Showing posts with label gunung. Show all posts
Showing posts with label gunung. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Akhirnya Aku di Puncak Broga Hill

credit to fadzilah

Sampai juga aku dekat puncak Broga. Punyalah tahan feel dari tahun pertama semester 3 degree. Thanks to my friend Fadzilah sebab mengajak aku untuk join. Kitorang pergi by car. Total ada 5 biji kereta. Ramai tak.? Ramai la jugak tapi aku tak kenal budak-budak lain. Sebabnya aku hanyalah seorang penyibuk. Hehehe, akak aku pun join sekali. Kesian dia kena sengat dengan tebuan. Tak sah kalau naik gunung tak injured akak aku ni. 

So, apa komen aku pasal Broga Hill.? Sesiapa yang dah biasa mendaki aku boleh cakap Broga Hill ni kacang je. Hehehe, tapi pada yang first time memang akan semput, muntah-muntah lah. Sebabnya.? Diorang banyak minum air. Oh yer, petua mendaki ni jangan over sangat minum air tu yer. Nanti perut penuh plus bergoyang-goyang dan berat dan akhirnya terkeluar segala sisa-sia makanan semalam. Tapi tak apa, it's an experience buat diorang. Lepas ni mesti ada yang tak naik dah kan.? Tapi kalau dah naik best kan sebenarnya.? Yang pasti pemandangan dia memang tip top lah. 

Oh yer, kitorang pergi sekali dengan instructor 3P kelas member aku yang amik PMC which means EC-Council Project Management. Baguslah group diorang ni selalu buat aktiviti bersama. Group aku CCNA (Cisco Certified Network Associate) memang tak boleh blah lah. Habis-habis je masing-masing pecut balik kampung halaman. Sedih je tau. Hehehe..

Jom kita layan gambar jom sebab aku dah penat bercerita.

Wednesday, May 18, 2011

Outdoor [Pengalaman Aku Mendaki Gunung]


Amacam.? Apa yang korang rasa bila click link aku ni.? Sekarang ni aku nak share dengan korang sedikit pengalaman aku mendaki gunung. Nak kata master dalam pendakian gunung tidaklah. Lagipun sekarang aku dah bersara dah. Antara gunung yang aku dah daki macam Gunung Tahan, Gunung Benum, Gunung Bubu, Gunung Irau, Gunung Brinchang, Gunung Inas, Gunung Yong Yap, Gunung Batu Putih, dan Gunung Gerah. Haaa, banyak tak.? Tak banyak lagi ni kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku. Setakat ni aku dah lepas G11 tapi G7 ke laut. Trans Titiwangsa pun ntah bila nak habiskan. Gunung Kinabalu.? Tunggu berduit lah. Mahal lah mahu naik Gunung Kinabalu.

So, sekarang nak bercerita pasal pengalaman aku. Macam-macam pengalaman pahit, manis, kotor, jijik dan sebagainya. Kalau korang rasa korang boleh buang air besar dan air kencing merata tiada hal lah. Bunyi macam kotor kan.? Habis nak buat macam mana.? Takkan nak tahan kan.? So, dengan berbekalkan tisu lembap dan air sebotol korang bolehlah buang hajat korang tu. 

"Hah.? Nak membuang time malam-malam macam mana.?"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails