Showing posts with label blogcaripasal. Show all posts
Showing posts with label blogcaripasal. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Mood Berblog Merundum Dari Tahun ke Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Zaman belajar dan zaman berkerjaya memang nampak perbezaannya. Perbezaan dari segi apa? Banyak lah tapi Ecah nak fokus pada dunia blog. Masa zaman belajar dulu kalau boleh hari-hari nak upload post baru. Kadang-kadang tu nak lawan Ben Ashaari yang banyak up post dalam sehari. Rajin sungguh dan pembaca dia pun memang rajin singgah.

Senang cerita Ecah tunjuk jumlah post mengikut tahun.



Sedar tak sedar blog ni dah pun masuk tahun ke 5. What? Lama juga tu kan. Kalau ada anak kecil dah 5 tahun dah usianya. Tapi kenapa makin lama makin tak dikenali? Makin malas? Haaa, itulah nak cakap perbezaan waktu berkerja dan waktu belajar. Nampak sangat waktu belajar dulu memang takde kerja. Ada juga join aktiviti dengan blogger. Sekarang? Memang malas sangat tambah-tambahan ada anak kecil. Memang salute betul dengan blogger yang ada family tapi ada masa dengan dunia blog ni.

Kalau dilihat pada total post Ecah mengikut tahun, memang nampak sangat penurunan dia. Dari tahun 2010 kencang betul dengan 239 entry. Tahun seterusnya 195 kemudian turun lagi ke 46, 11, 8 dan akhirnya tahun 2015 dengan 5 post. Nampak sangat pemalasnya. So, sekarang ni nak berjinak balik lah. Asah balik penulisan dan ayat puitis dengan harapan mood untuk berblog ni pun naik balik.

Tapi azam kali ni nak aktif dalam blog tapi nak stay silent je. Hanya penulisanku yang berkata-kata. Tiada perjumpaan, bersosial dan sebagainya. Entry kali ni pula takde dah entry nak aib-aibkan orang. Tak berkat rezeki dik oi kalau dok canang cerita orang ni. Baik canang cerita sendiri. Korang nak baca ke tidak belakang cerita.

Saje belek balik entry dulu kala. Macam tak percaya pun ada semua tu hasil penulisanku. Kelakar pun ada, poyo pun ada, style pun ada. Semua tu kenangan bagi diri Ecah dalam dunia blog ni. Kalau korang nak baca balik entry Ecah dulu-dulu boleh lah tengok dekat Archive sebelah kanan blog ni. Tak pun Ecah list selected entry dan korang layan lah kalau rajin. Malas tekan je pangkat kat corner paling atas sekali kat screen laptop, phone, tab korang. Ok, selamat menjamu mata.

Salam,

Tuesday, August 2, 2011

Blogger Kena Saman RM 300 000


Aku  : Huh.? Blogger kena saman.? Siapa.?
Rose : Aah, takkan kau tak tahu.? Siap masuk radio lagi.
Aku  : Berapa.? Kena saman sebab apa.? 
Rose : RM 300 000. Nak tahu apa cerita boleh tengok dekat SINI dan SINI

Sunday, July 31, 2011

Aku Update Blog Ni Orang Kampung


Perlu ke kecoh satu kampung aku update blog kan.? Tak perlu lah kan. Sudah lama tak update blog sampai tak tahu nak update pasal apa. Oh yer, pada yang tunggu download link untuk cerita tahajjud cinta, stanza cinta, boboi boy, dan lain-lain sila tunggu yer sebab aku agak takde mood nak upload link. Tapi sabar, pasti ADA. Hehehehe.

So, esok hari apa kawan-kawan.? Esok seluruh umat Islam akan menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Pesanan aku marilah kita kumpul pahala sebanyak-banyaknya ok.? Jangan ada yang mengeluh pula dengan kedatangan bulan Ramadhan. Hari ni (minggu ni) aku ada kat Ipoh Perak. Buat apa aku kat sini.? Family aku dah jadi orang Ipoh. Malangnya tak sempat nak bersahur dengan family. Esok aku masuk kerja pukul 7.30 pagi. Waaaaa, awal gila!! Takpe-takpe, dugaan je semua ni.

Ok, aku taknak sembang panjang. Cukuplah dengan entry ni menandakan aku masih wujud dalam dunia blog ni ek. Tunggu aku update next entry.

Wednesday, July 20, 2011

Bowling Sampai Lebam Dengan Blogger Merangkap Kengkawan

Shhhhhh, ada satu rahsia nak beritahu korang ni.

Pagi-pagi makan ketupat,
Apa kau orang ingat aku nak mengumpat.?

Hahaha, sedikit intro dari aku. Huh.? Mana ada rahsia lah. Just Ahad lepas aku melapangkan sikit masa aku dengan berjimba-jimba dengan rakan aku. Rakan-rakan aku ni kebetulan blogger lah juga. Ada yang tegar dan ada yang suam-suam kuku. Tapi, menaip dan memberi informasi still kerja diorang. Aku malas nak komen banyak sebab nak kasi korang layan gambar kitorang yang stylo ni ok. Oh yer, aku malas nak edit sebab aku malas. Hahaha..

Wednesday, July 6, 2011

Apa Itu.?


Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?

SIBUK??

Haaa, macam ni lah jadinya bila dah berkerjaya kan.? Tak sempat and tiada masa lah nak update blog. Oh, macam ni rupanya ek.? Macam manalah blogger-blogger tip top yg berkerjaya boleh update blog hari-hari eh.? Hebat!! Salute kat korang. By the way, currently I'm learning english & communication skill untuk build up my confident level to speak in english (perlu ke beritahu.?). Hahahaha, so and so and whatever lah kan.? All right then. See you later guys and have a nice day.

Saturday, July 2, 2011

Pengomen Tegar BlogCariPasal Bulan Jun 2011

blogcaripasal
Wah, orang lain sibuk nak buat aku pun sibuk nak follow gak kan.? Bukan apa aku rasa sudah lama pula aku tak kasi penghargaan dekat pengunjung blog aku ni. Walaupun tak ramai yang datang berkunjung tapi terima kasih lah pada yang selalu kasi komen dekat entry-entry aku. Terharu pula rasanya. Uhuk ='( Terharu perlu buat emosi sedih yer.? Hahaha. Aku teringin nak update selalu entry pasal lawak kartun doodle tapi disebabkan tiada laptop dan aku ni meminjam kawan aku punya PC (Windows XP), paint tools dia pun yang version lama. So, x dapat nak update doodle kartun buat masa terdekat ni.

Oh yer, aku nak berterima kasih dekat 5 pengunjung bertuah dan juga pengomen tegar blog ni sekitar bulan Jun 2011. 

  1. Hasif Zul
  2. Azizbos
  3. Shaze Zainn
  4. Laskar Pelangi
  5. Ain Zulaikha

Macam mana aku rate kan diorang.? Sonang yooo. Macam nie haaaa...


Thanks semua, lain kali komen lagi!! Komen, komen jugak. Hari-hari kasi singgah blog ni okay. Hehehehehe. Rasa macam nak belanja semua makan je. Tapi bile yer.? Bila ada rezeki lebih lah ok.? Ceh, cakap macam banyak duit je kan.? Hahaha, takpe janji niat tu dah ada. Sekali lagi 'belum ada rezeki' je kan.? Ok, thankz again. Aku nak bersiap-siap pergi makan satay dekat Qaseh Seksyen 13. Yummy..

Thursday, June 30, 2011

Hanya Entry Mengenai Aku


Ok siapa tidak mahu baca rajin-rajinlah klik Alt+F4. Malas nak klik.? Ok, kalau malas rajin-rajin lah baca entry mengenai aku ni. Jarang tak aku update blog sekarang.? Haaa, mana yang selalu masuk blog aku ni memang akan cakap jaranglah kan.?Sorry lah wei sebab aku busy plus tiada mood untuk berblogging. Dah seminggu kot aku tak tengok statistic nuffnang aku. Dah macam takde feel dah ni kat blog sendiri.

Aku rasa start minggu depan aku lagi busy nak update blog. Sebab apa.? Aku dah start training kerja lah. So, korang aku nak minta maaf sangat-sangat kalau aku tak dapat nak jamukan korang dengan berita-berita terkini dan menarik. Lawak kartun dekat blog ni pun aku akan tangguh juga. Lawak kartun.? Apa itu.? Laaaaa, korang tak tahu ke.? Korang tak perasan eh.? Alah, yang lawak kartun pasal cerita ini dan juga cerita ini. Wahh, rajinlah korang klik dan baca. Terima kasih banyak-banyak.

Aku rasa nanti one day aku nak buat giveaway besar-besaran. Itupun kalau rezeki aku mencurah-curah. Korang doa-doakan aku juga yer supaya rezeki aku bertambah baik macam Bro Framestone. Ops, tetibe sebut pasal Bro Framestone. Lama dah rasanya tak bertegur sapa dengan bro. Ok semua nanti ada masa terluang aku update blog lagi. Oh yer, lagi satu penyebab aku tak update blog ialah aku baru kehilangan sesuatu yang aku paling sayang. Paling,paling dan tersangat-sangat sayang. Nak tahu apa.? Laptop Toshiba ku yang baru 2 tahun berkhidmat dengan aku. Bukan hilang pun cuma dia rosak. Itu motherboard (ibu kepada papan) sudah terbakar. Tidak boleh buat apa-apa melainkan tukar motherboard baru atau beli LAPTOP BARU!!

Sunday, June 26, 2011

Nuffnang Kasi Invitation to Blogger Sports Carnival With City Golf


Wah, lama tak update bog rasa kekok pula nak menaip. So, kita proceed pada agenda seterusnya. Hari tu aku saja-saja lah join kasi komen paling kreatif untuk dapatkan 2 invitation untuk ke Blogger Sports Carnival with City Golf. Wahh, tak sangka pula boleh terpilih antaara 50 komen paling kreatif. Benda ni berlangsung dekat Bangsar Shopping Centre. So, siapa lagi 49 bloggers yang terpilih tu.? Leh la jumpe dekt sana nanti ok.

Sunday, June 19, 2011

Blogger Vs Follower



Budaya mem'follow' dan menyuruh orang follow aku rasa bukan benda baru lagi dekat dalam dunia blog ni. Tipu lah kan kalau aku cakap benda ni benda baru. Yer, memang baru. Baru dari segi bagaimana blogger meng'create' sesuatu benda yang baru dengan tujuan agar followers makin bertambah. Makin advance teknologi makin creative lah minda manusia ni terhadap sesuatu perkara. Aku tak kata benda ni berdosa besar. Cuma, bagi aku ini sudah dikira penyalahgunaan kuasa. Bagaimana.?

Friday, May 20, 2011

Cara Mendapatkan Traffic Ke Blog Anda


Traffic anda mungkin 10 uniques view
Traffic anda mungkin 100 uniques view
Traffic anda mungkin 1000 uniques view
Traffic anda mungkin 10 000 uniques view

atau mungkin lebih??
Segalanya terungkai di sini

Dapatkan code dengan open up currently blog
Load until 12 seconds
Get your code
Submit your URL

No Harm To Try

Monday, May 16, 2011

Segmen Aku Sporting


Kalau bukan terpaksa punya pasal malas aku nak join weh. Hahaha, gurau-gurau. Semalam seronok pula dok serang si Umar Faruq ni dekat Sahabat Blogger. Dia ingat dia artis sesedap rasa je cakap dia hensem. Hahaha, iyolah aku kasi pembaca aku nilai sendiri tahap kehenseman anda wahai Umar Faruq. Pssst, hentam je dia jangan kasi chance ok my beloved readers. 

Terel tak aku pilih gambar.?

Tuesday, April 19, 2011

Ubah Account Login Blogspot Anda Dari Yahoo Ke Gmail Sebelum 25 Jun 2011


Sebelum ni korang sudah disajikan dengan tanda-tanda blog yang ber dot blogspot akan hilang serta-merta kan.?So, mesti ada yang sudah kelam kabut cari penawar dia. Ada yang pemalas gila nak cari so mesti duduk bak menunggu durian jatuh dari langit. Hoih.? Durian jatuh dari langit.? Bukan duit ke jatuh dari langit.? Ape ke be***p nye kamu ni.? Turun dari langit haruslah hujan idok lah pulak duit ke, durian ke jatuh dari langit. Ok, mengarut sebentar bak mukadimah kan.?

Ok, so siapa yang belum lagi tukar akaun email korang silalah rujuk ala-ala tutorial diva aku ni yer
Step pertama : Pergi dekat Setting blog dan klik bahagian Permission.

Tuesday, April 5, 2011

Katakan Tidak Pada NUFFNANG

Merajuk gila-gila punya lah dekat Nuffnang. Jangan ditanya kenapa sebab aku baru nak explain ni. Hehehe, memang sangat-sangat terkejut bila tengok earning updated. Sudah sebulan lebih kot earning aku tak berubah. Masih pada rate yang sama then semalam seorang rakan blogger merangkap kawanku jugak, Ahfat bagitau earning dah update. Bapak bergegas aku pergi usha earning. Hahaha, nampak sangat gila duit. Ok, siapa tak nak duit kan.?
Tengok je earning aku cakap kat diri sendiri. "Eh, tak berupdate pun. Kenapa Ahfat punya dah update aku belum". Then aku pergi tengok dekat current earning updated RM0.25 sahaja. Sedih gila sebab tunggu dah sebulan lebih then updated earning 25 sen je.? Takkan gara-gara aku hantar ticket kat Nuffnang 2 hari lepas terus di cut habis.?


Nampak tak tu.?Last 12 March, then updated 23 March ke 26 March 2011 itu pun bernilai RM0.25 je.? Gila tak gila. Dah lah berhabis duit dekat projek fyp, sekali nuffnang buat palat pulak kan.? Ke takde orang dok lawat blog aku ni.? Isk, gila kesian dekat blog aku yang kusam ni. Isk, kesian, kesian, kesian..

Thursday, March 17, 2011

Pemenang Segmen BlogCariPasal Cari Mangsa Makeover Header Blogger

Alhamdulillah, sudah pun ada pemenangnya and nah hasil designku me'make over' blog korang. Suka tak.? Suka tak.? Tak suka sudah. So, siapa pemenang bertuah tu.? Ada dua orang pemenang actually. Then, aku pun gigihkanlah diri buat dua header untuk 2 orang blogger ni.

Pemenang Pertama : Popolita

Segalanya Tentang budak Perempuan Bernama Popolita

Pemenang Kedua : Fad


Korang nak jugak.? Tunggu aku buat second segment tapi tak tahu bila. Hehehhe

Tuesday, February 22, 2011

[Segmen] BlogCariPasal Cari Mangsa Makeover Header Rakan Blogger

TAMAT SUDAH

Agak-agak korang lah kan, berminat tak dengan header aku.? Rasa-rasanyalah kan ada tak yang iri hati dengan header aku.? Hehehe, masuk bakul angkat sendiri betullah kan aku ni. Ok, so apa lak kaitannya kan dengan entry aku kali ni.? Haaaaa, tengok tajuk pun dah boleh agak kan.? Aku tengah cari seorang blogger bertuah untuk dimakeover header blognya. 

Ok, apa yang korang perlu buat.? Macam biasalah kan. Usha gambar dekat bawah ni and buat satu entry then.....

Sunday, February 20, 2011

Perbezaan Blogger Dahulu dan Kini



"Aku berblogging untuk apa.?"
"Ke mana arah tuju aku sebenarnya.?"

sumber : uncle google

Thursday, February 3, 2011

Keywords Apa Yang Aku Google Hari Ni.?

kociknyo gambor (klik la kalau nak kasi besau)

Ketandusan idea untuk mengupdate setelah dikerah, disuruh, dan sewaktu dengannya. Update kan lah juga blog aku yang makin surut ni. Haish, tak tahulah apo nak jadi kan.? So, ape kabor semua.? Sihat.? Rakan SB sihat x.? Haaa, walaupun aku jarang update tapi aku agak bergiat aktif di fb tau. Seronok layan kerenah rakan-rakan blogger di SB.! Lagi-lagi semalam blogger popular turun padang. Nak tahu siapa.? Cik Irine Nadia Marcello lah. Sapo laie kan.? Lagi sorang si Nisa Kay. Korang memang cun melecun. Geram seh tengok.!

Ok, terus ke tajuk entry. Keywords apa yang aku google hari ni.?

Saturday, December 25, 2010

Budak Bersunat Kami Meghoyan

Geng Budak Sunat

DSC08714

Kami pula Geng.?

Aku Jelous Dengan Blog Gosip Artis Malaysia


I said, I jealous.! Is it clear for u.?Jelous, jelous, jelous. Triple jelous for u der. Apa lah yang aku jelous kan sangat ni.? Ok, aku bukan jelous dekat Abg Nara, Izyan, mygosip, ohartis, zonartis, or budiey. Aku jelous dengan blog gosip artis aku sendiri which is mybeautifulkasih. Oh my dear darling I really hate u. Ops, but u kasi I income BE from nuffnang so not really benci lah.

create your own banner at mybannermaker.com!

Blog mybeautifulkasih one of my blog lah jugak selain blogcaripasal ni. Aku dirikan blog tu lebih kurang sama dengan blog aku yang ni. Nak dijadikan cerita aku lagi banyak promote blogcaripasal ni. Yelah sebab blog ni kalau tak dipromote tak laku. Macam blog gosip artis aku tu aku tak promote pun still ada visitor. 

create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, December 23, 2010

Aktiviti 21st and 22nd of Disember 2010 Bersama Ujang Si Anak Monyet

21st of Disember 2010 – Aku and rakan2 aku ke Perak. Seronok rasanya sebab dah lama sangat aku tak hang out ngan kawan-kawan diploma aku time kat UiTM Perak dolu-dolu. Then, utk habiskan masa bersama kitorg plan ke UiTM Perak tujuan utama nak jumpa pegawai-pegawai and staf-staf UiTM Perak. Diorang dah anggap kitorg macam ank buah diorang. Memang sangat-sangat rindu moment dolu-dolu.

Kat Perak kitorg gi Seri Iskandar, Tronoh, Kuala Kangsar and Manong. Tak sempat nak ke Ipoh jumpa kenalan lain dek kekangan masa. So, kitorg plan jadual sepadat-padatnya. 2 hari je kitorg pergi and belah malam we ol tido kat Kuala Kangsar. So, aku letak beberapa gambar utk tatapan rakan-rakan blogger aku yang sempat menyinggah kat blog aku ni. Lama dah rasanya aku tak selitkan entry pasal life aku. Sesekali apa salahnya kan.?

DSC09275
En Zam (Pegawai Koko yang paling disayangi)

DSC09251DSC09315
Aku membelek-belek gambar dolu-dolu                                       Rakan-rakan seperjuangan

DSC09293DSC09336
                                      Bersama ‘junior’ kami’                                                            Cik munge

DSC09579DSC09587DSC09597DSC09557
DSC09600
Bersama Ujang si anak monyet


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails