Saturday, July 28, 2012

Suatu Ketika Dahulu


Apa khabar semua.? Macam mana dengan puasa anda.? Aku harap semuanya berjalan dengan lancar. Salam ramadhan buat semua umat islam yang datang bertandang dekat blog aku ni. Ok, kat sini aku nak share sedikitlah. Dekat Facebook RilekSantai ada share beberapa gambar kenangan di mana cukup segar di minda kita semua suatu ketika dahulu. Bagi aku sampai sekarang aku masih ingat lagi bila terlihat gambar-gambar ni.

Aiskrim POP yang aku rasa zaman sekarang masih ada lagi dijual di kedai-kedai runcit.

Chewing Gum kegemaran aku suatu ketika dahulu. Paling suka yang warna merah even rasanya sama dengan warna kuning.

Ada lagi ke gula-gula ni.? Smooth je rasa bila dihisap. Aku paling suka perisa rose dan susu.

Gam kanji yang bersepah-sepah dekat rumah dulu.

Gam ala-ala PSP suatu ketika dahulu. Cara nak main tekan je button kuning. Then gelung-gelung tu akan berlegar-legar masuk dalam batang. Tekan sampai semua gelung masuk.

Gula-gula duit yang manis. Aku selalu amik satu pastu susun tinggi-tinggi then makan terus.

Sebelum kemunculan PSP,PS2,PS3. Play station ni lah yang aku main dulu kala. Kalau ingat game yang ada macam street fighter, mario, motorcross dan lain-lain lagi.

Haa, ni lah game motorcross. Bestlah game ni siap boleh customize atas jalan nak ada apa. Hati-hati main ok, jangan sampai enjin panas. Huhuhu

So, ada yang masih teringat-ingat kenangan zaman dulu kala.? 

Wednesday, July 25, 2012

Top 10 Rude Malaysian Habit

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/549053_438964986143041_1821413171_n.jpg 

Pagi tadi nak pergi kerja dengar radio era dalam kereta. Tengah drive Johara yang kaki mengarut pepagi buta tu membincangkan topik berkenaan  "Top 10 Rude Malaysian Habit". Tapi diorang amik yang top 3 di mana habit berkenaan cilok parking orang, menggunakan handphone semasa memandu dan lagi satu berkenaan isu tukar lane tanpa bagi signal.

Bagi aku lah kan, kadang-kadang aku pun tak terlepas dari membuat habit yang sebegini rupa. Bukan apa, manusia ni cepat lupa dan leka. Bila dah leka tu mulalah macam-macam kesalahan dibuatnya. Tapi takde lah selalu sangat aku buat. Jarang-jaranglah kan. Lagi satu penyebablah aku rasa sebab keadaan dalam kereta kita tu sendiri. Kalau tak selesa, mula lah stress. Cubalah selesakan diri sendiri bila berada dalam kereta. Macam aku letak perfume wangi-wangi dan letak sikit accessories dalam kereta yang nampak cool di pandangan mataku ini.

So, bersama-sama lah kita bertimbang rasa apabila berada di jalan raya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails