Monday, March 31, 2014

DIY Wedding Dress

Assalamualaikum,

DIY lah sangat. Design je on me. Diam tak diam dah 3 bulan Ecah bergelar isteri. Baru 3 bulan. Hehe orang tua-tua kata masih dalam honeymoon lagi. So, abaikan bab kahwin ni. Ni nak story berkenaan baju wedding Ecah. Ecah tempah dekat KL. Harga? Ok, jangan cakap lah memang mahal. Terkejut gak bila dengar. Tapi disebabkan Ecah just bayar pakej punya harga kira boleh tutup sebelah mata je lah. Pakej Ecah ambil tu hanya tambah RM200 untuk request baju baru. Murah kan? Of course..and if uols berminat boleh lah berkunjung ke DVazz Studio.

So, ni lah Ecah punya baju :


Kain + Manik : Kedai tu yang punya
Lace by Dvazz Studio





DIY Paper Bag for My Wedding

Assalamualaikum,

Ehem, feeling sorang-sorang kejap bila terbayangkan my future wedding day. Kalau ikut plan memang macam-macam nak buat. Tapi, tapi dan tapi..tak semua apa yang kita rancangkan akan menjadi. Betul tak.? So, ecah serah pada takdir. 

Ok, back to the main topic. DIY paper bag. Hmm, macam mana yer agakmya rupa dia nanti? 

Macam ini kah?

Ke macam ni?

Hmm, macam ni kot..

Masa sebelum wedding tu dalam pertengahan tahun ecah sibuk mewarna dolly paper. Hmm, macam mana nak warnakan? Mudah jer. 

  1. Beli dolly paper yang sebungkus ada dalam 250 keping. Ecah beli harga dia 4.50 tak silap
  2. Beli pewarna pilihan tema anda. Macam ecah, ecah beli warna pink dan hijau.
  3. Celupkan dolly paper tadi dalam loyang/apa-apa bekas yang besar supaya boleh buat dalam kuantiti yang banyak
  4. Dan akhir sekali, keringkan dia.
  5. Tunggu je kering dan siap!!
Ramai yang bertanya Ecah warnakan dolly paper tu pakai apa. Maaf Ecah lupa nak tulis. Ecah pakai perwarna yang orang buat kek tu. Ikut suka korang hendak buat pekat atau tidak. Campurkan sekali dengan air ok. Lepas tu budget lah sendiri.

Jom tengok paper bag Ecah yang dah siap.


Tengah-tengah dia Ecah letak sticker yang ditempah dari stikerku.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails