Showing posts with label bila cinta. Show all posts
Showing posts with label bila cinta. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Tunang Vs Kahwin

Ambil berkat pengantin ^_^

Alhamdulillah. First of all aku nak ucapkan tah-ni-ah di atas pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan aku. Sabtu lepas aku pergi serbu konvoi kahwin salah sorang eh 2 orang kawan aku. Kenapa 2 orang yer.? Haaa, sebabnya pasangan pengantin dua-dua kawan sekolah aku. Wah2, perkenalan dari bangku sekolah ke jinjang pelamin terus kan.? Alhamdulillah dan aku harap semoga hubungan keyrul dan amy berkekalan selama-lamanya ok.

Sekumpulan Geng Budak Sekolah
Antara yang masih bergelar anak dara ^_^

Next week insyaallah aku ke wedding member sekolah aku yang seterusnya. Haaiii, semua beratur ni nak kasi kad kahwin masing-masing. Aku.? Baru 24  tahun. Ohh, muda lagi ok. Setakat ni aku serbu kenduri kendara kawan-kawan aku je lah. Dah rezeki diorang kahwin awal kan.? Awal ke.? Awal lah jugak ok. Tahniah korang.

Tup-tup aku login facebook aku tetiba. . . 

Biar betik.? Naz Cahaya Cinta Ilahi tempek gambar pertunangan dia dengan salah sorang kawan sekelas aku time di universiti. Kelas kau Naz. Ribut takde, apa pun xde tau-tau dah jadi tunangan orang kau yer.? Btw, tahniah kat Naz dan tahniah juga dekat Zack. Aku doa-doakan hubungan korang berkekalan jugak yer. Naik pelamin jangan lupa jemput aku ok!!

Cantik Naz di hari pertunangannya.
Alololo sweetnya korang!!

Thursday, November 24, 2011

Hati Ini Bukan Milikmu Lagi

Morning semua. Jangan terpedaya dengan tajuk entry yang jiwang karat tu ok. Pancing undi namanya itu. Hahaha, so apa khabar semua penyinggah blogcaripasal?? Harap semua happy-happy je ok masuk sini. Jangan tension-tension. Kalau tension jom tengok gambar menghijau ni untuk hilang tension ok.


Hah.? Amacam.? Dah hilang dah tension.? Kalau belum lagi cuba ambil air wuduk. Insyaallah hilang lah tension korang tu. Oh yer, berbalik pada tajuk tu macam simbolik lah untuk memulakan hidup baru. Pada yang tengah frust bercinta tu sudah-sudah lah ok. Ada lagi yang terbaik buat kita. Cuma masa sekarang ni yang main kan peranan. Mungkin lambat, mungkin cepat. Kalau lambat tu mungkin Allah SWT nak kita mengenali dunia ni dengan lebih mendalam. Kalau yang cepat tu pula aku hanya boleh cakap berhati-hatilah dan jangan tersilap langkah ok.?

Wah, dah macam kasi motivasi pulak aku pagi-pagi ni kan.? Jom hayati ayat-ayat kat bawah ni...


Huiyo, jangan salah anggap. Bukan aku yang karang ayat ni. Aku just copy paste dari blog ayat-ayat cinta ni then aku edit lah sikit dengan mempoyokan letak gambar sendiri. Hahaha. Jom layan lagu ombak rindu ost ni nyanyian hafiz dan adira.

Thursday, September 8, 2011

Quote From Jejariruncing

 
Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Quote yang aku ciplak dari jejariruncing

Aku ringkaskan buat quote aku sendiri tapi bunyi dia macam ni :
'Ya Allah, Kalau benarlah dia jodohku, tunjukkanlah jalan supaya kami dapat bersatu. Dan sekiranya jika dia bukan jodohku, jauhkan lah dirinya dariku supaya hati ini tidak disakiti...' Aminn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails