Showing posts with label aku blogger. Show all posts
Showing posts with label aku blogger. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Mood Berblog Merundum Dari Tahun ke Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Zaman belajar dan zaman berkerjaya memang nampak perbezaannya. Perbezaan dari segi apa? Banyak lah tapi Ecah nak fokus pada dunia blog. Masa zaman belajar dulu kalau boleh hari-hari nak upload post baru. Kadang-kadang tu nak lawan Ben Ashaari yang banyak up post dalam sehari. Rajin sungguh dan pembaca dia pun memang rajin singgah.

Senang cerita Ecah tunjuk jumlah post mengikut tahun.



Sedar tak sedar blog ni dah pun masuk tahun ke 5. What? Lama juga tu kan. Kalau ada anak kecil dah 5 tahun dah usianya. Tapi kenapa makin lama makin tak dikenali? Makin malas? Haaa, itulah nak cakap perbezaan waktu berkerja dan waktu belajar. Nampak sangat waktu belajar dulu memang takde kerja. Ada juga join aktiviti dengan blogger. Sekarang? Memang malas sangat tambah-tambahan ada anak kecil. Memang salute betul dengan blogger yang ada family tapi ada masa dengan dunia blog ni.

Kalau dilihat pada total post Ecah mengikut tahun, memang nampak sangat penurunan dia. Dari tahun 2010 kencang betul dengan 239 entry. Tahun seterusnya 195 kemudian turun lagi ke 46, 11, 8 dan akhirnya tahun 2015 dengan 5 post. Nampak sangat pemalasnya. So, sekarang ni nak berjinak balik lah. Asah balik penulisan dan ayat puitis dengan harapan mood untuk berblog ni pun naik balik.

Tapi azam kali ni nak aktif dalam blog tapi nak stay silent je. Hanya penulisanku yang berkata-kata. Tiada perjumpaan, bersosial dan sebagainya. Entry kali ni pula takde dah entry nak aib-aibkan orang. Tak berkat rezeki dik oi kalau dok canang cerita orang ni. Baik canang cerita sendiri. Korang nak baca ke tidak belakang cerita.

Saje belek balik entry dulu kala. Macam tak percaya pun ada semua tu hasil penulisanku. Kelakar pun ada, poyo pun ada, style pun ada. Semua tu kenangan bagi diri Ecah dalam dunia blog ni. Kalau korang nak baca balik entry Ecah dulu-dulu boleh lah tengok dekat Archive sebelah kanan blog ni. Tak pun Ecah list selected entry dan korang layan lah kalau rajin. Malas tekan je pangkat kat corner paling atas sekali kat screen laptop, phone, tab korang. Ok, selamat menjamu mata.

Salam,

Churp Churp Nak Kasi RM100 Free

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Readers,

Churp Churp nak kasi RM100 free. Tapi ada beberapa task need to be completed.


[CHURP LIVE & LOUD] Astro Go Shop!

Hi Churper,
Now that we’ve gotten your attention, we would like to congratulate you for being chosen to participate in the latest Churp Live & Loud: Astro Go Shop campaign!
What is Churp Live & Loud all about? These are special campaigns where we invite YOU to cover exclusive events and provide live updates throughout to spread the word about the next big thing in town! Most importantly, you'll be rewarded handsomely for your efforts.
So if you’re looking to earn some extra moolah (cash) by shopping, yes shopping, here’s your chance!

Campaign Objective:
To introduce Astro Go Shop to the public and raise awareness of what Go Shop has to offer.

Campaign Requirement & Payout:
RM100 upon completion of all campaign tasks:
  1. Attend the Astro Go Shop event at Go Shop Studio @ Astro Broadcast Center (25thApril 2015, Saturday, 10.00AM)
  1. 4 x Facebook Updates
  1. 3 x Instagram Updates
  1. 3 x Twitter Update

Ok, sesiapa yang rajin boleh lah cuba but it First Come First Served Basis. Limited to the first 10 Churpers who meet the campaign requirements.


Sunday, September 28, 2014

Setelah Sekian Lama Blog & Nuffnang Bersarang

Assalamualaikum readers,

I hope you guys in a pink of health. Cewahh, speaking macam nak buat karangan surat tak rasmi rasanya. Sambil menghadap News Feed facebook, terbaca salah satu status Abang Ben Ashaari yang berbunyi begini :



Tetiba teringat nak buka Nuffang tengok apa yang ada. Blog pun dah lama tak hidup. Update pun jarang-jarang. So, let's check it out!


Alhamdulillah, ada lah juga dari takde kan? Nak cash out ke nak biarkan je? Biarkan je la. Cash out pun mesti sehari boleh habis duit tu. So, berbalik kepada persoalan Abang Ben tu, berbaloi ke? It's depends on the situation and own's perspective. Kalau blogger tu rajin, memang nak buat duit atau income dari blog, then I think it's not worth it. Sebabnya memang kena rajin dan selalu join aktiviti yang dianjurkan oleh Nuffnang, then need to know how to tackle their's interest.

Kalau blogger macam saya ni yang suam-suam kuku dan tak mengharapkan sangat income dari blog then it should be ok. Kalau rajin sikit, banyak lah masuk. Malas?? Hmm, ada ke kerja yang senang kat dalam donia ini? Fikir-fikir sendiri lah yer.

Friday, March 16, 2012

Nurul Cakap Cakap di Malaysia Hari Ini


Pagi-pagi aku dah gerak pergi kerja. Lepak breakfast sambil tengok MHI (Malaysia Hari Ini). Sedap-sedap menyental nasi lemak RM1 tiba-tiba ada slot remaja berniaga. Tup-tup ada gambar Nurul Wonder Wardrobe. Eh, macam aku kenal nama butik ni. Sekali keluar muka Nurul Cakap Cakap daaa. Wah, baguslah muda-muda lagi dah ada butik. Orang rajin berfashion kan tak rugi mencuba business-business macam ni.

Nak usha tak macam mana rupanya butik Nurul.? 


Tadaaa, sangat besar dan luas ok. Memang fun betul. Ok, ini gambar aku ambil dekat blog Nurul sendiri. Aku belum berkesempatan lagi nak singgah blog dia. One day maybe. Err, tapi di mana ya butiknya.? Yooo, butiknya di Alam Avenue Seksyen 16 Shah Alam ja ka.? Huihh, memang akan ku singgah nanti.

Wednesday, March 14, 2012

Projek 100 Bloggers Bermula by Bro Framestone

Salam Rabu untuk semua readers blogcaripasal. Terasa macam nak bertukar title pulak kepada yang lebih comel dan ayu gitu contohnya macam ecahshafiee.com ke.? Auchh, ntah bila dapat tukar ntah lah. Kalau dapat sponsor dari bro framestone syok gak kan. Hehehe, berangan je lah aku kan.?

Anyway,by the way, on the way..
Aku nak story sedikit atau nak kupas sikit isu tentang projek baru dari bro. Dengar title dia je pun dah nampak macam projek besar-besaran kan.? So, atas niat nak membantu promote boleh lah. Nak join.? Adoii, macam tak layak je lagi kan. Syarat-syarat dia tough jugak lah kan. Ok, korang nak tahu pe syarat dia.? Boleh tengok syarat dia dekat sini :


So, pada siapa-siapa yang rasa blog dia layak dicalonkan dalam 100 blog tu sila-silalah isi borang penyertaan. Sangat berbaloi-baloi kalau terpilih sebabnya blog korang akan diberi beberapa task untuk membuat entry berbayar. So, secara tak langsung korang boleh dapat income dan dapat idea nak buat entry. Btw, thanks to bro sebab sedikit sebanyak buat aku rajin balik nak update blog aku.

Psstt, nak usha traffic blog usang aku x.? Segan nak tunjuk pasai sikit sangat.



Sunday, March 11, 2012

Senangnya Nak Popular


Tunggu aku habiskan dulu title entry aku tu dulu. "Senangnya nak popular, tapi bukan senang nak popular sebagai insan yang disayangi orang". Haaaa, tersirat tak.? Ok, sila senaraikan apa isi-isi tersirat dia. Hahaha, dah macam subjek BM pulak nak mintak isi tersirat ni. Pada yang tak mengerti tu meh aku explain a lil' bit.

Popular ni sering dikaitkan dengan artis. Asal popular sikit orang akan cop 'retis'. Retis yang bagaimanakah.? Terel nyanyi, berlakon, bersajak, pengacara dan macam-macam lagi lah. Sedarkah uols-uols sekalian ada banyak lagi mereka-mereka yang popular dari sudut yang berbeza. Sebagai contoh dari sudut vlog kita dikenalkan dengan Mat Luthfi, Anwar Hadi, Maria Elena, Cikgu Shida, dan banyak lagi lah. Itu dari sudut vlog. Kalau dari sudut kecomelan pula Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Nurul Badiah dan lain-lain. 

Kalau korang perasan kebanyakannnya dari blogger juga. Yes, korang nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan.? Blogger pun boleh popular juga. Tapi popular yang macam mana yang korang nak.? Itu terletak di tangan korang sendiri. Jangan jadi popular macam adik Adinda Evans sudahlah. Ok, ini story lama jangan diungkit. Korang perlu ada sesuatu yang wow baru leh diangkat sebagai 'retis'. Aku faham manusia ni ada level-level jugak pemikiran dorang.

One more thing, kepada blogger-blogger yang baru nak naik aku sarankan pilihlah role model blogger korang dengan berhemah sekali. Gituuu. Bukan apa nanti kot-kot tersalah pilih kena cop lain pula. Haaaa, kan naya tu uols. Aku pun blogger yang baru nak berjinak-jinak juga. Then, kalau rasa nak lebih dikenali antara blogger jangan sombong-sombong ok. Pergi je join gath sana sini. Berlambak dah gath blogger ni buat. Aku je yang tak berpeluang nak join sangat. Al maklumlah bila dah bekerja lain pula tanggungjawab dia.

Tuesday, August 2, 2011

Blogger Kena Saman RM 300 000


Aku  : Huh.? Blogger kena saman.? Siapa.?
Rose : Aah, takkan kau tak tahu.? Siap masuk radio lagi.
Aku  : Berapa.? Kena saman sebab apa.? 
Rose : RM 300 000. Nak tahu apa cerita boleh tengok dekat SINI dan SINI

Saturday, July 16, 2011

Sedikit Tips Untuk Blogger Supaya Lebih Berhati-Hati


Lama rasanya aku tak share pasal tips untuk blogger. Bukan tak nak share tapi ilmu aku dalam dunia blogging ni tak lah kebal mana pun. Aku pun baru nak merangkak-rangkak mengenali dunia blogging ni. Bukan senang nak maintain blog kita pada satu tahap yang boleh dibanggakan. Dibanggakan.? Perlu ke blog dibanggakan.? This is just a word yang mungkin some blogger praktikkan. 

Ok, back to tujuan sebenar entry aku kali ini. So, it's a tips for blogger. Tips yang macam mana.? Tips mengelakkan blog kita di 'remove' sesuka hatinya oleh pihak Google. Haaaa, cuak tak bila dengar bab-bab blog kena remove ni.? Jadi, berjaga-jagalah wahai rakan-rakan seperjuanganku. Sila buat backup dulu template blog kita ni sebelum apa-apa terjadi. At least kita ada backup. By the way, tips yang aku nak share ialah berhati-hati dengan istilah SPAM. 

Apa itu spam.? Spamming or whatever lah kan. Nak baca lebih lanjut mengenai spamming korang boleh baca dekat SINI. So, kenapa aku suruh korang berhati-hati.? Actually, Google boleh detect blog kita ni sejenis blog spamming atau tak. Macam mana.? Haaaa, berdasarkan dari komen-komen yang readers tinggalkan dekat entry kita. Aik.? Apa kaitannya pula kan.? Jeng jeng jeng. Korang perasan tak some readers tinggalkan komen sekali dengan url blog diorang ataupun recent entry diorang kan yang boleh di click itu. So, dari situ lah Google detect. Oh, tak percaya.? Boleh baca dekat blog sifu aku ni : SisDahlia aka CikguDahlia.

Friday, May 20, 2011

Cara Mendapatkan Traffic Ke Blog Anda


Traffic anda mungkin 10 uniques view
Traffic anda mungkin 100 uniques view
Traffic anda mungkin 1000 uniques view
Traffic anda mungkin 10 000 uniques view

atau mungkin lebih??
Segalanya terungkai di sini

Dapatkan code dengan open up currently blog
Load until 12 seconds
Get your code
Submit your URL

No Harm To Try

Wednesday, May 18, 2011

"Oi, mana boleh SPAM link kat sini" [Bagaimanakah Cara Yang Betul Untuk Menegur.?]


Dari mula-mula pembukaan Sahabat Blogger (SB) di Facebook sampailah ke hari ini masalah SPAM LINK memang susah nak dibendung. Aku ada banyak sangat pendapat pasal spam link ni. Sebelum itu, korang tahu ke tidak spam itu apa.? Kalau anak-anak muda tahu lah kot dan janganlah lupa blogger juga ada yang berusia ok. So, perlulah cara yang bernas untuk menegur. Aku tengok macam-macam cara dah aku jumpa dekat group SB itu dan ramai yang dah up entry pasal ni.

"Oi makcik, spam tu apa.?"

Tuesday, April 26, 2011

Perkara Yang Kita Patut Tahu Pasal Buffered Earning Nuffnang

Sambil berjalan-jalan dekat alam maya ni aku sempat merayap dekat blog Naz Cahaya. Kalau korang nak tahu Naz memang selalu sangat dapat Buffered Earning. Bila dah jadi metered earning ada sahaja buffered baru yang dia dapat. Puas lah aku fikir macam mana Naz boleh selalu sangat dapat BE eh.? So, aku pun layankan je lah blog dia. Kalau korang nak tahu sangat banyak entry dia yang mengaitkan Buffered Earning. Aku rasa ni salah satu penyebab Naz selalu dapat BE kot. So, siapa-siapa yang teringin nak dapat BE tu rajin-rajinlah buat entry pasal Nuffnang eh. Mana tidaknya cuba kalau orang duduk cakap dan puji-puji pasal kita. Apa kita rasa.? Sukalah kan then kalau dah suka apa kita buat.? Kasi reward lah sikit dekat si pemuji tu.

Thursday, April 21, 2011

Kelebihan Memilih Nuffnang

Birthday wish from Nuffnang
dari blog akubiomed.com

Mesti ada yang terfikir-fikir kan.? Apa kelebihannya join Nuffnang ni.? Selain dapat income boleh dapat apa lagi.? Hadiah..yes, hadiah. Bukan aku yang dapat hadiah tapi para blogger yang lain and aku memang sangat-sangat iri hati dengan diorang. Ticket wayang free la, makan-makan free la..Haish, bila lah aku nak dapat semua tu.? Sebelum ni pernah gak join nuffnang punya contest. Tapi nasib tak berapa nak baik lah. Tandus di medan peperangan. Sedih ='(

Tuesday, April 19, 2011

Ubah Account Login Blogspot Anda Dari Yahoo Ke Gmail Sebelum 25 Jun 2011


Sebelum ni korang sudah disajikan dengan tanda-tanda blog yang ber dot blogspot akan hilang serta-merta kan.?So, mesti ada yang sudah kelam kabut cari penawar dia. Ada yang pemalas gila nak cari so mesti duduk bak menunggu durian jatuh dari langit. Hoih.? Durian jatuh dari langit.? Bukan duit ke jatuh dari langit.? Ape ke be***p nye kamu ni.? Turun dari langit haruslah hujan idok lah pulak duit ke, durian ke jatuh dari langit. Ok, mengarut sebentar bak mukadimah kan.?

Ok, so siapa yang belum lagi tukar akaun email korang silalah rujuk ala-ala tutorial diva aku ni yer
Step pertama : Pergi dekat Setting blog dan klik bahagian Permission.

BlogCariPasal Bakal Hilang

Sedih ke tak bila blog kesayangan korang tiba-tiba no longer available.? Sedih tak.? Ada blogger yang jadikan platform blogspot as a diary hidup diorang. So, haruslah sedih kan.? Ada juga yang tujuan asal nak business. So, habislah platform diorang nak menjaja. Macam aku ni habislah nanti siapa-siapa yang follow blog aku ni. Follow blog aku.? Ada ke.? Adalah kot.

Ok, back to topic..Kenapa nak hilang pula BlogCariPasal ni.? Ok, aku baru dapat info ni dari blog fieda. Memang kena tukar kalau tak blog kita akan dihapuskan. Mula-mula macam tak percaya tapi bila tengok makin ramai yang komen dekat facebook aku jadi takut dah. Blog dihapuskan sebab guna akaun yahoo sebelum 25 Jun 2011. So, kawan-kawan marilah kita bersama-sama tukar ke akaun gmail sebelum sesuatu yang buruk menimpa blog kesayangan kita ni.

Wednesday, April 13, 2011

Tujuan Sebenar Blogger List di Blogspot

Blogger list atau apa-apa je lah nama yang korang panggil. Korang tahu tak apa sebenarnya tujuan blogger list atau link list ni.? Kalau korang nak tahu silalah baca selanjutnya ok. Firstly, korang tahu tak apa itu blog list.? Adakah ia sama macam menu list.? Takpun grocery list.? Hahaha, ok blog list ni kira macam list yang banyak tapi kadang-kadang boleh jadi sedikit dan bergantung pada pemilik blog nak letak berapa banyak. Apa yang diorang letak dekat blog list ni.? Letak link-link dari blogger lain lah. Contoh macam kat blog aku ni :

Thursday, March 17, 2011

Pemenang Segmen BlogCariPasal Cari Mangsa Makeover Header Blogger

Alhamdulillah, sudah pun ada pemenangnya and nah hasil designku me'make over' blog korang. Suka tak.? Suka tak.? Tak suka sudah. So, siapa pemenang bertuah tu.? Ada dua orang pemenang actually. Then, aku pun gigihkanlah diri buat dua header untuk 2 orang blogger ni.

Pemenang Pertama : Popolita

Segalanya Tentang budak Perempuan Bernama Popolita

Pemenang Kedua : Fad


Korang nak jugak.? Tunggu aku buat second segment tapi tak tahu bila. Hehehhe

Wednesday, February 23, 2011

Apa Itu Nuffnang Click Fraud.?


Ok, maybe ramai yang tidak tahu click fraud ni tapi aku syorkan dan aku war-warkan korang mesti ambil tahu. Lebih-lebih lagi pada blogger yang kat mata diorang ada lambang ini ($$). Hahaha, aku nak share sebab aku pun pernah terkena and burn dalam RM150++ earning yang dah cashout. Banyak tak.? Agak banyaklah bagi blogger biasa-biasa macam aku ni. Ok,entry ni aku buat pada blogger yang amik kira pasal income blog. Pada yang berblog bukan untuk duit silalah mengambil langkah secara drastik untuk klik pangkah entry aku ini.

Sunday, February 20, 2011

Perbezaan Blogger Dahulu dan Kini



"Aku berblogging untuk apa.?"
"Ke mana arah tuju aku sebenarnya.?"

sumber : uncle google

Tuesday, February 8, 2011

Lepak Maple dan Karaoke Dengan Nisa Kay & Syafiq Rosli

Gambar dari BB Nisa (belakang tu Syafiq Rosli aka SR)

Korang ade.? 
Haaaa, korang takde kan.? 
Korang jealous kan.? 
Korang nak jugak kan.? 
Hehehehe

So, malam semalam satu suara dari SB melantangkan ayat sebegini rupa "terasa macam nak lepak s.alam lah malam ni". Haaa, macam ni lah bunyinya tapi aku tak hengat sangat sebab gila kau nak scroll carik balik entry Syafiq Rosli. Hohoho, short update dari aku. Nanti dorang dah up entry pasal lepakian kitorg kat maple aku up lagi satu entry ok. Ini kira lepak maple part 1 lah. Hehehe..

Thursday, February 3, 2011

Keywords Apa Yang Aku Google Hari Ni.?

kociknyo gambor (klik la kalau nak kasi besau)

Ketandusan idea untuk mengupdate setelah dikerah, disuruh, dan sewaktu dengannya. Update kan lah juga blog aku yang makin surut ni. Haish, tak tahulah apo nak jadi kan.? So, ape kabor semua.? Sihat.? Rakan SB sihat x.? Haaa, walaupun aku jarang update tapi aku agak bergiat aktif di fb tau. Seronok layan kerenah rakan-rakan blogger di SB.! Lagi-lagi semalam blogger popular turun padang. Nak tahu siapa.? Cik Irine Nadia Marcello lah. Sapo laie kan.? Lagi sorang si Nisa Kay. Korang memang cun melecun. Geram seh tengok.!

Ok, terus ke tajuk entry. Keywords apa yang aku google hari ni.?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails