Showing posts with label autumnz. Show all posts
Showing posts with label autumnz. Show all posts

Saturday, March 14, 2015

Bila Anak Tolak Botol Susu

Assalamualaikum,

Mesti ramai yang mengalami masalah di mana anak-anak syurga anda tidak mahu hisap botol susu. Mesti ramai yang pening kepala memikirkan apa sebabnya dan bagaimana cara mengatasinya. Ecah bukan lah nak cakap yang Ecah tahu caranya tetapi sekadara berkongsi pengalaman.

Masa dalam pantang memang tiada masalah hendak beri botol susu. Masa ni bayi tidak tahu istilah 'tolak'. Apa yang diorang tahu masa ni adalah lapar, mengantuk dan sebagainya. Macam anak Ecah bila dah mula nak dekat habis pantang tu yakni 1 bulan ++hari, dia dah mula pandai memilih. Dia dah mula kenal yang mana satu puting ibunya dan yang mana satu bukan.

Alkisahnya ada lagi sebulan nak berkerja. Ecah dan suami mula menggelabah cari puting susu yang sesuai. Ingat lagi Ecah pernah post berkenaan botol susu Avent yang Ecah beli sebelum bersalin? Hmm, memang rasa agak rugi sebab antara puting yang ditolak sekeras-kerasnya oleh si kecil kami. Memang buat hiasan lah. Nanti dia dah besar sikit nak cuba kasi juga!!

Kemudian kami cuba kasi puting Autumnz yang dapat sekali dalam kotak pam susu Auntumnz Passion seperti dalam entry Ecah yang dulu kala. Boleh check link dekat sini.

Masa duduk rumah mertua, mertua belikan puting Pureen. Memang meraung-raung si kecil tolak sebab flow dia sangat laju. Kemudian, kami cuba puting NUK setelah disarankan oleh my sister. Pandai si kecil ni. Sehari je dia terima dan hari-hari seterusnya dia tolak. Puting apa yang Ecah guna? Puting NUK orthodontic classic. Mungkin silap sebab tak beli yang wide neck.


Setelah puas google dan bertanya pendapat. Last option adalah MAM teat. Sebenarnya puting MAM ni husband yang belikan. Ecah suruh dia cari pigeon punya jenama tapi dia pusing dekat Guardian dan farmasi Damansara Damai tak jumpa puting pigeon. Puting MAM ni orang dekat farmasi tu yang recommend. Ok takpe, kita cuba je dulu. We are highly frustrated tengok si kecil tolak meraung-raung. Then we gave up! Husband cakap maybe si kecil dah confused sebab dah banyak sangat tukar puting. 



Jadi kami decide untuk cuba secara perlahan-lahan. Isikan dalam 1oz ke botol MAM dan cuba kasi. Hari demi hari, cewaahh macam lama sangat. Dalam 3,4 hari percubaan kami gagal. Esoknya kitorang pergi rumah parents Ecah dan kami cuba lagi kasi and finally he want it!! Yes, seronok tengok dia habiskan 3oz sekali gus. 

Caranya? Kami tidurkan dia dulu lepas tu dalam beberapa minit angkat si kecil dan susukan dia. Kira kasi masa dia tengah mamai. Bila mamai dia sedut laju jer dan lama-kelamaan si kecil pun dah biasa. Dia tak tolak botol susu dah. Kesimpulannya, tak perlulah beli berbotol-botol. Cuba cari alternatif lain untuk susukan si kecil anda. Ini pengalaman Ecah, cerita Ecah sendiri.

Wednesday, February 18, 2015

Bottle and Food Warmer Lazada

Assalamualaikum,

Hari ni Ecah nak bercerita satu lagi pengalaman Ecah membeli secara online. Kali ini masih lagi berborak mengenai Lazada. Yes, Ecah beli online lagi di Lazada. Apa puka barang yang Ecah beli lagi ye? Tadaaa.



Ecah beli bottle and food warmer jenama Autumnz. Harga dia RM78.80 and no delivery charge. Payment method yang Ecah guna masih lagi cash on delivery (COD). Ecah order 15/02/2015 dan barang sampai hari rabu 18/02/2015. Ecah order hari Ahad dan diproses hari Isnin lah. Memang Lazada mentioned expected goods akan sampai within 3-8 working days. Cepat lah kan?

Ok, nak usha lagi dekat Lazada. Sejak ada baby ni lagi suka shopping online. Tapi lagi suka kalau dapat jalan-jalan. End up nak barang lain beli barang lain. Pengajaran to myself juga.

Sunday, February 15, 2015

Autumnz Passion dan Lazada Malaysia


Post dibuat dah lama tapi tak pernah nak publish. Alkisahnya nak cerita pengalaman membeli di lazada dan pengalaman menggunakan Autumn Passion breastpump.

So, mesti ada yang terfikir kenapa beli online? Tak takut kena tipu ke? Ok, Ecah dah beberapa kali beli barang dekat lazada and setakat ni tak mengecewakan. So, kuatkan hati, tawakkal dan akhirnya berjaya memiliki set breastpump dengan harga yang murah. Dah penat survey dah kat lazada. Ecah tunggu waktu yang dia jua dengan harga murah. Selalu survey harga dia RM459. Sekali hari tu bukak tengok harga dia RM349. Tanpa fikir panjang terus beli dan beruntungnya rasa sebab it's COD (cash on delivery). Barang dah sampai baru bayar. Ok lah kan dari dah bayar tapi barang tak sampai. So, it is come with the package. Ada set pump, manual pump, ice pack, storage botol ada 4, beg cooler yang sekarang ni digunakan letak barang mekap anak Ecah.

Ok, sekarang nak bercerita pengalaman guna breastpump autumnz passion. Mula-mula pakai agak stress dan rasa menyesal sebabnya susu dapat sikit dan sakit. Ok, salah sendiri sebab tak menimba ilmu mengepam. Memang akan sakit mula-mula. Then setelah guna beberapa kali ok jer. Kemudian timbul kekesalan sebab rasa rugi beli yang ada double pump ni means boleh pam kedua-dua belah serentak. Ok, then salah lagi sebab bila dah tak rasa sakit slumber jer Ecah pam dua-dua belah. Mak siap cakap dah macam perah susu lembu. Ok mak such a joke di siang hari. Setelah guna double pam beberapa kali, hasilnya sangat memuaskan dan jimat masa.


 Guna powerbank pun boleh. Sekarang Ecah pam di mana-mana sahaja. Bawah ni pula hasil menuai untuk petang ni. Pam 10 minit dapat banyak tu. Alhamdulillah rezeki anak Ecah. So, pendek kata tak menyesal beli di lazada dan tak menyesal beli breastpump autumnz passion.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails