Showing posts with label blogspot. Show all posts
Showing posts with label blogspot. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Mood Berblog Merundum Dari Tahun ke Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Zaman belajar dan zaman berkerjaya memang nampak perbezaannya. Perbezaan dari segi apa? Banyak lah tapi Ecah nak fokus pada dunia blog. Masa zaman belajar dulu kalau boleh hari-hari nak upload post baru. Kadang-kadang tu nak lawan Ben Ashaari yang banyak up post dalam sehari. Rajin sungguh dan pembaca dia pun memang rajin singgah.

Senang cerita Ecah tunjuk jumlah post mengikut tahun.



Sedar tak sedar blog ni dah pun masuk tahun ke 5. What? Lama juga tu kan. Kalau ada anak kecil dah 5 tahun dah usianya. Tapi kenapa makin lama makin tak dikenali? Makin malas? Haaa, itulah nak cakap perbezaan waktu berkerja dan waktu belajar. Nampak sangat waktu belajar dulu memang takde kerja. Ada juga join aktiviti dengan blogger. Sekarang? Memang malas sangat tambah-tambahan ada anak kecil. Memang salute betul dengan blogger yang ada family tapi ada masa dengan dunia blog ni.

Kalau dilihat pada total post Ecah mengikut tahun, memang nampak sangat penurunan dia. Dari tahun 2010 kencang betul dengan 239 entry. Tahun seterusnya 195 kemudian turun lagi ke 46, 11, 8 dan akhirnya tahun 2015 dengan 5 post. Nampak sangat pemalasnya. So, sekarang ni nak berjinak balik lah. Asah balik penulisan dan ayat puitis dengan harapan mood untuk berblog ni pun naik balik.

Tapi azam kali ni nak aktif dalam blog tapi nak stay silent je. Hanya penulisanku yang berkata-kata. Tiada perjumpaan, bersosial dan sebagainya. Entry kali ni pula takde dah entry nak aib-aibkan orang. Tak berkat rezeki dik oi kalau dok canang cerita orang ni. Baik canang cerita sendiri. Korang nak baca ke tidak belakang cerita.

Saje belek balik entry dulu kala. Macam tak percaya pun ada semua tu hasil penulisanku. Kelakar pun ada, poyo pun ada, style pun ada. Semua tu kenangan bagi diri Ecah dalam dunia blog ni. Kalau korang nak baca balik entry Ecah dulu-dulu boleh lah tengok dekat Archive sebelah kanan blog ni. Tak pun Ecah list selected entry dan korang layan lah kalau rajin. Malas tekan je pangkat kat corner paling atas sekali kat screen laptop, phone, tab korang. Ok, selamat menjamu mata.

Salam,

Sunday, June 26, 2011

Nuffnang Kasi Invitation to Blogger Sports Carnival With City Golf


Wah, lama tak update bog rasa kekok pula nak menaip. So, kita proceed pada agenda seterusnya. Hari tu aku saja-saja lah join kasi komen paling kreatif untuk dapatkan 2 invitation untuk ke Blogger Sports Carnival with City Golf. Wahh, tak sangka pula boleh terpilih antaara 50 komen paling kreatif. Benda ni berlangsung dekat Bangsar Shopping Centre. So, siapa lagi 49 bloggers yang terpilih tu.? Leh la jumpe dekt sana nanti ok.

Sunday, June 19, 2011

Blogger Vs Follower



Budaya mem'follow' dan menyuruh orang follow aku rasa bukan benda baru lagi dekat dalam dunia blog ni. Tipu lah kan kalau aku cakap benda ni benda baru. Yer, memang baru. Baru dari segi bagaimana blogger meng'create' sesuatu benda yang baru dengan tujuan agar followers makin bertambah. Makin advance teknologi makin creative lah minda manusia ni terhadap sesuatu perkara. Aku tak kata benda ni berdosa besar. Cuma, bagi aku ini sudah dikira penyalahgunaan kuasa. Bagaimana.?

Tuesday, April 19, 2011

BlogCariPasal Bakal Hilang

Sedih ke tak bila blog kesayangan korang tiba-tiba no longer available.? Sedih tak.? Ada blogger yang jadikan platform blogspot as a diary hidup diorang. So, haruslah sedih kan.? Ada juga yang tujuan asal nak business. So, habislah platform diorang nak menjaja. Macam aku ni habislah nanti siapa-siapa yang follow blog aku ni. Follow blog aku.? Ada ke.? Adalah kot.

Ok, back to topic..Kenapa nak hilang pula BlogCariPasal ni.? Ok, aku baru dapat info ni dari blog fieda. Memang kena tukar kalau tak blog kita akan dihapuskan. Mula-mula macam tak percaya tapi bila tengok makin ramai yang komen dekat facebook aku jadi takut dah. Blog dihapuskan sebab guna akaun yahoo sebelum 25 Jun 2011. So, kawan-kawan marilah kita bersama-sama tukar ke akaun gmail sebelum sesuatu yang buruk menimpa blog kesayangan kita ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails