Tuesday, February 12, 2013

Kesannya Selepas Seminggu Menggunakan Pure Marine Collagen

Assalamualaikum,

Lama rasanya Ecah tidak mengarang dalam blog yang serba kekurangan ni. Tetapi bersyukurlah kan di atas apa yang Allah SWT kurniakan. Oh ya, anda nampak kan tajuk post Ecah hari ini? Ok, Ecah sekarang dalam percubaan menggunakan PURE MARINE COLLAGEN. Apa benda ini? Ok, sila google ya sebab memang ramai sangat blogger yang membuat entry berkenaan dengan collagen ni.


Jadi, hari ini Ecah hendak kongsi sedikit selepas seminggu menggunakan PURE MARINE COLLAGEN ni. Harga dia  tak mahal dalam RM10 untuk 1 pack yang berkeberatan 100g. Boleh tahan sebulan diorang kata. Tidak mengapa sebab kalau nak tahu kita kena cuba dahulu lah kan?

Apa jadi lepas seminggu?


  • Kulit muka kalau dibelai-belai lebih lembut walaupun pada dasarnya kalau Ecah pandang masih menggerutu lagi. Tidak mengapa sebab baru seminggu kan? My sister tahu keadaan my kulit pipi macam mana dan kalau dipegang memang kasar but now Alhamdulillah dah lembut.
  • Sebelum ini Ecah agak jarang minum air sejuk dan skrg tekak cpt rasa dahaga. Jadi, bile dahaga minum air masak banyak-banyak lah..Kekerapan ke toilet pun semakin tinggi lah kan. Hehehe
  • Ada testimoni dari google beritahu kalau kita ambil collagen ini boleh berdiet. Alamak, Ecah ni kurus. Bagaimana.? No worries..Alhamdulilah perut cepat saja rasa lapar. Hehehe


Jadi sekarang kita tunggu lepas sebulan tengok macam mana. Awal bulan 3 in shaa Allah Ecah akan bertunang. Best kan kalau masa itu kulit muka ni nampak flawless. Berangan sangat. Haha. Tidak mengapa kita hanya mencuba dan pastikan hati ini tahu Allah SWT yang mencantikkan, memelihara dan menghiasi diri kita. 

Sekarang ini Ecah amalkan 2 cara menggunakan collagen ni iaitu minum dan masker. Untuk minum, Ecah ambil 2 sudu besar gel collagen yang telah direbus dan disejukkan. Kemudian minum bersama air ribena sebab kalau nak minum/makan macam tu sahaja memang tidak lalu. Mungkin next time kalau nak rebus Ecah kena masuk gula dan perasa terus. Jadi boleh makan begitu sahaja. Jangan lupa sebelum minum selawat 3 kali dan doa sedikitlah.

Cara kedua Ecah buat masker kulit. Hampas rebusan collagen Ecah asingkan dan simpan dalam peti sejuk juga. Kalau nak guna hanya ambil dalam 1 sudu. Ecah campurkan dengan tomato. Ecah lenyekkan tomato dan campur sekali dengan collagen ni. Kenapa Ecah campur dengan tomato? Sebab muka Ecah jenis cepat berminyak jadi seeloknya ditambahkan dengan tomato.


Gambar ini selepas seminggu menggunakan collagen rumpai laut ni. Kalau zoom memang muka berbiji-biji lah lagi dan pori-pori masih besar lagi. Muka sebelum? Boleh tak kalau cakap takde? Nanti lepas sebulan upload gambar terbaru. Itu pun kalau ada perubahan lah kan? Hehehe.

Rasa-rasa macam berminat tak? Kalau berminat beli dan amalkan..in shaa Allah akan nampak hasilya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails