Showing posts with label isu blogger. Show all posts
Showing posts with label isu blogger. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Mood Berblog Merundum Dari Tahun ke Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Zaman belajar dan zaman berkerjaya memang nampak perbezaannya. Perbezaan dari segi apa? Banyak lah tapi Ecah nak fokus pada dunia blog. Masa zaman belajar dulu kalau boleh hari-hari nak upload post baru. Kadang-kadang tu nak lawan Ben Ashaari yang banyak up post dalam sehari. Rajin sungguh dan pembaca dia pun memang rajin singgah.

Senang cerita Ecah tunjuk jumlah post mengikut tahun.



Sedar tak sedar blog ni dah pun masuk tahun ke 5. What? Lama juga tu kan. Kalau ada anak kecil dah 5 tahun dah usianya. Tapi kenapa makin lama makin tak dikenali? Makin malas? Haaa, itulah nak cakap perbezaan waktu berkerja dan waktu belajar. Nampak sangat waktu belajar dulu memang takde kerja. Ada juga join aktiviti dengan blogger. Sekarang? Memang malas sangat tambah-tambahan ada anak kecil. Memang salute betul dengan blogger yang ada family tapi ada masa dengan dunia blog ni.

Kalau dilihat pada total post Ecah mengikut tahun, memang nampak sangat penurunan dia. Dari tahun 2010 kencang betul dengan 239 entry. Tahun seterusnya 195 kemudian turun lagi ke 46, 11, 8 dan akhirnya tahun 2015 dengan 5 post. Nampak sangat pemalasnya. So, sekarang ni nak berjinak balik lah. Asah balik penulisan dan ayat puitis dengan harapan mood untuk berblog ni pun naik balik.

Tapi azam kali ni nak aktif dalam blog tapi nak stay silent je. Hanya penulisanku yang berkata-kata. Tiada perjumpaan, bersosial dan sebagainya. Entry kali ni pula takde dah entry nak aib-aibkan orang. Tak berkat rezeki dik oi kalau dok canang cerita orang ni. Baik canang cerita sendiri. Korang nak baca ke tidak belakang cerita.

Saje belek balik entry dulu kala. Macam tak percaya pun ada semua tu hasil penulisanku. Kelakar pun ada, poyo pun ada, style pun ada. Semua tu kenangan bagi diri Ecah dalam dunia blog ni. Kalau korang nak baca balik entry Ecah dulu-dulu boleh lah tengok dekat Archive sebelah kanan blog ni. Tak pun Ecah list selected entry dan korang layan lah kalau rajin. Malas tekan je pangkat kat corner paling atas sekali kat screen laptop, phone, tab korang. Ok, selamat menjamu mata.

Salam,

Sunday, September 28, 2014

Setelah Sekian Lama Blog & Nuffnang Bersarang

Assalamualaikum readers,

I hope you guys in a pink of health. Cewahh, speaking macam nak buat karangan surat tak rasmi rasanya. Sambil menghadap News Feed facebook, terbaca salah satu status Abang Ben Ashaari yang berbunyi begini :



Tetiba teringat nak buka Nuffang tengok apa yang ada. Blog pun dah lama tak hidup. Update pun jarang-jarang. So, let's check it out!


Alhamdulillah, ada lah juga dari takde kan? Nak cash out ke nak biarkan je? Biarkan je la. Cash out pun mesti sehari boleh habis duit tu. So, berbalik kepada persoalan Abang Ben tu, berbaloi ke? It's depends on the situation and own's perspective. Kalau blogger tu rajin, memang nak buat duit atau income dari blog, then I think it's not worth it. Sebabnya memang kena rajin dan selalu join aktiviti yang dianjurkan oleh Nuffnang, then need to know how to tackle their's interest.

Kalau blogger macam saya ni yang suam-suam kuku dan tak mengharapkan sangat income dari blog then it should be ok. Kalau rajin sikit, banyak lah masuk. Malas?? Hmm, ada ke kerja yang senang kat dalam donia ini? Fikir-fikir sendiri lah yer.

Monday, March 19, 2012

Bila Gaji Aku RM5K



Bila gaji aku RM5K,
Aku idamkan kerete Proton Caldina
Aku idamkan rumah 2 tingkat lengkap dengan landskap elegent
Aku idamkan rumah yang lengkap isinya

Rumahku pasti ada..
TV HD version 3D, 
Unifi dengan kelajuan 10MB,
Set dapur lengkap dengan kabinet,
Astro HD,
Set bilik tidur IKEA. . .

Bila gaji aku RM2K
Aku idamkan kerete Myvi Merah
Aku idamkan bilik sewa lengkap tempat tidur
Aku idamkan rumah yang fully furnished

Rumahku pasti ada..
Washing machine manual pun jadilah, 
Streamyx dengan kelajuan 1MB,
Set dapur lengkap dengan dapur masak,
Tengok Astro online,
Set katil dari IKEA je itupun time promotion. . .

Perasan tak korang lagi banyak gaji kita lagi banyak kita akan invest on something yang duniawi ni lah. Semua ni untuk mengejar keselesaan hidup. Bila gaji kita sikit, sikitlah impian kita. Bila gaji mula nak bercambah, pasang niat nak beli something yang lagi mahal. Inilah lumrah kehidupan. Aku sendiri pun tak lari dari bersifat begini. Makin banyak duit kita makin cepat ia habis. Pernah ke terfikir nak bersedekah.? Pernahlah juga itupun kalau tengah lepak ada pakcik, makcik, adik-adik lalu mintak sedekah. Pendek kata panjatkan kesyukuran buat Allah SWT dengan segala rezeki yang dikurniakan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang takbur dan sombong akan kekayaan duniawi ini. 

Friday, March 16, 2012

Nurul Cakap Cakap di Malaysia Hari Ini


Pagi-pagi aku dah gerak pergi kerja. Lepak breakfast sambil tengok MHI (Malaysia Hari Ini). Sedap-sedap menyental nasi lemak RM1 tiba-tiba ada slot remaja berniaga. Tup-tup ada gambar Nurul Wonder Wardrobe. Eh, macam aku kenal nama butik ni. Sekali keluar muka Nurul Cakap Cakap daaa. Wah, baguslah muda-muda lagi dah ada butik. Orang rajin berfashion kan tak rugi mencuba business-business macam ni.

Nak usha tak macam mana rupanya butik Nurul.? 


Tadaaa, sangat besar dan luas ok. Memang fun betul. Ok, ini gambar aku ambil dekat blog Nurul sendiri. Aku belum berkesempatan lagi nak singgah blog dia. One day maybe. Err, tapi di mana ya butiknya.? Yooo, butiknya di Alam Avenue Seksyen 16 Shah Alam ja ka.? Huihh, memang akan ku singgah nanti.

Wednesday, March 14, 2012

Projek 100 Bloggers Bermula by Bro Framestone

Salam Rabu untuk semua readers blogcaripasal. Terasa macam nak bertukar title pulak kepada yang lebih comel dan ayu gitu contohnya macam ecahshafiee.com ke.? Auchh, ntah bila dapat tukar ntah lah. Kalau dapat sponsor dari bro framestone syok gak kan. Hehehe, berangan je lah aku kan.?

Anyway,by the way, on the way..
Aku nak story sedikit atau nak kupas sikit isu tentang projek baru dari bro. Dengar title dia je pun dah nampak macam projek besar-besaran kan.? So, atas niat nak membantu promote boleh lah. Nak join.? Adoii, macam tak layak je lagi kan. Syarat-syarat dia tough jugak lah kan. Ok, korang nak tahu pe syarat dia.? Boleh tengok syarat dia dekat sini :


So, pada siapa-siapa yang rasa blog dia layak dicalonkan dalam 100 blog tu sila-silalah isi borang penyertaan. Sangat berbaloi-baloi kalau terpilih sebabnya blog korang akan diberi beberapa task untuk membuat entry berbayar. So, secara tak langsung korang boleh dapat income dan dapat idea nak buat entry. Btw, thanks to bro sebab sedikit sebanyak buat aku rajin balik nak update blog aku.

Psstt, nak usha traffic blog usang aku x.? Segan nak tunjuk pasai sikit sangat.



Sunday, March 11, 2012

Senangnya Nak Popular


Tunggu aku habiskan dulu title entry aku tu dulu. "Senangnya nak popular, tapi bukan senang nak popular sebagai insan yang disayangi orang". Haaaa, tersirat tak.? Ok, sila senaraikan apa isi-isi tersirat dia. Hahaha, dah macam subjek BM pulak nak mintak isi tersirat ni. Pada yang tak mengerti tu meh aku explain a lil' bit.

Popular ni sering dikaitkan dengan artis. Asal popular sikit orang akan cop 'retis'. Retis yang bagaimanakah.? Terel nyanyi, berlakon, bersajak, pengacara dan macam-macam lagi lah. Sedarkah uols-uols sekalian ada banyak lagi mereka-mereka yang popular dari sudut yang berbeza. Sebagai contoh dari sudut vlog kita dikenalkan dengan Mat Luthfi, Anwar Hadi, Maria Elena, Cikgu Shida, dan banyak lagi lah. Itu dari sudut vlog. Kalau dari sudut kecomelan pula Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Nurul Badiah dan lain-lain. 

Kalau korang perasan kebanyakannnya dari blogger juga. Yes, korang nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan.? Blogger pun boleh popular juga. Tapi popular yang macam mana yang korang nak.? Itu terletak di tangan korang sendiri. Jangan jadi popular macam adik Adinda Evans sudahlah. Ok, ini story lama jangan diungkit. Korang perlu ada sesuatu yang wow baru leh diangkat sebagai 'retis'. Aku faham manusia ni ada level-level jugak pemikiran dorang.

One more thing, kepada blogger-blogger yang baru nak naik aku sarankan pilihlah role model blogger korang dengan berhemah sekali. Gituuu. Bukan apa nanti kot-kot tersalah pilih kena cop lain pula. Haaaa, kan naya tu uols. Aku pun blogger yang baru nak berjinak-jinak juga. Then, kalau rasa nak lebih dikenali antara blogger jangan sombong-sombong ok. Pergi je join gath sana sini. Berlambak dah gath blogger ni buat. Aku je yang tak berpeluang nak join sangat. Al maklumlah bila dah bekerja lain pula tanggungjawab dia.

Tuesday, August 2, 2011

Blogger Kena Saman RM 300 000


Aku  : Huh.? Blogger kena saman.? Siapa.?
Rose : Aah, takkan kau tak tahu.? Siap masuk radio lagi.
Aku  : Berapa.? Kena saman sebab apa.? 
Rose : RM 300 000. Nak tahu apa cerita boleh tengok dekat SINI dan SINI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails