapi baju dia simple je dah lah kan.? Hahaha, ok jangan marah ye. Nanti kalau jumpa kita tempah tempat yang sama yer En. Tunang. Mana tahu dapat special price.

Ok, kita jumpa next entry ok. After this nak DIY door gift. Hihihi, tak sabar nak pergi beli bahan nak DIY bekas door gift.






Monday, March 26, 2012

Irma Hasmie Bertemu Jodoh di Depan Kaabah


Kalau dulu kita dihebohkan dengan kisah percintaannya dengan Nabil, kini kita lebih kenali Irma Hasmie yang baru. Bertudung, menutup aurat dan segalanya baru bagi Irma. Manis sungguh raut wajahnya dengan mengenakan hijab di kepalanya. Kita juga digemparkan dengan ikatan pertunangannya pada 24 Mac yang lalu. Alhamdulillah bertemu juga jodohnya.

Apa yang lagi menarik ialah pertemuannya dengan Rezza Syah Azmeer Datuk Radzuan, 31 dikhabarkan bertemu jodoh di depan Kaabah. Bagi Irma inilah jodoh yang terbaik buat dirinya.

“Saya bersyukur sangat-sangat kerana bertemu jodoh di depan Kaabah ketika menunaikan umrah. Bagi saya, jodoh ini satu anugerah terbesar buat diri saya daripada Allah. Memang pertemuan kami dan hubungan kami berlangsung dalam waktu yang cukup singkat,” ungkapnya.

Tiga sebab mengapa hatinya terbuka untuk menerima Rezza Syah Azmeer Datuk Radzuan. Ikuti kisah di kosmo online.

Sunday, February 26, 2012

Video Walimatul Urus Yusri & Lisa Surihani

Video Walimatul Urus Yusri & Lisa Surihani Bahagian 1 Full
 
Special credit to GuaTV

Monday, January 23, 2012

Tunang Vs Kahwin

Ambil berkat pengantin ^_^

Alhamdulillah. First of all aku nak ucapkan tah-ni-ah di atas pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan aku. Sabtu lepas aku pergi serbu konvoi kahwin salah sorang eh 2 orang kawan aku. Kenapa 2 orang yer.? Haaa, sebabnya pasangan pengantin dua-dua kawan sekolah aku. Wah2, perkenalan dari bangku sekolah ke jinjang pelamin terus kan.? Alhamdulillah dan aku harap semoga hubungan keyrul dan amy berkekalan selama-lamanya ok.

Sekumpulan Geng Budak Sekolah
Antara yang masih bergelar anak dara ^_^

Next week insyaallah aku ke wedding member sekolah aku yang seterusnya. Haaiii, semua beratur ni nak kasi kad kahwin masing-masing. Aku.? Baru 24  tahun. Ohh, muda lagi ok. Setakat ni aku serbu kenduri kendara kawan-kawan aku je lah. Dah rezeki diorang kahwin awal kan.? Awal ke.? Awal lah jugak ok. Tahniah korang.

Tup-tup aku login facebook aku tetiba. . . 

Biar betik.? Naz Cahaya Cinta Ilahi tempek gambar pertunangan dia dengan salah sorang kawan sekelas aku time di universiti. Kelas kau Naz. Ribut takde, apa pun xde tau-tau dah jadi tunangan orang kau yer.? Btw, tahniah kat Naz dan tahniah juga dekat Zack. Aku doa-doakan hubungan korang berkekalan jugak yer. Naik pelamin jangan lupa jemput aku ok!!

Cantik Naz di hari pertunangannya.
Alololo sweetnya korang!!

Tuesday, January 3, 2012

Bila Aen Shafiee Bertunang

make up session
 
Bila Aen Shafiee bertunang, kitorang yang menyibuk ber'posing' sana sini. Biasalah, memang pantang tengok kamera. Laju je mem'inteprem' kan diri depan kamera. Lagi-lagi memang ada real photographer depan mata kan. Hehehe. Anyway, siapa Aen Shafiee.? Dialah kakak aku. Anyway, selamat bertunang yer along. Cantik my sister bila lah dah makeup. Ala-ala make over lah kan.? Huhuhu. .

By the way, tanggal 31/12/2011 menjadi titik bersejarah buat kakak aku. Dengan berdulangkan 15 dulang hantaran dari pihak perempuan dan dibalas 7 dulang hantaran bagi pihak lelaki. Wah, meriah lah rasanya. Baru bertunang, belum lagi kahwin kan along.? Anyway, hari tu aku ada shoot video dan ingat nak buat video untuk my sis tapi tak berkesempatan lagi hendak mengadap semua tu. Later on lah yer sister. Aku sembang banyak pun kompem korang bosan kan.? So, jom lah layan gambar.
 
my sis dan hantarannya
my sis and future husband

sesi bergambar ( inter-frame )
bunga yang my sis buat sendiri. beautiful!!
home made shawl juga by my sis. Ok, ada sesiapa berminat nak buat tempahan.? Hehehe
 memori daun pisang
sempat berposing di dalam dusun
 my dad and my uncle
our photographer. Azzirul Fahmi. Masih bujang (siapa berminat.? Hehehe)
My HAPPY FAMILY!! Love them

Tuesday, November 22, 2011

Kupas Isu Perempuan Kahwin Lambat

 
Perempuan kahwin lambat.? So, what.? Hahaha, aku baru sedar kenapa perempuan yang berusia tak kahwin-kahwin lagi. Biasa kalau umur 24-26 dah planning-planning nak kahwin. Kalau yang tak ada plan nak kahwin pun at least niat tu ade. Wuhuu, sedar tak sedar aku dah nak termasuk golongan perempuan kahwin lambat. What?? Sebab apa aku cakap macam ni.? Sebab sampai la ni batang hidung pakwe pun aku tak nampak. Haaa, tahu-tahu dah dekat 3 tahun jugak aku hidup single ni.
 
 
 
Baru aku tahu kenapa perempuan kahwin umur lewat. Sebabnya, jodoh tak sampai lagi. Sekarang ni pun aku lebih terfikir nak kerja, kumpul duit banyak-banyak sebab aku nak pergi melancong. So, aku rasa ini lah pemikiran perempuan zaman sekarang. Enjoy lebih-lebih dan soal kahwin ni dah boleh tolak tepi dulu buat sementara waktu. Ngeh ngeh ngeh. Tapi jangan nak tolak sangat lah kan. Sampai ke sudah nanti tak kahwin-kahwin.
 

Akak aku bakal bertunang hujung tahun ni. Wah, seronoklah dia. Aku pun tumpang gembira je ni. So, aku nak wish selamat-selamatlah kat semua. Pada yang nak mendirikan rumah tangga tu, nak kahwin jemput-jemputlah aku makan kenduri kendara korang ok. Nak tunggu turn aku alamatnya lama lah kot korang tunggu. Hehehehe. Actually aku dah takde topik nak bincang dan secara spontan je terlintas nak sembang-sembang pasal ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails