Showing posts with label automobile. Show all posts
Showing posts with label automobile. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Proton P3-21A Menjadi Bualan

Yeah, mula-mula ayah aku yang bersuara. "Angah, kamu dah tengok dah kereta Proton yang baru.?" Aku pun jawab. "Aih, Proton ada nak keluar kereta baru ke.?". Proton P3-21A kata ayah aku. Wah, nama macam no resit je aku dengor ni. Terus aku menerjah Uncle Google.

Sumber : arenakereta

Wah, cantik menarik tertarik jugak aku tengok kereta proton terbaru ni. Ada juga aku terbaca-baca dekat Fb pasal kereta ni. Ada tu aku baca, "Aih, rugilah sapa yang beli Persona masa mula-mula dulu". Haha, bagi aku tadelah rugi sebab kereta semua ada zaman kegemilangan masing-masing. Kalau nak kira macam tu jangan beli kereta sampai tahun 2020. Haaa, tengok macam mana rope lak kereta zaman tu kan. Hehehe.

Nak bercakap pasal harga pula dikhabarkan kereta ni dalam RM60k ke Rm70k seunit. Haaa, not bad lah kan.? So, siapa yang nak booking dah boleh dah ni kumpul duit. Hehehe. Aku.? Hanya mampu tengok je lah orang pakai. Jadilah pakai kereta kodok merah tanpa logo aku tuh.


Thursday, January 12, 2012

Kini Boleh Ambil Lesen Memandu Kenderaan Auto

 

Pada mulanya aku amat terkejut bila terbaca salah satu berita mengenai lesen pemanduan. Mana tak terkejutnya bila baca tajuk "Lesen Memandu Auto". Aku ingat sistem apalah diorang guna ni auto-auto segala. So, aku pun baca selanjutnyaa. Kini kerajaan sudah pun meluluskan ujian kenderaan lesen memandu automatik. Tak silap aku dekat Ipoh sudah pun mula operasi ini. Waahh, senangnya nak dapat lesen sekarang. Tapi keburukan dia ialah mereka yang ada lesen automatik ini hanya boleh memandu kenderaan automatik sahaja. Kenderaan manual tidak dibenarkan sama sekali. Fuhh, tarik nafas panjang aku. At least kita yang ambil awal-awal dulu ada kelebihan. Kita boleh bawa automatik dan manual. Yey.!! (Walaupun aku tak berapa reti drive kereta manual)


Nak baca selanjutnya boleh baca dekat blog zackentry ok. Aku nak share pengalaman aku ketika ambil lesen memandu. Hahaha, memang tak boleh lupa lah. Aku start ambil lesen umur aku 21 tahun. Time aku amik tu kiranya aku yang paling tua dalam group aku. So, aku kena lah kerek sikit buat-buat pandai drive. Actually my mom dah ajar time aku sekolah menengah dulu tapi dah lama tak drive dia jadi 'lampi' sedikitlah. Ok, apa yang aku nak share.??

  1. Belajar naik bukit control minyak dengn clutch then tarik handbrake. Tayar betul-betul atas line kuning. Ok, pass!! Then control minyak bunyi dia memang tak hengat. Apa aku kisah, biarlah bunyi kuat mana janji kereta tak ke belakang. 
  2. Buat parking menegak siap kira berapa kali kena pusing stereng sebab nak dapat sudut yang betul dan ngam-ngam masuk kotak parking.
  3. Drive sendiri pusing satu sekolah memandu, kereta tiba-tiba mati enjin itu perkara biasa. Kereta naik atas divider itu perkara biasa. Last-last hancur depan kereta cikgu aku. (Tapi bukan aku lah yang buat hancur)
  4. Duduk dalam kereta, on enjin lepas tu "haaa, pakcik nak kau biasakan diri main gear". Dok lah aku masuk gear 1, gear 2, gear 3, gear 4 dan sebagainya.

Kalau ikutkan banyak lagi pengalaman manis dan pahit time amik lesen dulu. Dengan stereng kereta kancil keras nak mampus. Untunglaaa, sekarang belajar pakai Viva. So, pada yang nak ambil lesen kereta good luck dan berhati-hati yer. Sambil dapatkan lesen sambil belajar disiplin di jalan raya ok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails