Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Mood Berblog Merundum Dari Tahun ke Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Zaman belajar dan zaman berkerjaya memang nampak perbezaannya. Perbezaan dari segi apa? Banyak lah tapi Ecah nak fokus pada dunia blog. Masa zaman belajar dulu kalau boleh hari-hari nak upload post baru. Kadang-kadang tu nak lawan Ben Ashaari yang banyak up post dalam sehari. Rajin sungguh dan pembaca dia pun memang rajin singgah.

Senang cerita Ecah tunjuk jumlah post mengikut tahun.



Sedar tak sedar blog ni dah pun masuk tahun ke 5. What? Lama juga tu kan. Kalau ada anak kecil dah 5 tahun dah usianya. Tapi kenapa makin lama makin tak dikenali? Makin malas? Haaa, itulah nak cakap perbezaan waktu berkerja dan waktu belajar. Nampak sangat waktu belajar dulu memang takde kerja. Ada juga join aktiviti dengan blogger. Sekarang? Memang malas sangat tambah-tambahan ada anak kecil. Memang salute betul dengan blogger yang ada family tapi ada masa dengan dunia blog ni.

Kalau dilihat pada total post Ecah mengikut tahun, memang nampak sangat penurunan dia. Dari tahun 2010 kencang betul dengan 239 entry. Tahun seterusnya 195 kemudian turun lagi ke 46, 11, 8 dan akhirnya tahun 2015 dengan 5 post. Nampak sangat pemalasnya. So, sekarang ni nak berjinak balik lah. Asah balik penulisan dan ayat puitis dengan harapan mood untuk berblog ni pun naik balik.

Tapi azam kali ni nak aktif dalam blog tapi nak stay silent je. Hanya penulisanku yang berkata-kata. Tiada perjumpaan, bersosial dan sebagainya. Entry kali ni pula takde dah entry nak aib-aibkan orang. Tak berkat rezeki dik oi kalau dok canang cerita orang ni. Baik canang cerita sendiri. Korang nak baca ke tidak belakang cerita.

Saje belek balik entry dulu kala. Macam tak percaya pun ada semua tu hasil penulisanku. Kelakar pun ada, poyo pun ada, style pun ada. Semua tu kenangan bagi diri Ecah dalam dunia blog ni. Kalau korang nak baca balik entry Ecah dulu-dulu boleh lah tengok dekat Archive sebelah kanan blog ni. Tak pun Ecah list selected entry dan korang layan lah kalau rajin. Malas tekan je pangkat kat corner paling atas sekali kat screen laptop, phone, tab korang. Ok, selamat menjamu mata.

Salam,

Sunday, September 28, 2014

Setelah Sekian Lama Blog & Nuffnang Bersarang

Assalamualaikum readers,

I hope you guys in a pink of health. Cewahh, speaking macam nak buat karangan surat tak rasmi rasanya. Sambil menghadap News Feed facebook, terbaca salah satu status Abang Ben Ashaari yang berbunyi begini :



Tetiba teringat nak buka Nuffang tengok apa yang ada. Blog pun dah lama tak hidup. Update pun jarang-jarang. So, let's check it out!


Alhamdulillah, ada lah juga dari takde kan? Nak cash out ke nak biarkan je? Biarkan je la. Cash out pun mesti sehari boleh habis duit tu. So, berbalik kepada persoalan Abang Ben tu, berbaloi ke? It's depends on the situation and own's perspective. Kalau blogger tu rajin, memang nak buat duit atau income dari blog, then I think it's not worth it. Sebabnya memang kena rajin dan selalu join aktiviti yang dianjurkan oleh Nuffnang, then need to know how to tackle their's interest.

Kalau blogger macam saya ni yang suam-suam kuku dan tak mengharapkan sangat income dari blog then it should be ok. Kalau rajin sikit, banyak lah masuk. Malas?? Hmm, ada ke kerja yang senang kat dalam donia ini? Fikir-fikir sendiri lah yer.

Friday, March 16, 2012

Nurul Cakap Cakap di Malaysia Hari Ini


Pagi-pagi aku dah gerak pergi kerja. Lepak breakfast sambil tengok MHI (Malaysia Hari Ini). Sedap-sedap menyental nasi lemak RM1 tiba-tiba ada slot remaja berniaga. Tup-tup ada gambar Nurul Wonder Wardrobe. Eh, macam aku kenal nama butik ni. Sekali keluar muka Nurul Cakap Cakap daaa. Wah, baguslah muda-muda lagi dah ada butik. Orang rajin berfashion kan tak rugi mencuba business-business macam ni.

Nak usha tak macam mana rupanya butik Nurul.? 


Tadaaa, sangat besar dan luas ok. Memang fun betul. Ok, ini gambar aku ambil dekat blog Nurul sendiri. Aku belum berkesempatan lagi nak singgah blog dia. One day maybe. Err, tapi di mana ya butiknya.? Yooo, butiknya di Alam Avenue Seksyen 16 Shah Alam ja ka.? Huihh, memang akan ku singgah nanti.

Wednesday, March 14, 2012

Projek 100 Bloggers Bermula by Bro Framestone

Salam Rabu untuk semua readers blogcaripasal. Terasa macam nak bertukar title pulak kepada yang lebih comel dan ayu gitu contohnya macam ecahshafiee.com ke.? Auchh, ntah bila dapat tukar ntah lah. Kalau dapat sponsor dari bro framestone syok gak kan. Hehehe, berangan je lah aku kan.?

Anyway,by the way, on the way..
Aku nak story sedikit atau nak kupas sikit isu tentang projek baru dari bro. Dengar title dia je pun dah nampak macam projek besar-besaran kan.? So, atas niat nak membantu promote boleh lah. Nak join.? Adoii, macam tak layak je lagi kan. Syarat-syarat dia tough jugak lah kan. Ok, korang nak tahu pe syarat dia.? Boleh tengok syarat dia dekat sini :


So, pada siapa-siapa yang rasa blog dia layak dicalonkan dalam 100 blog tu sila-silalah isi borang penyertaan. Sangat berbaloi-baloi kalau terpilih sebabnya blog korang akan diberi beberapa task untuk membuat entry berbayar. So, secara tak langsung korang boleh dapat income dan dapat idea nak buat entry. Btw, thanks to bro sebab sedikit sebanyak buat aku rajin balik nak update blog aku.

Psstt, nak usha traffic blog usang aku x.? Segan nak tunjuk pasai sikit sangat.



Wednesday, July 20, 2011

Bowling Sampai Lebam Dengan Blogger Merangkap Kengkawan

Shhhhhh, ada satu rahsia nak beritahu korang ni.

Pagi-pagi makan ketupat,
Apa kau orang ingat aku nak mengumpat.?

Hahaha, sedikit intro dari aku. Huh.? Mana ada rahsia lah. Just Ahad lepas aku melapangkan sikit masa aku dengan berjimba-jimba dengan rakan aku. Rakan-rakan aku ni kebetulan blogger lah juga. Ada yang tegar dan ada yang suam-suam kuku. Tapi, menaip dan memberi informasi still kerja diorang. Aku malas nak komen banyak sebab nak kasi korang layan gambar kitorang yang stylo ni ok. Oh yer, aku malas nak edit sebab aku malas. Hahaha..

Saturday, July 16, 2011

Sedikit Tips Untuk Blogger Supaya Lebih Berhati-Hati


Lama rasanya aku tak share pasal tips untuk blogger. Bukan tak nak share tapi ilmu aku dalam dunia blogging ni tak lah kebal mana pun. Aku pun baru nak merangkak-rangkak mengenali dunia blogging ni. Bukan senang nak maintain blog kita pada satu tahap yang boleh dibanggakan. Dibanggakan.? Perlu ke blog dibanggakan.? This is just a word yang mungkin some blogger praktikkan. 

Ok, back to tujuan sebenar entry aku kali ini. So, it's a tips for blogger. Tips yang macam mana.? Tips mengelakkan blog kita di 'remove' sesuka hatinya oleh pihak Google. Haaaa, cuak tak bila dengar bab-bab blog kena remove ni.? Jadi, berjaga-jagalah wahai rakan-rakan seperjuanganku. Sila buat backup dulu template blog kita ni sebelum apa-apa terjadi. At least kita ada backup. By the way, tips yang aku nak share ialah berhati-hati dengan istilah SPAM. 

Apa itu spam.? Spamming or whatever lah kan. Nak baca lebih lanjut mengenai spamming korang boleh baca dekat SINI. So, kenapa aku suruh korang berhati-hati.? Actually, Google boleh detect blog kita ni sejenis blog spamming atau tak. Macam mana.? Haaaa, berdasarkan dari komen-komen yang readers tinggalkan dekat entry kita. Aik.? Apa kaitannya pula kan.? Jeng jeng jeng. Korang perasan tak some readers tinggalkan komen sekali dengan url blog diorang ataupun recent entry diorang kan yang boleh di click itu. So, dari situ lah Google detect. Oh, tak percaya.? Boleh baca dekat blog sifu aku ni : SisDahlia aka CikguDahlia.

Wednesday, July 6, 2011

Apa Itu.?


Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?

SIBUK??

Haaa, macam ni lah jadinya bila dah berkerjaya kan.? Tak sempat and tiada masa lah nak update blog. Oh, macam ni rupanya ek.? Macam manalah blogger-blogger tip top yg berkerjaya boleh update blog hari-hari eh.? Hebat!! Salute kat korang. By the way, currently I'm learning english & communication skill untuk build up my confident level to speak in english (perlu ke beritahu.?). Hahahaha, so and so and whatever lah kan.? All right then. See you later guys and have a nice day.

Saturday, July 2, 2011

Pengomen Tegar BlogCariPasal Bulan Jun 2011

blogcaripasal
Wah, orang lain sibuk nak buat aku pun sibuk nak follow gak kan.? Bukan apa aku rasa sudah lama pula aku tak kasi penghargaan dekat pengunjung blog aku ni. Walaupun tak ramai yang datang berkunjung tapi terima kasih lah pada yang selalu kasi komen dekat entry-entry aku. Terharu pula rasanya. Uhuk ='( Terharu perlu buat emosi sedih yer.? Hahaha. Aku teringin nak update selalu entry pasal lawak kartun doodle tapi disebabkan tiada laptop dan aku ni meminjam kawan aku punya PC (Windows XP), paint tools dia pun yang version lama. So, x dapat nak update doodle kartun buat masa terdekat ni.

Oh yer, aku nak berterima kasih dekat 5 pengunjung bertuah dan juga pengomen tegar blog ni sekitar bulan Jun 2011. 

  1. Hasif Zul
  2. Azizbos
  3. Shaze Zainn
  4. Laskar Pelangi
  5. Ain Zulaikha

Macam mana aku rate kan diorang.? Sonang yooo. Macam nie haaaa...


Thanks semua, lain kali komen lagi!! Komen, komen jugak. Hari-hari kasi singgah blog ni okay. Hehehehehe. Rasa macam nak belanja semua makan je. Tapi bile yer.? Bila ada rezeki lebih lah ok.? Ceh, cakap macam banyak duit je kan.? Hahaha, takpe janji niat tu dah ada. Sekali lagi 'belum ada rezeki' je kan.? Ok, thankz again. Aku nak bersiap-siap pergi makan satay dekat Qaseh Seksyen 13. Yummy..

Sunday, June 26, 2011

Nuffnang Kasi Invitation to Blogger Sports Carnival With City Golf


Wah, lama tak update bog rasa kekok pula nak menaip. So, kita proceed pada agenda seterusnya. Hari tu aku saja-saja lah join kasi komen paling kreatif untuk dapatkan 2 invitation untuk ke Blogger Sports Carnival with City Golf. Wahh, tak sangka pula boleh terpilih antaara 50 komen paling kreatif. Benda ni berlangsung dekat Bangsar Shopping Centre. So, siapa lagi 49 bloggers yang terpilih tu.? Leh la jumpe dekt sana nanti ok.

Sunday, June 19, 2011

Blogger Vs Follower



Budaya mem'follow' dan menyuruh orang follow aku rasa bukan benda baru lagi dekat dalam dunia blog ni. Tipu lah kan kalau aku cakap benda ni benda baru. Yer, memang baru. Baru dari segi bagaimana blogger meng'create' sesuatu benda yang baru dengan tujuan agar followers makin bertambah. Makin advance teknologi makin creative lah minda manusia ni terhadap sesuatu perkara. Aku tak kata benda ni berdosa besar. Cuma, bagi aku ini sudah dikira penyalahgunaan kuasa. Bagaimana.?

Thursday, June 16, 2011

Spontaneous Thursday by Syafiq Rosli




Aku Tengah Cari Kerja
info : Syafiq Rosli




Wednesday, June 1, 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

banner mid-year GA

Mula-mula tengok entry blog Nisa Kay, komen dia baru sorang means baru sorang je yang dah join. Hari ni aku usha lagi tengok-tengok dah 411 komen. Wah, dapat sambutan hangat nampak giveaway Nisa kali ni. ok, aku pun taknak lepaskan peluang mencuba nasib dalam giveaway kali ni. Manalah tahu rezeki aku dapat baju dari aie darkbatman tu. Hehehehe..

So, syarat-syaratnya korang boleh lah tengok dekat sini. Klik cepat dengan masa tidak kurang dari 5 saat. Nak tengok hadiah dia korang boleh refer dekat sini. Yang uniknya giveaway Nisa kali ni ialah hadiah di sponsor!! Nak tahu para-para sponsor.? 

Friday, May 20, 2011

Cara Mendapatkan Traffic Ke Blog Anda


Traffic anda mungkin 10 uniques view
Traffic anda mungkin 100 uniques view
Traffic anda mungkin 1000 uniques view
Traffic anda mungkin 10 000 uniques view

atau mungkin lebih??
Segalanya terungkai di sini

Dapatkan code dengan open up currently blog
Load until 12 seconds
Get your code
Submit your URL

No Harm To Try

Thursday, May 19, 2011

Fatin Liyana Vs Cik Epal in Project X By Annas Easkey: Muslimah 3rd Round


Bukan aku nak lagakan diorang tetapi just entry memuji picture diorang dalam AnnasEaskey Photography. Dua-dua sangat cantik tapi Fatin Liyana sangat-sangat sukar ditandingi lah kan.? Jom vote diorang. Nak vote Fatin Liyana dekat SINI dan Cik Epal dekat SINI. Setakat ni, FL dah dapat 3,566 votes dan CE pula dah dapat 1,678. Fatin Liyana memang ada gaya Muslimah betullah dengan muka dia yg sincere gila. Cik epal pula dengan muka innocent. Good luck to both of you.

Apa kata Fatin Liyana dan Cik Epal??

al-Fatihah Buat Blogger TelorDibasuh


Terkejut baca blog bro framestone tadi bila dapat tahu pasal pemergian Allahyarham Abdul Hakim Bin Mohd Kamal pemilik Telordibasuh. Hari-hari aku mesti jenguk blog arwah dan baca cerita-cerita lawaknya. Kita takkan sedar kan bila Allah SWT nak tarik nyawa kita. Bila-bila masa pun boleh. Arwah kena jangkitan kuman pada paru-parunya sehingga tidak boleh bernafas dengan sendirinya. Sebelum ni ada baca blog azizbos yang mengatakan arwah terlantar di wad icu. Sama-sama kita doakan semoga ditempatkan dalam golongan orang beriman. Al-fatihah.

Wednesday, May 18, 2011

"Oi, mana boleh SPAM link kat sini" [Bagaimanakah Cara Yang Betul Untuk Menegur.?]


Dari mula-mula pembukaan Sahabat Blogger (SB) di Facebook sampailah ke hari ini masalah SPAM LINK memang susah nak dibendung. Aku ada banyak sangat pendapat pasal spam link ni. Sebelum itu, korang tahu ke tidak spam itu apa.? Kalau anak-anak muda tahu lah kot dan janganlah lupa blogger juga ada yang berusia ok. So, perlulah cara yang bernas untuk menegur. Aku tengok macam-macam cara dah aku jumpa dekat group SB itu dan ramai yang dah up entry pasal ni.

"Oi makcik, spam tu apa.?"

Thursday, April 21, 2011

Kelebihan Memilih Nuffnang

Birthday wish from Nuffnang
dari blog akubiomed.com

Mesti ada yang terfikir-fikir kan.? Apa kelebihannya join Nuffnang ni.? Selain dapat income boleh dapat apa lagi.? Hadiah..yes, hadiah. Bukan aku yang dapat hadiah tapi para blogger yang lain and aku memang sangat-sangat iri hati dengan diorang. Ticket wayang free la, makan-makan free la..Haish, bila lah aku nak dapat semua tu.? Sebelum ni pernah gak join nuffnang punya contest. Tapi nasib tak berapa nak baik lah. Tandus di medan peperangan. Sedih ='(

Tuesday, April 19, 2011

Ubah Account Login Blogspot Anda Dari Yahoo Ke Gmail Sebelum 25 Jun 2011


Sebelum ni korang sudah disajikan dengan tanda-tanda blog yang ber dot blogspot akan hilang serta-merta kan.?So, mesti ada yang sudah kelam kabut cari penawar dia. Ada yang pemalas gila nak cari so mesti duduk bak menunggu durian jatuh dari langit. Hoih.? Durian jatuh dari langit.? Bukan duit ke jatuh dari langit.? Ape ke be***p nye kamu ni.? Turun dari langit haruslah hujan idok lah pulak duit ke, durian ke jatuh dari langit. Ok, mengarut sebentar bak mukadimah kan.?

Ok, so siapa yang belum lagi tukar akaun email korang silalah rujuk ala-ala tutorial diva aku ni yer
Step pertama : Pergi dekat Setting blog dan klik bahagian Permission.

BlogCariPasal Bakal Hilang

Sedih ke tak bila blog kesayangan korang tiba-tiba no longer available.? Sedih tak.? Ada blogger yang jadikan platform blogspot as a diary hidup diorang. So, haruslah sedih kan.? Ada juga yang tujuan asal nak business. So, habislah platform diorang nak menjaja. Macam aku ni habislah nanti siapa-siapa yang follow blog aku ni. Follow blog aku.? Ada ke.? Adalah kot.

Ok, back to topic..Kenapa nak hilang pula BlogCariPasal ni.? Ok, aku baru dapat info ni dari blog fieda. Memang kena tukar kalau tak blog kita akan dihapuskan. Mula-mula macam tak percaya tapi bila tengok makin ramai yang komen dekat facebook aku jadi takut dah. Blog dihapuskan sebab guna akaun yahoo sebelum 25 Jun 2011. So, kawan-kawan marilah kita bersama-sama tukar ke akaun gmail sebelum sesuatu yang buruk menimpa blog kesayangan kita ni.

Saturday, April 16, 2011

Saya Sayang Ibu


Hye korang. Saya sayang ibu.? Saya tak sayang ibu saya sebab...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails