Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Hanya Entry Mengenai Aku


Ok siapa tidak mahu baca rajin-rajinlah klik Alt+F4. Malas nak klik.? Ok, kalau malas rajin-rajin lah baca entry mengenai aku ni. Jarang tak aku update blog sekarang.? Haaa, mana yang selalu masuk blog aku ni memang akan cakap jaranglah kan.?Sorry lah wei sebab aku busy plus tiada mood untuk berblogging. Dah seminggu kot aku tak tengok statistic nuffnang aku. Dah macam takde feel dah ni kat blog sendiri.

Aku rasa start minggu depan aku lagi busy nak update blog. Sebab apa.? Aku dah start training kerja lah. So, korang aku nak minta maaf sangat-sangat kalau aku tak dapat nak jamukan korang dengan berita-berita terkini dan menarik. Lawak kartun dekat blog ni pun aku akan tangguh juga. Lawak kartun.? Apa itu.? Laaaaa, korang tak tahu ke.? Korang tak perasan eh.? Alah, yang lawak kartun pasal cerita ini dan juga cerita ini. Wahh, rajinlah korang klik dan baca. Terima kasih banyak-banyak.

Aku rasa nanti one day aku nak buat giveaway besar-besaran. Itupun kalau rezeki aku mencurah-curah. Korang doa-doakan aku juga yer supaya rezeki aku bertambah baik macam Bro Framestone. Ops, tetibe sebut pasal Bro Framestone. Lama dah rasanya tak bertegur sapa dengan bro. Ok semua nanti ada masa terluang aku update blog lagi. Oh yer, lagi satu penyebab aku tak update blog ialah aku baru kehilangan sesuatu yang aku paling sayang. Paling,paling dan tersangat-sangat sayang. Nak tahu apa.? Laptop Toshiba ku yang baru 2 tahun berkhidmat dengan aku. Bukan hilang pun cuma dia rosak. Itu motherboard (ibu kepada papan) sudah terbakar. Tidak boleh buat apa-apa melainkan tukar motherboard baru atau beli LAPTOP BARU!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails