Showing posts with label guitar. Show all posts
Showing posts with label guitar. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Pakai Tudung, Main Gitar, Nak Jadi Yuna Lah Tu

 
Assalamualaikum semua pembaca blogcaripasal ni. Makin hari rating page view makin jatuh ni. Ah, abaikan. Hari ni aku nak kupas sikit isu perempuan bertudung main guitar ni. Macam aku, aku main guitar just for fun dengan niat bukan nak show off kan. Tapi sekarang ni aku tengok da jadi trend kat Youtube. Mane yang boleh dilayan aku layan. Mane yang aku rasa cannot go, aku tutup terus. So, apo ado hal kan.?

Sekarang ni orang sibuk persoalkan..
"eleh, nak jadi macam Yuna jugak lah tu"
"Pakai tudung dah macam yuna dah, pegang guitar, perghh"
"siap upload video ni kat youtube, nak lawan najwa latif plak ke.?"
"trend dak2 bertudung skg- main gitar nyanyi kat youtube bagi org komen pastu yg komen gaduh2 smpai lebam dan akhirnya x de sape yg untung pun"

Hahahaha, kadang-kadang nak tergelak aku membacanya. Sabar je la eh korang yang terlibat. Kalau rasa diri tu ada bakat tunjukkan. Tapi kalau boleh cuba tunjuk kelainan. Contohnya macam Najwa Latif main guitar dalam kereta. Pelik lah tu kan.? Hahaha, yang penting ori bukan cap ayam. Kira jauhkan diri dari di cop Yuna, Najwa Latif and so whatever la kan.? Jom layan video klip artis-artis youtube kita ni.


Ainan Tasneem

Najwa Latif

Thursday, September 22, 2011

Mini Guitar - Smallest Guitar Ever


Perasaan keterujaan aku tak boleh dibendung lagi bila usha video mamat budget cool ni main guitar terkecik di dunia. Bapak kecik wei. Macam mana dia boleh plucking lagi guitar yang bapak kecik tu.? Masalahnya tangan dia sangat gedabak kot. Hehehehe. Tu yang buat aku teruja sangat tu. Korang teruja tak.? Power kan.?

 
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam video ni :

1. Every Breath You Take (Sting and The Police)
2. Hey There Delilah (Plain White T's)
3. I'm Yours (Jason Mraz)
4. Send Me On My Way (Rusted Root)
5. Wake Me Up When September Ends (Green Day)
6. Tears In Heaven (Eric Clapton)

Amacam.? Teruja tak.? Wa cakap sudah sama lu der. Aku sekarang ni dalam proses nak berlembut-lembut dengan guitar. Youtube je la jadi cikgu aku buat masa ni. Bapak best kalau ada yang sudi nak mengajar. Hahahahakkktuuiii. Ada ke yang sudi.? Ok fine. Aku tak nampak pun sape-sape angkat tangan kat luar sana nun. Hehehe

Thursday, June 16, 2011

Canon in D - Sungha Jung & UiTM Penang Kena Hack



I'm truly jealous when looking at the people stringing the guitar with the awesome way. I'm just a new learner trying to play some simple song and using the basic code like code A, Am, E, Em, C, G, Dm and others. It's quite hard at the first time but with some effort there's a rythm coming from my guitar. Hahaha, it's totally weird actually but i think it's fun. Oh, do i need to speak english anyway.?

Hahaha, actually aku sekarang ni gila interview. Tadi baru lepas pergi satu interview and aku rasa my english too broken and langsung tak confident. But as usual, i try to make it well. Thinking first what to membebel and sedut semua udara kat bilik tu then spread it out guys. Dalam minggu ni sahaja ada 3 call interview aku dapat. Aku harap ada yang sangkut sebab aku nak kerja wei. Tangan dah gatal ni nak bagi duit raya kat anak-anak sedara aku. Ok, btw aku bukan nak story pasal interview. Aku nak tunjuk tahap ke'awesome'man budak yang bernama Sungha Jung ni main gitar. 

Canon in D arranged by Trace Bundy dicover oleh Sungha Jung sangat-sangat speechless bila usha video dia. Mana aku dapat video ni.? One of my friend punya boyfriend share kat aku. Huh, mau kasi gua jealous lah tu. Yeah, i know i'm still a new learner. Code pun tak habis belajar lagi. Apa ntah lagi code pacak. Haruslah jari aku tak sampai. Dah macam minah berjari cacat je main. Fuhh, kena banyak belajar lagi lah ni. Anybody out there willing to ajar me.?



pstt : UiTM Penang pun kena hack.? 

Thursday, May 12, 2011

Cumi11569 aka Suhaimi Hashim Empunya Suara Merdu di Youtube

Suhaimi Hashim

Bila dia petik gitar je aku dah tertarik then bila dia start je nyanyi, aduh jatuh hati terus dekat suara dia. Sangat sedap lah kawan-kawan merdu sekali. Banyak juga lah video dia dekat youtube. Semuanya cover lagu yang dia main sendiri. Tapi sayanglah sebab kalau dapat tengok macam mana dia petik gitar tu best. Boleh lah belajar-belajar sikit. Aku just dapat dia punya chord sahaja. Tapi bila dah dengar suara dia terus gitar letak tepi then layan video dia dengan suara yang memang merdu habis lah. Kalau korang nak layan suara cik abang yang merdu ni taip sahaja cumi11569 dekat youtube punya search tu ok. Kat sini aku letak antara video dia main gitar yang aku rasa aku tangkap lentok lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails