Showing posts with label gengblogger. Show all posts
Showing posts with label gengblogger. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Mood Berblog Merundum Dari Tahun ke Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Zaman belajar dan zaman berkerjaya memang nampak perbezaannya. Perbezaan dari segi apa? Banyak lah tapi Ecah nak fokus pada dunia blog. Masa zaman belajar dulu kalau boleh hari-hari nak upload post baru. Kadang-kadang tu nak lawan Ben Ashaari yang banyak up post dalam sehari. Rajin sungguh dan pembaca dia pun memang rajin singgah.

Senang cerita Ecah tunjuk jumlah post mengikut tahun.



Sedar tak sedar blog ni dah pun masuk tahun ke 5. What? Lama juga tu kan. Kalau ada anak kecil dah 5 tahun dah usianya. Tapi kenapa makin lama makin tak dikenali? Makin malas? Haaa, itulah nak cakap perbezaan waktu berkerja dan waktu belajar. Nampak sangat waktu belajar dulu memang takde kerja. Ada juga join aktiviti dengan blogger. Sekarang? Memang malas sangat tambah-tambahan ada anak kecil. Memang salute betul dengan blogger yang ada family tapi ada masa dengan dunia blog ni.

Kalau dilihat pada total post Ecah mengikut tahun, memang nampak sangat penurunan dia. Dari tahun 2010 kencang betul dengan 239 entry. Tahun seterusnya 195 kemudian turun lagi ke 46, 11, 8 dan akhirnya tahun 2015 dengan 5 post. Nampak sangat pemalasnya. So, sekarang ni nak berjinak balik lah. Asah balik penulisan dan ayat puitis dengan harapan mood untuk berblog ni pun naik balik.

Tapi azam kali ni nak aktif dalam blog tapi nak stay silent je. Hanya penulisanku yang berkata-kata. Tiada perjumpaan, bersosial dan sebagainya. Entry kali ni pula takde dah entry nak aib-aibkan orang. Tak berkat rezeki dik oi kalau dok canang cerita orang ni. Baik canang cerita sendiri. Korang nak baca ke tidak belakang cerita.

Saje belek balik entry dulu kala. Macam tak percaya pun ada semua tu hasil penulisanku. Kelakar pun ada, poyo pun ada, style pun ada. Semua tu kenangan bagi diri Ecah dalam dunia blog ni. Kalau korang nak baca balik entry Ecah dulu-dulu boleh lah tengok dekat Archive sebelah kanan blog ni. Tak pun Ecah list selected entry dan korang layan lah kalau rajin. Malas tekan je pangkat kat corner paling atas sekali kat screen laptop, phone, tab korang. Ok, selamat menjamu mata.

Salam,

Thursday, March 17, 2011

Pemenang Segmen BlogCariPasal Cari Mangsa Makeover Header Blogger

Alhamdulillah, sudah pun ada pemenangnya and nah hasil designku me'make over' blog korang. Suka tak.? Suka tak.? Tak suka sudah. So, siapa pemenang bertuah tu.? Ada dua orang pemenang actually. Then, aku pun gigihkanlah diri buat dua header untuk 2 orang blogger ni.

Pemenang Pertama : Popolita

Segalanya Tentang budak Perempuan Bernama Popolita

Pemenang Kedua : Fad


Korang nak jugak.? Tunggu aku buat second segment tapi tak tahu bila. Hehehhe

Tuesday, February 8, 2011

Lepak Maple dan Karaoke Dengan Nisa Kay & Syafiq Rosli

Gambar dari BB Nisa (belakang tu Syafiq Rosli aka SR)

Korang ade.? 
Haaaa, korang takde kan.? 
Korang jealous kan.? 
Korang nak jugak kan.? 
Hehehehe

So, malam semalam satu suara dari SB melantangkan ayat sebegini rupa "terasa macam nak lepak s.alam lah malam ni". Haaa, macam ni lah bunyinya tapi aku tak hengat sangat sebab gila kau nak scroll carik balik entry Syafiq Rosli. Hohoho, short update dari aku. Nanti dorang dah up entry pasal lepakian kitorg kat maple aku up lagi satu entry ok. Ini kira lepak maple part 1 lah. Hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails