Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Ya Hanana | Video, Lirik dan Terjemahan

Asslamualaikum,

Ya Hanana ( Betapa Beruntungnya Kami)





Sumber : ab-ab.blogspot

Video Ya Hanana di Majlis Perkahwinan Irma Hasmie


Tuesday, August 9, 2011

Roh di Bulan Puasa


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan.Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini) Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. 

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. 

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.

Thursday, May 19, 2011

al-Fatihah Buat Blogger TelorDibasuh


Terkejut baca blog bro framestone tadi bila dapat tahu pasal pemergian Allahyarham Abdul Hakim Bin Mohd Kamal pemilik Telordibasuh. Hari-hari aku mesti jenguk blog arwah dan baca cerita-cerita lawaknya. Kita takkan sedar kan bila Allah SWT nak tarik nyawa kita. Bila-bila masa pun boleh. Arwah kena jangkitan kuman pada paru-parunya sehingga tidak boleh bernafas dengan sendirinya. Sebelum ni ada baca blog azizbos yang mengatakan arwah terlantar di wad icu. Sama-sama kita doakan semoga ditempatkan dalam golongan orang beriman. Al-fatihah.

Tuesday, May 10, 2011

"Kalau Nak Nikah Ikut Cara" Alahai Rakanku

Yana atau Nur Illyana

Terkejut, terkedu and semualah 'ter' bila baca paper Harian Metro hari ni. Nampak tak perempuan dalam gambar berjubah ketika konvokesyen UiTM.? Ok, that girl kawan aku yang boleh dikatakan ex-classmate dan ex-roomate aku time kitorang degree. Tapi disebabkan sesuatu perkara dia terpaksa extend satu semester. Aku pun pada mulanya tak sure sangat sebab apa dan yang pasti dari dulu memang aku curiga dengan pakwe member aku ni. Aku tak kenal pun lelaki ni tetapi selalu juga lah terserempak dengan diorang. Asalnya tak lah syak apa-apa sampailah bila family diorang sendiri call aku tanyakan pasal yana.

Thursday, December 16, 2010

Pendidikan Seks Diterapkan di Sekolah | Perlu atau Tidak??


Baru-baru ni aku ada terbaca satu forum kat TV bangkitkan pasal isu pendidikan seks di sekolah. Pergh, sekali dengar terus tergamam aku. Gila kentang subjek macam ni pun ada kat sekolah ke.? Puas gak lah aku dengar diorang dok discuss pasal ni. Ok, bagi aku pendidikan seks kat sekolah kalau nak buat pun boleh tapi cara penyampaian tu biarlah sesuai. Sebab pengajian ni diorang terapkan dekat budak sekolah rendah.


Tuesday, December 7, 2010

Watch Out Dengan Kaki Penipu di mudah.my

Bila dunia makin canggih otak manusia pun makin canggih. Canggih ke arah yang betul takpe lah jugak. Kalau canggih ke arah nak jadi kaki penipu, kaki pembelit or whatever baik tak payah duduk dalam alam siber lah.This is not what we called Malaysia negara maju dan bebas. Pemikiran manusia ni belum cukup merdeka lagi. Erti kata lain diorang merdeka ke arah lain. 

Thursday, December 2, 2010

Kerajaan Haramkan Pakai Tudung di Kepala??

Berita Tergempar ni!!

Apa nak jadi??
Tak mungkin haram??
Sumber dari mana ni??
Dunia nak kiamat dah ke??
Ah aku x percaya!!





Kerajaan Malaysia mengharamkan pemakaian :

Tudung Periuk
Tudung Saji

kahkahkahkah




pssstt : ada gak artis malaysia pakai tudung saji..x percaya??

   =   

Tuesday, November 30, 2010

Budak Sekolah Melayu Bertudung Beraksi


cantik ke dek??

Wednesday, November 24, 2010

Zaman ICT | Kerana Satu Klik Malapetaka Berterusan Hingga Hari Kiamat

Sama-sama hayati dan beramal

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.

Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali ke rahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah
kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara
yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.
gambar sekadar hiasan

Friday, November 5, 2010

Malu Lah Sikit Dengan Orang Sekeliling!!!

Baru-baru ni aku melawat ke satu tempat rekreasi area Selangor.
Niat di hati nak beriadah, berkelah dan berekreasi lah kan?

Sampai je kt sana pe lg ktorg carik port lah nak mndi..
Sampai-sampai sane jerk fuiyoo..ramai giler!!!
Ramai budak-budak sekolah la..Siap ade beruniform sekolah lagi..

Adeh..sakit mata oh tengok dorang..
Akhlak dorg ntah ke laut mane ntah..
Slumber jerk berjoget-joget mcm org asli dah aku tengok..
Ade tu yang berpeluk-peluk dlm air..euww..wht the fish??

Si lelaki sedang isap rokok.
Si gadis : Wei, suap ar sikit..(sambil disuakan si lelaki putung okok kt mulut si gadis)

Rilex jerk dorg..x malu ke akak-akak and makcik-makcik yang dok ngusha..
Situ dah la banyak monyet..Aku tengok perangai korang lagi truk dr monyet la..
Apa lah masalah korang eh??
Sian deh kt mak korg..Kalau la dorg tawu perangai anak dorg mcm ni..
Haish..nauzubillah..

Pengkid Ada Halaman Web Rasmi??


Hamik kau..terang jelas dan nyata.
Antara gambar hot si pengkid dan chicks nye..

Jgn terkejut pulak dorang ni ade laman web rasmi sendiri..
Aku pon baru usha td..


Ciri seorang Pengkid

  • Berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup)
  • Tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki
  • Menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks
  • Membengkung payudara
  • Suka wanita cantik
  • Menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu

Sunday, October 31, 2010

Azab Bagi Wanita. Marilah Sama-Sama Beringat

Azab Bagi Wanita
(tlg ingatkan kpd semua kaum  perempuan yg anda kenal). Marilah kita sama-sama beringat.Aku terbaca entry ni di Facebook. 

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan    
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
                                                                    
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat        
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.  

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.  "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,          
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?                                                                                                 

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.                                                                                                 

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia  berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang  yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya       kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.                                                                 

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.                                                                                               

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.                                                                                     
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.        

Monday, September 27, 2010

Wahh..Anak Sosilawati Warisi Harta 155.5 juta!!Wallaweh..

Nama anak@pewaris harta Datuk Sosilawati:
Erni Dekritawati Yuliana atau Rita, 25
Erwan Suwari Ridzuan, 24
Erwan Nasri, 23
Erni Erinawati Sofia, 21
Erni Reenilawati, 19
Siti Nur Fatimah, 13

Harta dan khazanah Sosilawati :

300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara = RM11.4 juta


Bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kampung Baru, Kuala Lumpur = RM1.5 juta

Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan di Cyberjaya = RM20 juta


50 rumah yang disewakan = RM20 juta
Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan = RM100 juta
Butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur = RM1 juta
Automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan = RM1 juta
Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak = RM1 juta


Anggaran Keseluruhan = RM155.5 juta

p/s : Juta beb, bukan riban..Tapi ingat..duit hanyalah duniawi yang boleh melalaikan umat Nabi Muhammad S.A.W..Kerana duit jugalah manusia berkelakuan seperti binatang!!

Saturday, August 21, 2010

Sanggul Wanita : Tegahan Daripada Hadith Nabi S.A.W

Entry by : hendrastar

 Macam da jadi fashion pulak sekarang kan?
Lagi-lagi pada golongan yang b4 ni x pakai tudung, tapi pakai tudung disanggul sebegitu rupa utk tujuan ikuti fashion terkini.

Saturday, August 14, 2010

I AM A MUSLIM!! NOT A TERRORIST!!













LinkWithin

Related Posts with Thumbnails