Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Mood Berblog Merundum Dari Tahun ke Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Zaman belajar dan zaman berkerjaya memang nampak perbezaannya. Perbezaan dari segi apa? Banyak lah tapi Ecah nak fokus pada dunia blog. Masa zaman belajar dulu kalau boleh hari-hari nak upload post baru. Kadang-kadang tu nak lawan Ben Ashaari yang banyak up post dalam sehari. Rajin sungguh dan pembaca dia pun memang rajin singgah.

Senang cerita Ecah tunjuk jumlah post mengikut tahun.



Sedar tak sedar blog ni dah pun masuk tahun ke 5. What? Lama juga tu kan. Kalau ada anak kecil dah 5 tahun dah usianya. Tapi kenapa makin lama makin tak dikenali? Makin malas? Haaa, itulah nak cakap perbezaan waktu berkerja dan waktu belajar. Nampak sangat waktu belajar dulu memang takde kerja. Ada juga join aktiviti dengan blogger. Sekarang? Memang malas sangat tambah-tambahan ada anak kecil. Memang salute betul dengan blogger yang ada family tapi ada masa dengan dunia blog ni.

Kalau dilihat pada total post Ecah mengikut tahun, memang nampak sangat penurunan dia. Dari tahun 2010 kencang betul dengan 239 entry. Tahun seterusnya 195 kemudian turun lagi ke 46, 11, 8 dan akhirnya tahun 2015 dengan 5 post. Nampak sangat pemalasnya. So, sekarang ni nak berjinak balik lah. Asah balik penulisan dan ayat puitis dengan harapan mood untuk berblog ni pun naik balik.

Tapi azam kali ni nak aktif dalam blog tapi nak stay silent je. Hanya penulisanku yang berkata-kata. Tiada perjumpaan, bersosial dan sebagainya. Entry kali ni pula takde dah entry nak aib-aibkan orang. Tak berkat rezeki dik oi kalau dok canang cerita orang ni. Baik canang cerita sendiri. Korang nak baca ke tidak belakang cerita.

Saje belek balik entry dulu kala. Macam tak percaya pun ada semua tu hasil penulisanku. Kelakar pun ada, poyo pun ada, style pun ada. Semua tu kenangan bagi diri Ecah dalam dunia blog ni. Kalau korang nak baca balik entry Ecah dulu-dulu boleh lah tengok dekat Archive sebelah kanan blog ni. Tak pun Ecah list selected entry dan korang layan lah kalau rajin. Malas tekan je pangkat kat corner paling atas sekali kat screen laptop, phone, tab korang. Ok, selamat menjamu mata.

Salam,

Churp Churp Nak Kasi RM100 Free

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Readers,

Churp Churp nak kasi RM100 free. Tapi ada beberapa task need to be completed.


[CHURP LIVE & LOUD] Astro Go Shop!

Hi Churper,
Now that we’ve gotten your attention, we would like to congratulate you for being chosen to participate in the latest Churp Live & Loud: Astro Go Shop campaign!
What is Churp Live & Loud all about? These are special campaigns where we invite YOU to cover exclusive events and provide live updates throughout to spread the word about the next big thing in town! Most importantly, you'll be rewarded handsomely for your efforts.
So if you’re looking to earn some extra moolah (cash) by shopping, yes shopping, here’s your chance!

Campaign Objective:
To introduce Astro Go Shop to the public and raise awareness of what Go Shop has to offer.

Campaign Requirement & Payout:
RM100 upon completion of all campaign tasks:
  1. Attend the Astro Go Shop event at Go Shop Studio @ Astro Broadcast Center (25thApril 2015, Saturday, 10.00AM)
  1. 4 x Facebook Updates
  1. 3 x Instagram Updates
  1. 3 x Twitter Update

Ok, sesiapa yang rajin boleh lah cuba but it First Come First Served Basis. Limited to the first 10 Churpers who meet the campaign requirements.


Friday, April 25, 2014

Tukar Banner Blog

Setelah sekian lama tengok banner blog agak membosankan. Datang idea nak buat banner baru. Jom tengok banner lama yang mana sudah jadi kenangan. 


Sudah agak lama kau berkhidmat. Maka duduk diam-diam dalam hard disk aku yer. So, mana banner baru? Bikin sendiri dari A to Z termasuklah dot dot error tu. Ok, kalau tak cantik uols diam-diamkan yer. Hehehe. Nak google image arrow macam tu tak jumpa-jumpa. Lastly buat sendiri je lah.


Thursday, March 21, 2013

Pentingnya Gadget Search Dalam Blog Anda

Assalamualaikum w.b.t,

Ada tak Search Button di dalam blog anda. Apa itu search button? 


Ok, contoh dia macam gambar dekat atas lah. Kenapa Ecah cakap benda ini penting? Sebabnya, bila ada readers hendak mencari sesuatu di dalam blog kita tidak mungkin lah dia akan review post by post. Ok, ada orang cakap "Archive kan ada?" Yes, dear. Memang ada archive tapi readers tahu ke bulan berapa dan tahun bila kita post tajuk itu kan? So, to play save kita tambah sahaja widget Search dalam blog kita. Mudah bukan?

Oh, ada yang tidak tahu mana nak dapatkan widget itu.? Ok, mari Ecah tunjukkan.

1. Pergi Dashboard blog anda. Kemudian, Layout > Add a gadget


2. Kemudian pilih gadget Search Box


3. Siap. Placing sahaja gadget itu pada kedudukan yang anda inginkan.

So, ada sebarang pertanyaan komen sahaja ok. Nanti free Ecah balas. Selamat mencuba.

Tuesday, April 10, 2012

Senyap Volume 1.1 (My Icon BeanBag Talkshow)

Agak lambat aku rasa nak bercakap pasal event Senyap Volume 1.1 ni yang mengetengahkan Altimet (singer) ft Bro Framestone (blogger). Sebab apa.? Sebabnya tarikh registration untuk join event ni dah pun berlalu pada 9 April 2012 yang lalu. Dengar cerita 200 peserta pertama bakal dipilih untuk menghadiri program ini. Bila pulak event ini akan berlangsung yer.? Esoklah bersamaan 11 April 2012 di aras bawah Menara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Percinct 4, Putrajaya.