Wednesday, March 28, 2012

Viki for Android User

Tajuk nak english tapi adakah description aku english juga.? Hahaha..

Memang tak lah nak english kan. Berterabur sana sini. Kena gelak je nanti dengan readers blog ni. Anyway, aku baru je install apps ni dekat dalam phone aku. Eh sebelum tu meh aku perkenalkan Viki ni. Firstly kita usha logo dia.
Menarik kan.? Apa yang best.? Dari segi quality resolution dia memang tiptop. Then streaming tak lacking woo. Walaupun speed internet aku macam siput tapi still boleh layan. Aku baru je habis tengok 16 episode cerita korea tajuk Hero. Malangnya phone aku tak sebesar galaxy tab. Kalau tak mesti lagi best nak layan.

Viki merupakan laman web video yang memenangi anugerah antarabangsa. Mudah je untuk akses. Anda hanya perlu ada internet!! Antara video yang ada ialah  TV terbaik, filem di dunia dan berita hiburanvideo percuma, berkualiti tinggi, termasuk drama Korea yang paling hangat, anime Jepun dan banyak lagi. 
Ni pulak interface dia..

     

Ni pulak antara komen users dari viki yang dah pun try viki ni...


Komen aku pulak..

"Terbaik bro, time lunch sorang-sorang pun aku boleh layan drama korea. Tak perlu nak download-download. Watch online je sekarang ni. Gelak sorang-sorang, nangis sorang-sorang. Aku dah try, korang bila lagi. Thanks to yang memperkenalkan apps ni kat aku iaitu my dearest sista - Aen Shafiee"

Monday, March 26, 2012

Irma Hasmie Bertemu Jodoh di Depan Kaabah


Kalau dulu kita dihebohkan dengan kisah percintaannya dengan Nabil, kini kita lebih kenali Irma Hasmie yang baru. Bertudung, menutup aurat dan segalanya baru bagi Irma. Manis sungguh raut wajahnya dengan mengenakan hijab di kepalanya. Kita juga digemparkan dengan ikatan pertunangannya pada 24 Mac yang lalu. Alhamdulillah bertemu juga jodohnya.

Apa yang lagi menarik ialah pertemuannya dengan Rezza Syah Azmeer Datuk Radzuan, 31 dikhabarkan bertemu jodoh di depan Kaabah. Bagi Irma inilah jodoh yang terbaik buat dirinya.

“Saya bersyukur sangat-sangat kerana bertemu jodoh di depan Kaabah ketika menunaikan umrah. Bagi saya, jodoh ini satu anugerah terbesar buat diri saya daripada Allah. Memang pertemuan kami dan hubungan kami berlangsung dalam waktu yang cukup singkat,” ungkapnya.

Tiga sebab mengapa hatinya terbuka untuk menerima Rezza Syah Azmeer Datuk Radzuan. Ikuti kisah di kosmo online.

Friday, March 23, 2012

Pusat Sains Negara


Kalau zaman sekolah dulu seronok kan dapat pergi tempat-tempat macam ni.? Tengok semua benda mulut asyik cakap 'wahhh' takpun 'fuiyoo'. Lagi-lagi bila pergi ramai-ramai. Dah macam playground dah aku rasa. So, semalam aku tak lepaskan peluang berposing sakan kat Pusat Sains Negara. Berposing sakan uolss.. Hahahaha

Sekarang feel dia tak berapa nak teruja sangat. Ada 3 benda yang buat aku teruja semalam. First, ada alat music yang hanya mnggunakan konsep angin. Gerak je jari2 pada angin terus boleh buat lagu. Siyes seronok. Satu lagi main piano gergasi. Tak reti main piano tahu main lagu ewah bulan je. One more thing is aku teruja naik alat yang kasi kita experience berjalan atas bulan. Memang tak boleh nak jalan. Kena lompat-lompat. Kelakar pulak aku rasa. Hajat hati nak tengok actroid tapi dah takde dan robotic exhibition pun tutup semalam. 

Jom layan gegambor myols..



So, kepada adik-adik yang nak pergi harga tiket dia kat bawah ni ok :
RM6.00 setiap seorang. ( 13 tahun dan ke atas )
RM3.00 setiap seorang. ( 7 tahun - 12 tahun )
RM3.00 setiap seorang. ( 55 tahun dan ke atas )



Monday, March 19, 2012

Bila Gaji Aku RM5K



Bila gaji aku RM5K,
Aku idamkan kerete Proton Caldina
Aku idamkan rumah 2 tingkat lengkap dengan landskap elegent
Aku idamkan rumah yang lengkap isinya

Rumahku pasti ada..
TV HD version 3D, 
Unifi dengan kelajuan 10MB,
Set dapur lengkap dengan kabinet,
Astro HD,
Set bilik tidur IKEA. . .

Bila gaji aku RM2K
Aku idamkan kerete Myvi Merah
Aku idamkan bilik sewa lengkap tempat tidur
Aku idamkan rumah yang fully furnished

Rumahku pasti ada..
Washing machine manual pun jadilah, 
Streamyx dengan kelajuan 1MB,
Set dapur lengkap dengan dapur masak,
Tengok Astro online,
Set katil dari IKEA je itupun time promotion. . .

Perasan tak korang lagi banyak gaji kita lagi banyak kita akan invest on something yang duniawi ni lah. Semua ni untuk mengejar keselesaan hidup. Bila gaji kita sikit, sikitlah impian kita. Bila gaji mula nak bercambah, pasang niat nak beli something yang lagi mahal. Inilah lumrah kehidupan. Aku sendiri pun tak lari dari bersifat begini. Makin banyak duit kita makin cepat ia habis. Pernah ke terfikir nak bersedekah.? Pernahlah juga itupun kalau tengah lepak ada pakcik, makcik, adik-adik lalu mintak sedekah. Pendek kata panjatkan kesyukuran buat Allah SWT dengan segala rezeki yang dikurniakan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang takbur dan sombong akan kekayaan duniawi ini. 

Saturday, March 17, 2012

Template Facebook Banyak Yang Dah Baru


Pagi-pagi bangun dalam keadaan mamai nak jugak bukak facebook ni tengok apa yang terbaru ni. Kadang-kadang aku rasa fb aku ni dah macam surat khabar bergerak. Tak perlu nak bukak online newspaper. News feed aku je dah penuh orang update latest info. Ok, aku bukan nak berceloteh pasal tu. Aku nak berceloteh sedikit pasal template fb yang kian makin banyak pembaharuannya.

sumber dari google

First of all kita diketengahkan dengan Timeline. Apa pendapat korang timeline ni.? Bagi aku dah macam album gambr je siapa yang suka tempek gambarlah kat fb dia. Kiri kanan ada gambar. Runsing pulak teman nengoknya. So, pada sesiapa yang pakai timeline tu memang aku cepat-cepat tutup sebab dengan kelajuan internet berkelajuan tenuk ni lambatlah der nak tunggu dia habis loading. Aku rasa yang best pun sebab dia boleh letak cover photo dah macam header pulak aku tengok kan.?


Satu lagi yang baru adalah bila kita klik pada gambar akan keluar satu navigation seperti ditampal satu lagi transparent paper di atasnya. Hahaha, faham.? Tak faham sudah pergi try klik gambar. Selalunya aku tak klik je, aku akan right klik untuk lihat gambar. Dan yang terbaru aku perasan pagi tadi ialah bila korang right klik pada komen akan keluar satu tab baru kan.? Tadaaa, lihatlah hasilnya. Haaa, yang ni aku suka sebab nampak smooth dan kemas. Tapi de jugak yang komen " ini macam klu buka kat ofis kantoi leee". Nasib kaulah dik oi. Hahahaha..

Friday, March 16, 2012

Nurul Cakap Cakap di Malaysia Hari Ini


Pagi-pagi aku dah gerak pergi kerja. Lepak breakfast sambil tengok MHI (Malaysia Hari Ini). Sedap-sedap menyental nasi lemak RM1 tiba-tiba ada slot remaja berniaga. Tup-tup ada gambar Nurul Wonder Wardrobe. Eh, macam aku kenal nama butik ni. Sekali keluar muka Nurul Cakap Cakap daaa. Wah, baguslah muda-muda lagi dah ada butik. Orang rajin berfashion kan tak rugi mencuba business-business macam ni.

Nak usha tak macam mana rupanya butik Nurul.? 


Tadaaa, sangat besar dan luas ok. Memang fun betul. Ok, ini gambar aku ambil dekat blog Nurul sendiri. Aku belum berkesempatan lagi nak singgah blog dia. One day maybe. Err, tapi di mana ya butiknya.? Yooo, butiknya di Alam Avenue Seksyen 16 Shah Alam ja ka.? Huihh, memang akan ku singgah nanti.

Wednesday, March 14, 2012

Projek 100 Bloggers Bermula by Bro Framestone

Salam Rabu untuk semua readers blogcaripasal. Terasa macam nak bertukar title pulak kepada yang lebih comel dan ayu gitu contohnya macam ecahshafiee.com ke.? Auchh, ntah bila dapat tukar ntah lah. Kalau dapat sponsor dari bro framestone syok gak kan. Hehehe, berangan je lah aku kan.?

Anyway,by the way, on the way..
Aku nak story sedikit atau nak kupas sikit isu tentang projek baru dari bro. Dengar title dia je pun dah nampak macam projek besar-besaran kan.? So, atas niat nak membantu promote boleh lah. Nak join.? Adoii, macam tak layak je lagi kan. Syarat-syarat dia tough jugak lah kan. Ok, korang nak tahu pe syarat dia.? Boleh tengok syarat dia dekat sini :


So, pada siapa-siapa yang rasa blog dia layak dicalonkan dalam 100 blog tu sila-silalah isi borang penyertaan. Sangat berbaloi-baloi kalau terpilih sebabnya blog korang akan diberi beberapa task untuk membuat entry berbayar. So, secara tak langsung korang boleh dapat income dan dapat idea nak buat entry. Btw, thanks to bro sebab sedikit sebanyak buat aku rajin balik nak update blog aku.

Psstt, nak usha traffic blog usang aku x.? Segan nak tunjuk pasai sikit sangat.



Monday, March 12, 2012

Tips Buat Pengguna Streamyx


Hye semua.. Hari ni ecah nak share sikit dekat korang yang menggunakan streamyx sebagai medan untuk korang access internet. Apa yang aku nak share hari ni bukan apa sebab aku rasa dah jadi tanggungjawab aku nak share dengan korang. Pernah tak korang pengguna streamyx ni tetiba connection korang jadi limited connectivity yang keluar symbol kuning tanda seru ni.? Banyak sebab sebenarnya kenapa connection korg tibe-tibe jadi gini. 

Antara sbbnya korang kena tengok setting anti virus. Make sure anti virus korang tak block access korg ke internet. Kemudian, make sure cable korg tak longgar or pape lah. Then, kalau yang menggunakan wireless sila pastikan korang dah set dns server korang. Nak set dengan apa.? Preffered dns sila masukkan 202.188.0.133 dan alternate dns anda kepada 202.188.1.5. Haaa, kenapa aku suruh set mcm ni.? Tu sebenarnya pautan server untuk tm. So, kalau korang setkan itu maka kemungkinan connection korang akan bertambah laju. 

Kat mane nak set.? Bagi pengguna win 7 korang click start > control panel > network and internet > network and sharing center > change adapter setting > double click Wireless network connection > click properties > double click internet protocol version 4 dan setkan kpd use the following dns server. Pada pengguna win xp, click start > control panel > network connection > double click Wireless network connection > click properties > double click internet protocol version 4 dan setkan kpd use the following dns server. Siap!!

Kalau tak boleh juga cuba tengok lampu internet/data anda merah atau hijau. Kalau merah kemungkinan korang belum jelaskan bil. Call 100 pilih bahasa dan pilih no 2 untuk billing kemudian tanya CSR tu korang ada bayaran tertunggak tak.? Kalau ada cepat-cepat jelaskan bil korang ok. Ada satu lagi sebab akan keluar limited itu lagi. APIPA. Yes, APIPA. Ape kebendenyer tu.? Apipa ni terjadi kalau pc korang tak boleh detect ip jadi secara slumbernya ip korang yang sepatutnya disetkan kpd 192.168.1.XXX menjadi 169.254.0.1-169.254.255.254. Haaa, kalau jadi macam ni sila duduk terkebil-kebil yer. Macam mana nak check ip korang.? Senang je. Pergi start > all programes > accessories > command prompt dan taip ipconfig. Lepas tu tekan enter.

Apa nak buat kalau jadi apipa ni.? Step yang aku nak kasi tak 100% menjadi sebab kadang-kadang setengah pc ni degil. No harm to try. Right click pada symbol kuning itu dan klik repair or troubleshoot bagi win 7. Kemudian tunggu sampai dia kata success ataupun report and error. Kalau success tu ok la. Kalau keluar error korang kena pergi balik dekat command prompt dan lancarkan 3 command ni :

ipconfig/release
ipconfig/renew
ipconfig/all

Tengok ip address korang bertukar tak.? Kalau still 169 lagi korang kena force ip dekat Local Area Connection Properties. Caranya :

Start > control panel > network and internet > network and sharing center > change adapter setting > double click Local Area connection > click properties > double click internet protocol version 4 dan setkan :

Ip Address : 192.168.1.2 (atau 192.168.1.3,4,5,6,7,8,9 dll)
Subnet mask : 255.255.255.0
Default Gateway : 192.168.1.1

Kemudian klik ok dan restart laptop dan juga on off modem 15 saat. Hasilnya akan hilanglah tanda kuning itu. Selemat mencuba...=)

Sunday, March 11, 2012

Memperkenalkan PVmoments







PVmoments "Capturing Your Moments - We offer coverage for your Wedding Events, Engagements, Outdoor Shoots and also Cinematic Save the Date Videos at a affordable price!!contact 014 - 6373317 and booking now!! More info visit PVmoments or Padvedia.

Senangnya Nak Popular


Tunggu aku habiskan dulu title entry aku tu dulu. "Senangnya nak popular, tapi bukan senang nak popular sebagai insan yang disayangi orang". Haaaa, tersirat tak.? Ok, sila senaraikan apa isi-isi tersirat dia. Hahaha, dah macam subjek BM pulak nak mintak isi tersirat ni. Pada yang tak mengerti tu meh aku explain a lil' bit.

Popular ni sering dikaitkan dengan artis. Asal popular sikit orang akan cop 'retis'. Retis yang bagaimanakah.? Terel nyanyi, berlakon, bersajak, pengacara dan macam-macam lagi lah. Sedarkah uols-uols sekalian ada banyak lagi mereka-mereka yang popular dari sudut yang berbeza. Sebagai contoh dari sudut vlog kita dikenalkan dengan Mat Luthfi, Anwar Hadi, Maria Elena, Cikgu Shida, dan banyak lagi lah. Itu dari sudut vlog. Kalau dari sudut kecomelan pula Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Nurul Badiah dan lain-lain. 

Kalau korang perasan kebanyakannnya dari blogger juga. Yes, korang nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan.? Blogger pun boleh popular juga. Tapi popular yang macam mana yang korang nak.? Itu terletak di tangan korang sendiri. Jangan jadi popular macam adik Adinda Evans sudahlah. Ok, ini story lama jangan diungkit. Korang perlu ada sesuatu yang wow baru leh diangkat sebagai 'retis'. Aku faham manusia ni ada level-level jugak pemikiran dorang.

One more thing, kepada blogger-blogger yang baru nak naik aku sarankan pilihlah role model blogger korang dengan berhemah sekali. Gituuu. Bukan apa nanti kot-kot tersalah pilih kena cop lain pula. Haaaa, kan naya tu uols. Aku pun blogger yang baru nak berjinak-jinak juga. Then, kalau rasa nak lebih dikenali antara blogger jangan sombong-sombong ok. Pergi je join gath sana sini. Berlambak dah gath blogger ni buat. Aku je yang tak berpeluang nak join sangat. Al maklumlah bila dah bekerja lain pula tanggungjawab dia.

Thursday, March 8, 2012

Keputusan SPM 2011 Keluar 22 Mac 2012


Alright, mesti ramai pelajar yang menduduki SPM 2011 menunggu keputusan SPM 2011 kan.? Dikhabarkan keputusan akan keluar 22 Mac 2012 ni. Wahh, aku pula yang cuak lebih. So, kepada adik-adik dah ready belum nak tengok keputusan korang.? Kalau belum doa hajat banyak-banyak. Anyway, tarikh tu belum rasmi lagi ok.

Pada yang dapat result cemerlang nanti akak ucapkan TAHNIAH. Pada yang dapat sedang-sedang tu cuba lagi ok. Ada banyak lagi sebenarnya exam yang korang kena hadap. Pada yang result agak down tu jangan putus asa pulak ok. Mungkin anda ada potensi dalam bidang lain. Cuba kenali diri anda sendiri ok.

Pssttt, keputusan stpm dah keluar eh.? Cuba semak dekat SINI

Sunday, March 4, 2012

Rating 5 Bintang Aku Boleh Bagi Untuk Adnan Sempit 2


uolss, dah nonton belum Adnan Sempit 2.? Okeh, ni myols nak kasi suggestion untuk pergi nonton cerita ini. Wahhh, gedik gitu saya. Aucchh, hahaha. Okeh2, back to normal. So, aku bukan nak cakap lebih kan tapi bagi aku cerita ni memang kelazzzz gitu. Lawak dia memang dari start cerita sampai ending tak henti-henti. Ok, aku tahu review ni dah basi sebab cerita ni kan dah lama keluar. Tapi aku nak cerita jugak. Excited ni uolsss.

Mula-mula cerita dah gelak dengan gelagak Sam aka Adnan pengsan bila dikenakan 30hari untuk transform. Transform jadi transformer bak kata Adnan. Kemudian disambung lagi dengan watak Along Raja Lawak yang tak boleh blah bila frust bercinta dengan  Yana Samsudin mencetus kepada adegan kejar-mengejar menunggang motor dalam shopping complex. Bagi aku memang melampau-lampau. Tapi tahniah dekat Sam dengan Along sebab adegan ni memang kelakar weh. Aksi diorang memang menjadi bagi aku. 

Apa yang paling kelakar bagi aku ialah bila Adnan speaking London. Antaranya 'i love to u', 'u are terrorist', 'he is reading(riding) a baisaikeler(bicycle)', 'with a conditioner(condition)' dan banyak lagi lah. Memang mencuit hati. Tapi satu je aku nak nasihatkan kat korang yang kot-kot terbaca review aku. Jangan terlalu high expectation ok sebab aku tahu manusia punya pendapat ni berbeza-beza. Pada siapa yang nak gelak tak henti-henti aku sarankan pergi tengok dan pada siapa yang jenis suka nak jatuhkan filem Malaysia pun aku sarankan pergi tengok. Lawak diorang memang agak over tapi over tu lah yang buat aku tak berhenti gelak.


 Adegan kejar-mengejar
Salah satu transformasi Adnan
 Along sedap tidur padahal stall burger dia kena cekau

**nota kaki :
#akuagakpelikpadasiapa-siapayangkondeminicerita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails