Showing posts with label gosip artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label gosip artis malaysia. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Irma Hasmie Bertemu Jodoh di Depan Kaabah


Kalau dulu kita dihebohkan dengan kisah percintaannya dengan Nabil, kini kita lebih kenali Irma Hasmie yang baru. Bertudung, menutup aurat dan segalanya baru bagi Irma. Manis sungguh raut wajahnya dengan mengenakan hijab di kepalanya. Kita juga digemparkan dengan ikatan pertunangannya pada 24 Mac yang lalu. Alhamdulillah bertemu juga jodohnya.

Apa yang lagi menarik ialah pertemuannya dengan Rezza Syah Azmeer Datuk Radzuan, 31 dikhabarkan bertemu jodoh di depan Kaabah. Bagi Irma inilah jodoh yang terbaik buat dirinya.

“Saya bersyukur sangat-sangat kerana bertemu jodoh di depan Kaabah ketika menunaikan umrah. Bagi saya, jodoh ini satu anugerah terbesar buat diri saya daripada Allah. Memang pertemuan kami dan hubungan kami berlangsung dalam waktu yang cukup singkat,” ungkapnya.

Tiga sebab mengapa hatinya terbuka untuk menerima Rezza Syah Azmeer Datuk Radzuan. Ikuti kisah di kosmo online.

Sunday, February 26, 2012

Video Walimatul Urus Yusri & Lisa Surihani

Video Walimatul Urus Yusri & Lisa Surihani Bahagian 1 Full
 
Special credit to GuaTV

Sunday, January 29, 2012

Barisan Finalis AJL 26 2012

Wah, mesti ramai yang tengah menunggu debaran AJL yang ke 26 kali ni kan.? Aku.? Sekadar menunggu rakan-rakan update status pemenang je lah. Mana tak nyer, TV pun takde dekat rumah sewa aku sekarang ni. Hahaha, sabar je lah kan. Takpun tunggu LIVE Streaming je la. Itu pun kalau lah takde buffering!! Kalau ada memang sakit hati lah kan.

Ok jom tengok finalis AJL 26 tahun ini. Orang kata saingan sihat semuanya. Lagu yang masuk pun hebat-hebat belaka. Masuk link ni kalau nak tengok finalis AJL 26. Apa yang buat aku tertarik adalah montaj-montaj dia yang bertemakan air. Gambar-gambar pun smart belaka.


Sumber : rentakartis.com

Tuesday, May 17, 2011

Pelakon Filem CUN!, Nadiya Nisaa Berbakat Besar


Boleh tak aku baru tengok filem Cun ni.? Boleh lah kan.? Filem terbaru lah jugak ni kan.? Nasib housemate aku jadi supplier kitorang. Apa aku nak cakap ha.? Speechless. Cerita ni terlalu best. Watak semua pelakon tak plastik. Baik watak utama sampailah ke watak sampingan. Tiada satu watak pun yang bagi aku nampak kekok. Semua pure habis lah. Tahniah CUN. Ok, pujian harus diberikan kepada Nadiya Nisaa. Nadiya Nisa aka Manis dalam filem cun merupakan adik kepada Remy aka Atan. Manis ni dia macam down syndrome sedikit ataupun senget bak kata Atan dalam filem ini. Setiap ayat yang keluar dari mulut dia bagi aku sangat kelakar. Mungkin sebab buat loghat Kedah lah kot kan.? Tapi memang pegang habislah.

Thursday, March 17, 2011

Sein Ruffedge dan Nana Nak Cari Pasal Ke Main Cerai-Cerai?? Oh Rujuk Kembali

Tiara Jaquelina Bakal Jayakan The Secret Life of Nora
Alahai muka Nana, senyum sikit dear

Sudahlah nama blog kau blogcaripasal. Tajuk entry perlu ke nak cari pasal juga ecah.? Ok fine, itu hanyalah tajuk. Tengok-tengok-tengok..Diorang sudah rujuk kembali seh..feeewiiitt..Ini yang aku, dia dan mereka mahu kan. Baguslah kalau diorang ambil keputusan untuk rujuk semula. Hello, anak ada dua then cerai.? Haruslah anak-anak yang jadi mangsa nanti. So, syabas dan tahniah buat pasangan Sein dan Nana yang bijak mengambil keputusan untuk rujuk semula.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails