Tuesday, January 31, 2012

Borang Pinjaman SARA 1Malaysia (Skim Amanah Saham Rakyat 1Malaysia) 2012


Pernah tak korang dengar tentang Pelaburan SARA 1Malaysia ni.? Ayah aku yang sibuk suruh aku apply. Ok, aku ringkaskan lah cerita pasal skim ni ok.

  1. Apa dia SARA 1Malaysia ni.? - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan. Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
  2. Siapa yang layak membuat pinjaman.? - Mereka yang berpendapatan RM500-RM3000 sebulan.
  3. Berapa jumlah bulanan yang perlu dibayar.? - RM84 sebulan. Insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1M.
  4. Berapakah pulangan yang bakal diterima.? - Sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu, akan meraih pulangan RM13,000
  5. Di mana boleh mendapatkan borang pinjaman.? - Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai 30 Jan 2012.

Sebenarnya, aku sendiri ada banyak soalan nak diajukan berkenaan dengan skim ini. Aku tak nak lah terlalu tergesa-gesa buat keputusan. So, marilah kita sama-sama sharing kebaikan dan keburukan skim ini. Nak tahu lanjut boleh lah baca dekat sini.

Sunday, January 29, 2012

Barisan Finalis AJL 26 2012

Wah, mesti ramai yang tengah menunggu debaran AJL yang ke 26 kali ni kan.? Aku.? Sekadar menunggu rakan-rakan update status pemenang je lah. Mana tak nyer, TV pun takde dekat rumah sewa aku sekarang ni. Hahaha, sabar je lah kan. Takpun tunggu LIVE Streaming je la. Itu pun kalau lah takde buffering!! Kalau ada memang sakit hati lah kan.

Ok jom tengok finalis AJL 26 tahun ini. Orang kata saingan sihat semuanya. Lagu yang masuk pun hebat-hebat belaka. Masuk link ni kalau nak tengok finalis AJL 26. Apa yang buat aku tertarik adalah montaj-montaj dia yang bertemakan air. Gambar-gambar pun smart belaka.


Sumber : rentakartis.com

Wednesday, January 25, 2012

Apa Itu SOPA dan PIPA


Isu hangat ni lagi-lagi aku tengah makan nasi goreng yang pedas!! So, topik hangat ke hangit kita hari ini ialah SOPA dan PIPA. Well, tahukah korang apa benda semua ni.?? Pernah ke korang ambil port tentang ini semua.?? Thanks to my sister, Aen Shafiee sebab dah share benda ni dekat aku. So, aku rasa sudah menjadi tanggungjawab untuk share dekat rakan blogger yang lain supaya lebih berhat-hati.

SOPA (Stop Online Piracy Act) dan PIPA (Protect IP Act) adalah akta yang digubal untuk membanteras isu-isu curi, ciplak, copy dan seangkatan dengannya terhadap muzik, software, video, dan semua barang digital. Sekaligus memelihara hak cipta terpelihara artis juga. Dah banyak kan rakan-rakan kita yang buat video tanpa dikredit kepada penyanyi asal. Tup-tup lagi meletop dari penyanyi asal. Isk2, kasihan. . .

Kita dengar macam bagus juga kan ada akta macam ni.? Tapi, tapi, tapi. . .
Korang para blogger sedar tak yang ianya akan bakal menutup periuk nasi korang sebagai blogger yang sememangnya gemar aktiviti sharing is caring, loving and so whatever kan.?? Haaa, padan muka siapa suruh share tanpa kredit pada founder asal kan.? (Ok, aku pernah buat jugak ok. Rajin pergilah selongkar archive aku). Baru-baru ni kecoh Megaupload kena saman dan founder nya pun kena tangkap. Betul ke.? Bukan megaupload sahaja. Jom tengok list uploader kita yang bakal disaman.


MegaUpload - Closed.
FileServe - Closing does not sell premium.
FileJungle - Deleting files. Locked in the U.S.
UploadStation - Locked in the U.S.
FileSonic - The news is arbitrary (under FBI investigation).
VideoBB - Closed! would disappear soon.
Uploaded - Banned U.S. and the FBI went after the owners who are gone.
FilePost - Deleting all material (so will leave executables, pdfs, txts)
Videoz - closed and locked in the countries affiliated with the USA.
4shared - Deleting files with copyright and waits in line at the FBI.
MediaFire - Called to testify in the next 90 days and it will open doors pro FBI
Org torrent - could vanish with everything within 30 days "he is under criminal investigation"
Network Share mIRC - awaiting the decision of the case to continue or terminate Torrent everything.
Koshiki - operating 100% Japan will not join the SOPA / PIPA.
Shienko Box - 100% working china / korea will not join the SOPA / PIPA
ShareX BR - group UOL / BOL / iG say they will join the SOPA / PIPA

List ni aku ambil dari www.syokdownload.com. Dikhabarkan juga Google, Yahoo, Youtube, Facebook, Twitter dan banyak lagi tengah mogok untuk tunjuk protes diorang dekat SOPA dan PIPA ni. Kalau nak ikutkan negara kita tak amalkan pun akta ni. Tapi, sekiranya ada pautan dari site Malaysia yang link ke server AS tak pun hosting website dari server-server kat sana secara tak langsung boleh terkena tempias SOPA dan PIPA ni. Waahh, takutnya.!! Mediafire pun tengah start delete file-file copyright protected dan hanya tinggal personal files sahaja. Haii, pendownload tegar lepas ni kita download cerita melayu je lah ok. Hehehe. . .





#Dalam hati aku. . .baiklah takde teknologi internet kalau dah akta macam ni digubal. Dah macam katak bawah tempurung jer aku rasa. . .

Monday, January 23, 2012

Tunang Vs Kahwin

Ambil berkat pengantin ^_^

Alhamdulillah. First of all aku nak ucapkan tah-ni-ah di atas pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan aku. Sabtu lepas aku pergi serbu konvoi kahwin salah sorang eh 2 orang kawan aku. Kenapa 2 orang yer.? Haaa, sebabnya pasangan pengantin dua-dua kawan sekolah aku. Wah2, perkenalan dari bangku sekolah ke jinjang pelamin terus kan.? Alhamdulillah dan aku harap semoga hubungan keyrul dan amy berkekalan selama-lamanya ok.

Sekumpulan Geng Budak Sekolah
Antara yang masih bergelar anak dara ^_^

Next week insyaallah aku ke wedding member sekolah aku yang seterusnya. Haaiii, semua beratur ni nak kasi kad kahwin masing-masing. Aku.? Baru 24  tahun. Ohh, muda lagi ok. Setakat ni aku serbu kenduri kendara kawan-kawan aku je lah. Dah rezeki diorang kahwin awal kan.? Awal ke.? Awal lah jugak ok. Tahniah korang.

Tup-tup aku login facebook aku tetiba. . . 

Biar betik.? Naz Cahaya Cinta Ilahi tempek gambar pertunangan dia dengan salah sorang kawan sekelas aku time di universiti. Kelas kau Naz. Ribut takde, apa pun xde tau-tau dah jadi tunangan orang kau yer.? Btw, tahniah kat Naz dan tahniah juga dekat Zack. Aku doa-doakan hubungan korang berkekalan jugak yer. Naik pelamin jangan lupa jemput aku ok!!

Cantik Naz di hari pertunangannya.
Alololo sweetnya korang!!

Friday, January 20, 2012