Sunday, April 19, 2015

DIY Tabung RM20

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bulan lepas ada nampak orang post di facebook. Orang tu cerita kisah dia menabung. Sekali baca memang menarik cara dia. Bagaimana caranya? Membuat sekatan pada diri sendiri untuk tidak membelanjakan duit kertas RM 20 dan RM 5. Kalau ada je dekat tangan cepat-cepat masukkan dalam tabung.

Setelah sebulan berfikir dan asyik tengok duit dalam bank makin laju je berkurangnya. Akhirnya, Ecah buat keputusan untuk buat satu tabung. Kena menyimpan ni dan harap-harap dapat ajar anak Ecah menabung dari kecil.

So, malam ni macam ada mood sikit Ecah rasa macam nak DIY sendiri tabung. Cari kat dapur bekas yang boleh dijadikan tabung. Haa, ada bekas keropok Jacker. Husband Ecah suka sangat beli Jacker ni dalam bekas dia. So mulalah datang idea simple nak buat tabung.

Penutup dia Ecah tebuk untuk isikan duit. Yang paling penting tabung ni kena tutup dan tidak boleh dibuka. Kalau boleh buka memang takde gunanya istilah menabug. Nak lagi sayang DIY sendiri supaya tak sampai hati nak rosakkan tabung yang dibuat sendiri. Dah tebuk atas, kena cari sesuatu untuk dibalut bekas Jacker ni untuk bagi nampak menarik. Ecah guna paper dari Komik Ujang yang dikumpul husband Ecah. Dalam majalah tu ada poster kan? So, mari memilih.

Antara poster yang menjadi pilihan

Ok, dah rambang mata nak pilih yang mana satu akhirnya Ecah dah dapat satu pilihan di hati. Da pilih jom kita tampalkan pada keropok Jacker yang dah ditebuk tadi. Hasilnya macam kat bawah. Ok, ini tabung RM 20 Ecah dan husband. Semoga kami istiqamah. Amin...

Tadaa, inilah hasilnya. My first DIY tabung for RM 20


Friday, April 10, 2015

Rintihan Seorang Ibu - Kami Punyai Perasaan Yang Sama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejak jadi seorang ibu ni memang takde masa langsung untuk diri sendiri. Lagi-lagi waktu dalam pantang dulu. Apa agaknya perasaan suami Ecah masa tengok keadaan Ecah waktu pantang yer? Ok, nanti nak tanya husband! Rasa macam ni lah rupanya Ecah dulu kot.


Ada jugak perasaan macam nak packing barang tinggalkan anak and keluar sekejap untuk shopping. Macam ni lah perasaannya kalau ada anak kecil.


Gambar kat bawah ni memang Ecah selalu buat. Bila nyusukan anak je mesti cari handphone. Bagi Ecah ni caranya nak hilangkan bosan sambil-sambil anak mengempeng dekat kita.

And the Edinburgh resident never, ever shies away from the moments when shit gets really real.

It's such a victory! So true. Pendek cerita macam-macam sweet memory dalam waktu mengandungkan anak dan waktu membesarkan anak. Alhamdulillah setakat ni masih lagi dalam kawalan dan harap-harapnya akan datang masih terkawal lagi.



Tuesday, April 7, 2015

Skirt Yang Awesome

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bila cakap pasal perempuan je dalam kepala fikir mesti nak yang cantik je. Baju cantik, muka cantik, seluar cantik, skirt yang awesome? Ada sesiapa tahu mana nak cari skirt-skirt yang cantik? Contohnya macam dekat gambar bawah ni :










Cantik kan? Mana nak cari yer? Kalau ada pun kebanyakannya singkat. Sesiapa yang tahu boleh kasi details tak? Share blog ke, facebook ke, dan mana-manalah. Thank you korang.

Monday, April 6, 2015

Selawat Saham Akhirat












Mood Berblog Merundum Dari Tahun ke Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Zaman belajar dan zaman berkerjaya memang nampak perbezaannya. Perbezaan dari segi apa? Banyak lah tapi Ecah nak fokus pada dunia blog. Masa zaman belajar dulu kalau boleh hari-hari nak upload post baru. Kadang-kadang tu nak lawan Ben Ashaari yang banyak up post dalam sehari. Rajin sungguh dan pembaca dia pun memang rajin singgah.

Senang cerita Ecah tunjuk jumlah post mengikut tahun.



Sedar tak sedar blog ni dah pun masuk tahun ke 5. What? Lama juga tu kan. Kalau ada anak kecil dah 5 tahun dah usianya. Tapi kenapa makin lama makin tak dikenali? Makin malas? Haaa, itulah nak cakap perbezaan waktu berkerja dan waktu belajar. Nampak sangat waktu belajar dulu memang takde kerja. Ada juga join aktiviti dengan blogger. Sekarang? Memang malas sangat tambah-tambahan ada anak kecil. Memang salute betul dengan blogger yang ada family tapi ada masa dengan dunia blog ni.

Kalau dilihat pada total post Ecah mengikut tahun, memang nampak sangat penurunan dia. Dari tahun 2010 kencang betul dengan 239 entry. Tahun seterusnya 195 kemudian turun lagi ke 46, 11, 8 dan akhirnya tahun 2015 dengan 5 post. Nampak sangat pemalasnya. So, sekarang ni nak berjinak balik lah. Asah balik penulisan dan ayat puitis dengan harapan mood untuk berblog ni pun naik balik.

Tapi azam kali ni nak aktif dalam blog tapi nak stay silent je. Hanya penulisanku yang berkata-kata. Tiada perjumpaan, bersosial dan sebagainya. Entry kali ni pula takde dah entry nak aib-aibkan orang. Tak berkat rezeki dik oi kalau dok canang cerita orang ni. Baik canang cerita sendiri. Korang nak baca ke tidak belakang cerita.

Saje belek balik entry dulu kala. Macam tak percaya pun ada semua tu hasil penulisanku. Kelakar pun ada, poyo pun ada, style pun ada. Semua tu kenangan bagi diri Ecah dalam dunia blog ni. Kalau korang nak baca balik entry Ecah dulu-dulu boleh lah tengok dekat Archive sebelah kanan blog ni. Tak pun Ecah list selected entry dan korang layan lah kalau rajin. Malas tekan je pangkat kat corner paling atas sekali kat screen laptop, phone, tab korang. Ok, selamat menjamu mata.

Salam,

Churp Churp Nak Kasi RM100 Free

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Readers,

Churp Churp nak kasi RM100 free. Tapi ada beberapa task need to be completed.


[CHURP LIVE & LOUD] Astro Go Shop!

Hi Churper,
Now that we’ve gotten your attention, we would like to congratulate you for being chosen to participate in the latest Churp Live & Loud: Astro Go Shop campaign!
What is Churp Live & Loud all about? These are special campaigns where we invite YOU to cover exclusive events and provide live updates throughout to spread the word about the next big thing in town! Most importantly, you'll be rewarded handsomely for your efforts.
So if you’re looking to earn some extra moolah (cash) by shopping, yes shopping, here’s your chance!

Campaign Objective:
To introduce Astro Go Shop to the public and raise awareness of what Go Shop has to offer.

Campaign Requirement & Payout:
RM100 upon completion of all campaign tasks:
  1. Attend the Astro Go Shop event at Go Shop Studio @ Astro Broadcast Center (25thApril 2015, Saturday, 10.00AM)
  1. 4 x Facebook Updates
  1. 3 x Instagram Updates
  1. 3 x Twitter Update

Ok, sesiapa yang rajin boleh lah cuba but it First Come First Served Basis. Limited to the first 10 Churpers who meet the campaign requirements.


Saturday, April 4, 2015

Putera Sulungku Dilahirkan Secara Caesar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah penat lelah, suka dan duka ketika mengendong perut akhirnya Ecah digelar seorang ibu. What?? Size badan macam budak sekolah tapi dah ada anak? Oh, so whatever! Genap usia kandungan Ecah 38 minggu, putera sulungku dilahirkan di atas muka bumi ini. Alhamdulillah, bersyukur sangat. Tiada kata-kata yang dapat mengambarkan perasaan ku ketika beranak dan bersalin.

So, nak dipendekkan cerita kenapa caeser? Semua ibu-ibu kat dunia ni mengharapkan dapat bersalin secara normal. Ecah juga mengharapkan it's normal! Kita hanya merancang, segala kejadian atas izinNya. Bersyukur walaupun caeser. 

Sehari sebelum ke hospital, ada sedikit tumpah darah. Tumpah darah? Bunyi macam satu cawan penuh tertumpah kan? Not tumpah darah actually just ada tompokan darah sahaja. But, ni first time Ecah mengandung guys..Terus kelam kabut gerak husband yang tengah syok tidur. Terkejut husband dibuatnya. Kitorang siap-siap dan angkut bag yang dah ready seminggu awal ke hospital. Doktor yang handle my case is Dr. Farah. Dr. Farah check jalan baru bukak 1cm dan terus dia suruh masuk wad. Ecah terpinga-pinga dan ikut je lah cakap Dr. Farah.

Tengah hari masuk wad, buang masa dalam wad dan Dr. Farah check jalan masih 1cm. So, dia decide untuk induced sebab takut ada jangkitan virus dek kerana ada 'tumpah darah'. Ok, ku ikutkan je lah. Bila dah kena induced after subuh, baru lah ada rasa sakit. Sakit tu dalam pukul 9 pagi. Oh, ni lah yang orang katakan 'contraction'. Sakit yang tak dapat digambarkan dan Dr. Farah check bukaan lagi dah 2cm. Terus kena masuk labor room untuk bersalin normal. 

Sementara tunggu nak ke pukul 12++ tengah hari ada lah macam-macam yang terjadi. Air ketuban dipecahkan untuk percepatkan bukaan, kena cucuk ubat tahan sakit dan akhirnya heart beat baby drop. I can't think anymore. Sakit, mengantuk dan akhirnya kena masuk operation room untuk deliver secara caeser. Masa tu bukaan pun baru 4cm. So, peluang untuk baby survive sangat tipis. My husband decide untuk accept caeser even sebelum masuk labor room kitorang dah decide untuk cuba normal no matter what.

Sakit ke caeser ni? Of course tak sakit lah waktu dalam operation room tu. Apa yang Ecah rasa waktu tu yer? Rasa sejuk! Sangat sejuk. Badan menggigil-gigil, gigi dok ketap-ketap dan Ecah separuh sedar. Senang kata Ecah mengantuk sangat waktu kena caeser tu. Dr. bius dah ready nak cucuk dekat tulang belakang untuk separuh lumpuh. Seingat dan kalau tak silap macam kena cucuk 2 kali. Entah lah betul ke tidak. Dalam hati ni nak tahu juga macam mana diorang potong-potong my perut. Tapi tu semua dalam mimpi sebab Ecah bukan separuh sedar tapi rasanya macam suku-suku je sedar. Dr. Farah dukung baby Ecah and cakap "it's a boy". Terus Ecah tak sedar apa yang jadi. Sedar je tahu-tahu dah malam. Lepas tu sambung balik tidur.

 Putera sulungku, Muhammad Aqil Bin Muhammad Azhari

Alhamdulillah dah 4 bulan puteraku

Ok, kalau nak cerita pengalaman memang sangat banyak nak dicoretkan. Nanti Ecah up entry lain untuk cerita kisah lepas bersalin, proses susukan baby dan lain-lain lagi. Jom layan video bayi dilahirkan secara caeser ni. Para suami yang tengok video ni mesti akan appreciate your wife. Kalau takde perasaan tu tak tahu lah nak cakap apa.


JASA DAN PENGORBANAN SEORANG IBU....INILAH SAAT2 KELAHIRAN YANG DI TANGGUNG SEORANG INSAN YANG BERGELAR IBU...
Posted by Mahligai Rindu on Thursday, May 9, 2013

Friday, April 3, 2015

Petua hilangkan baju bertahi lalat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ni Ecah ada google cara-cara nak hilangkan baju yang bertahi lalat. Sebelum ni jarang alami masalah ni tapi sekarang makin kerap pula. Tambahan lagi ada anak kecil. Baju baby mesti basah sama ada kena air liur dia atau terkena muak dia. Kalau lambat basuh mula lah tahi lalat penuh. 

Ecah jumpa satu blog ni yang ada share petua dia. Banyak cara juga Ecah jumpa kalau google ni. Ada yang senang dan ada yang susah. Ok, ecah ambil petua yang mudah je lah iaitu rendam baju yang bertahi lalat tu dengan cuka semalaman.

Sekali tengok dekat dapur ada cuka kan. Haa terus try and error. Setelah rendam semalaman, kita basuh balik baju tu dengan sabun. Ecah gonyoh sikit lah dekat tempat yang kena tahi lalat. Lepas cuba apakah hasilnya? Bagi Ecah hasilnya tak lah memberangsangkan. Jom tengok baju sebelum dan selepas.

Yang atas ni gambar sebelum

Yang ni pula gambar selepas

Ok, ada nampak perbezaan tak? Adalah sikit kan? Lepas ni nak beli clorox je lah dan gonyoh sekali dengan sabun mandi. Hopefully baju tak luntur asalkan jangan direndam.

*/ Pelik kenapa dipanggil tahi lalat. Kenapa lalat yang dipersalahkan? Kihkihkih ;-p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails