Sunday, October 12, 2014

Avent Natural Newborn Starter Set

Assalamualaikum,

Hari ni Ecah nak update berkenaan barang baby. Alhamdulillah dah masuk 31 weeks kandungan Ecah. So, barang-barang baby kena lah sedia ye tak? Ecah baru pick up barang dekat dealer. Ecah beli online je botol susu Avent ni. Kenapa online? Sebab dah survey kat kedai dan expo mahal lah. Kebetulan owner page Avent tu kawan Ecah and dia duduk UK. Barang-barang memang direct dari sana.

Korang kena rajin survey page ni sebab selalu harga barang dia berubah-ubah. Nak link dia?


Masa Ecah beli harga RM 129. Then, bulan September drop ke RM125. Harga sekarang?? Not sure. Kena tanya admin. Hehehe. So bawah ni barang dia. Tunjuk kotak je lah yer. Malas nak keluarkn dari kotak.



Ada 4 botol. Yang 9 oz boleh pakai bila dah besar sikit. Yang 4 oz guna masa kecik aka new born. Ok, masa pantang takde lah nak kasi botol terus. Guna time nak kerja nanti. Ecah ni ibu yang bekerjaya. Beli lah siap-siap. Lagipun siap ada puting and berus cuci botol. 


Sunday, September 28, 2014

Setelah Sekian Lama Blog & Nuffnang Bersarang

Assalamualaikum readers,

I hope you guys in a pink of health. Cewahh, speaking macam nak buat karangan surat tak rasmi rasanya. Sambil menghadap News Feed facebook, terbaca salah satu status Abang Ben Ashaari yang berbunyi begini :



Tetiba teringat nak buka Nuffang tengok apa yang ada. Blog pun dah lama tak hidup. Update pun jarang-jarang. So, let's check it out!


Alhamdulillah, ada lah juga dari takde kan? Nak cash out ke nak biarkan je? Biarkan je la. Cash out pun mesti sehari boleh habis duit tu. So, berbalik kepada persoalan Abang Ben tu, berbaloi ke? It's depends on the situation and own's perspective. Kalau blogger tu rajin, memang nak buat duit atau income dari blog, then I think it's not worth it. Sebabnya memang kena rajin dan selalu join aktiviti yang dianjurkan oleh Nuffnang, then need to know how to tackle their's interest.

Kalau blogger macam saya ni yang suam-suam kuku dan tak mengharapkan sangat income dari blog then it should be ok. Kalau rajin sikit, banyak lah masuk. Malas?? Hmm, ada ke kerja yang senang kat dalam donia ini? Fikir-fikir sendiri lah yer.

Friday, June 27, 2014

Anmum Materna Mango

Assalamualaikum,

A few weeks before Ecah ada request sample Anmum Materna di website Anmum. Mommy to be yang nak merasa sample dari Anmum boleh lah request di sini.


Ecah ada request ke? Mestilah ada. Thanks to my kenalan juga yang inform me about this. Kalau tak memang tak tahu pun boleh request sample. Tapi kena tunggu lama juga kot sebab sampai sekarang Ecah punya sample belum dapat lagi. Tapi after isi semua dan submit memang ada notification yang mengatakan sample akan sampai dalam 3-4 weeks. Ok, tunggu je lah.

Ecah mintak 3 sample. Plain, chocolate and vanilla mango. Nanti akan dapat sample macam ni lah :


Kenapa Ecah nak sample ni? Sebabnya susu ibu sangatlah mahal. Kalau beli kemudian tak kena dengan tekak memang tak minumlah jawabnya. So, tunggu sample. Tapi macam lama sangat. Sambil-sambil tunggu ramai lah yang cakap Anmum Materna yang perisa Mango memang sedap. Really? Kalau nak tahu ada juga kawan-kawan yang bergelar bapa recommend suruh cuba sebab diorang pun dah rasa and sedap katanya.

So, Ecah ke MaxValue berhampiran rumah tengok harga packaging yang paling kecil dalam RM29.90. Ok, terus grab yang perisa Mango. Balik rumah suruh En. Suami buatkan. Haha, sengaja suruh dia buatkan. Hmm, not bad. Rasa macam cookies mango. Suruh En Suami rasa tapi dia macam tak suka. Post kat facebook pasal ni then ada plak cousin nak kasi Anmum dia perisa chocolate. Ok, orang nak kasi kita ambil lah kan. Rezeki baby dalam perut.

Oh, dengan rasa malu-malu Ecah nak bagitau yang...

Yes, I'm pregnant! There's a kurniaan dari Allah SWT inside my womb. Alhamdulillah. Dah 4 bulan dah usia kandungan Ecah. Doakan semua selamat yer.


Friday, April 25, 2014

Tukar Banner Blog

Setelah sekian lama tengok banner blog agak membosankan. Datang idea nak buat banner baru. Jom tengok banner lama yang mana sudah jadi kenangan. 


Sudah agak lama kau berkhidmat. Maka duduk diam-diam dalam hard disk aku yer. So, mana banner baru? Bikin sendiri dari A to Z termasuklah dot dot error tu. Ok, kalau tak cantik uols diam-diamkan yer. Hehehe. Nak google image arrow macam tu tak jumpa-jumpa. Lastly buat sendiri je lah.


Saturday, April 5, 2014

Kelmarin Punya Cerita - Seoul Garden


My first and maybe the last time being to Seoul Garden. Why its for the last time? Maybe because tak menepati cita rasa sangat. Overall, not a good place to spend your money. Maybe Seoul Garden's lover will getting angry on me. Hahaha, chill guys. It's Ok lah, not too bad. Luckily I'd bought the voucher from Groupon Malaysia. It's save RM12.80.




The menu? Ahhh, tak sempat tangkap lah. Terus grep the food and start to cook like a real chef.


My husband awaiting with full of patience. Sabar yer, belum masak lagi ni.




Monday, March 31, 2014

DIY Wedding Dress

Assalamualaikum,

DIY lah sangat. Design je on me. Diam tak diam dah 3 bulan Ecah bergelar isteri. Baru 3 bulan. Hehe orang tua-tua kata masih dalam honeymoon lagi. So, abaikan bab kahwin ni. Ni nak story berkenaan baju wedding Ecah. Ecah tempah dekat KL. Harga? Ok, jangan cakap lah memang mahal. Terkejut gak bila dengar. Tapi disebabkan Ecah just bayar pakej punya harga kira boleh tutup sebelah mata je lah. Pakej Ecah ambil tu hanya tambah RM200 untuk request baju baru. Murah kan? Of course..and if uols berminat boleh lah berkunjung ke DVazz Studio.

So, ni lah Ecah punya baju :


Kain + Manik : Kedai tu yang punya
Lace by Dvazz Studio





DIY Paper Bag for My Wedding

Assalamualaikum,

Ehem, feeling sorang-sorang kejap bila terbayangkan my future wedding day. Kalau ikut plan memang macam-macam nak buat. Tapi, tapi dan tapi..tak semua apa yang kita rancangkan akan menjadi. Betul tak.? So, ecah serah pada takdir. 

Ok, back to the main topic. DIY paper bag. Hmm, macam mana yer agakmya rupa dia nanti? 

Macam ini kah?

Ke macam ni?

Hmm, macam ni kot..

Masa sebelum wedding tu dalam pertengahan tahun ecah sibuk mewarna dolly paper. Hmm, macam mana nak warnakan? Mudah jer. 

  1. Beli dolly paper yang sebungkus ada dalam 250 keping. Ecah beli harga dia 4.50 tak silap
  2. Beli pewarna pilihan tema anda. Macam ecah, ecah beli warna pink dan hijau.
  3. Celupkan dolly paper tadi dalam loyang/apa-apa bekas yang besar supaya boleh buat dalam kuantiti yang banyak
  4. Dan akhir sekali, keringkan dia.
  5. Tunggu je kering dan siap!!
Ramai yang bertanya Ecah warnakan dolly paper tu pakai apa. Maaf Ecah lupa nak tulis. Ecah pakai perwarna yang orang buat kek tu. Ikut suka korang hendak buat pekat atau tidak. Campurkan sekali dengan air ok. Lepas tu budget lah sendiri.

Jom tengok paper bag Ecah yang dah siap.


Tengah-tengah dia Ecah letak sticker yang ditempah dari stikerku.com

Sunday, January 12, 2014

I'm Married - Malam Nikah

Assalamualaikum, syukur pada yang Esa di atas segala kurniaannya. Tarikh keramat 28 Disember 2013, Ecah selamat bergelar seorang isteri. Puan Aishah!! OMG!! Macam tak percaya je dengan sekali lafaz sah dah jadi isteri orang. Terus berderau rasanya. 

Majlis nikah Ecah belah malam. Makan-makan time tu buat style BBQ + nasi lemak. Semuanya hand made by my mom and my aunty and uncle. Terima kasih yang tak terhingga. Now, let's enjoy the moment. Semua gambar ni dari kamera adik-beradik dan kengkawan. Gambar real dari OP belum dapat lagi. Adalah beberapa gambar dari OP Ecah yang edit and dia upload. Many thanks!!


Kain : Lelaki (Satin) + Sampin from Terengganu, Perempuan (Satin + Chiffon)
Beads dan lace : Handmade by my sister (Baju, veil dan scarf)
Photographer : Takara Sakana

Baju lelaki dan perempuan Ecah tempah dekat KL. Dekat One City. Dalam tu kan banyak butik pengantin. Korang pilih je. Ecah buat design simple je iaitu kurung moden with kain flowy. Baju lelaki pula ada sulaman. Standard price kot dalam RM150. Baju Ecah tempah tu RM250. Untuk atas kepala ada 3 layer actually. 

Bergambar dengan mas kahwin



First, anak tudung yang dipotong dari chiffon. Potong macam nak buat halfmoon tapi buat kecil je. Kemudian, lilit kat luar pakai halfmoon yang normal size. Then, kenakan veil. That's all. Simple je. Ok, untuk majlis pula nanti Ecah sambung ok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails