Saturday, December 24, 2011

Otak Otak Place Destinasi Seterusnya


Pernah tak korang dengar Otak-Otak Place.? Aku pun baru tahu ada kedai makan macam ni. Tu pun sebab aku pergi melepak dekat Tropicana City kat TTDI.  Asalnya nak tengok wayang tapi boleh pulak semua seat penuh. So, kitorang batalkan niat tengok wayang dan pergi cari tempat untuk melantak. Dalam banyak-banyak kedai macam mana kitorang boleh tertarik nak makan dekat situ.? Semuanya sebab decoration dia yang sangat klasik dan menarik. Kitorang sampai boleh open topic pasal kanak-kanak yang lahir era 80an.

Apa yang kitorang sembang kan.? Haaa, ingat lagi tak kad happy family.? Askar kecil warna hijau, penutup botol, gasing, dan macam-macam lagi lah. Mesti yang lahir tahun-tahun 80an ingat lagi pasal benda-benda macam ni. Kedai ni lah yang mengembalikan nostalgia kitorang masa kecil-kecil dulu. Sebabnya, decoration dia sangat klasik dan menarik. Tak percaya.? Jom tengok ni.

 

Comel kan.? Ni pulak apa yang kitorang order. Sayangnya aku kurang sihat this time so aku makan pun tak habis. Arghh, rugi-rugi.

nasi lemak otak-otak

roti jala

nasi lemak special

mee bandung
So, pada yang belum pernah merasa lagi makan kat sini aku cadangkan korang pergi try ok. Harga dia not bad lah. Bawah RM10 pun dah boleh dapat makan sedap-sedap. Next time kita pergi lagi yer kawan-kawanku. Mari join kami makan. Bismillah..



Friday, December 16, 2011

Island BBQ Steamboat Kg Melayu Subang


Mari kita bercakap pasal makanan pulak sekarang ni. Malam semalam aku dan 6 lagi kawan aku pergi try makan steamboat versi grill dekat Kg Melayu Subang. Memang dah macam Amazing Race aku nak pergi ke tempat tu. Salah aku jugak main redah je dengan takde map. Apa lagi jadi macam pelancong luar negara lah tanya orang kampung. 

Sampai-sampai je sana memang takde orang lagi. Yes, kitorang antara yang terawal sampai. Untung sampai awal-awal ni sebab boleh makan dengan tenang. Tapi, bila dah masuk lepas Maghrib, manghai ramai gila manusia. Memang fully booked la semua meja. Lagi satu yang best sebab situ customer dia majoriti orang melayu je. 

Kalau korang nak pergi aku sarankan ambil makanan basah dulu sebab kalau ambil yang macam mr bola-bola cepat kenyang nanti. So, ambil lah macam daging, ayam, sotong, udang dll dulu ok. Memang best lah lagi-lagi di grill. Bunyi dengan bau dia pergh terangkat beb. Jom layan gambar jom.

antara makanan yang ada
me and food
mari-mari meng'grill'
antara kegemaran cik munge

kuah tom yam
ini pulak sup
sebelum dipanggang, nampak basah je si udang, daging dan ayam ini
daging yang siap dipanggang, yummy!!
it's time to eat. Bismillah. . .

Lokasi : 
Lot 3370, Jalan Kemboja, Seksyen U5, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam.

Harga :
BBQ Steamboat Buffet : 
Adult – RM19.90 nett 
Children (Ages 6-12) – RM9.90 nett

Masa :
6.30 petang - 11.00 malam

More info :

Tuesday, December 13, 2011

Actroid Si Robot Paling Jelita

Memang tak nak kalah lah kecanggihan teknologi di Jepun. Actroid, merupakan robot yang mempunyai struktur, tekstur kulit, dan gerak badan seakan manusia. Kenapa nama dia Actroid.? Haaa, nama itu diambil dari gabungan 2 nama iaitu actor dan android.

Otot anggota badan Actroid yang lembut, kerlipan mata yang lancar serta pergerakan mulut yang begitu lancar. Antara bahagian tubuh yang paling ketara menyerupai manusia adalah rambut, gigi, mata, tangan, kaki, bentuk tubuh, dandanan, dan termasuk juga suara. Apa yang paling menarik, kulitnya dihasilkan daripada bahan silikon yang sama seperti yang digunakan dalam perubatan kulit.

Actroid ni jugak ada ekspresi muka. Menarik kan.? Ekspresi muka yang dilemparkan natural lah. Kalau kita nak bercakap dengan Actroid, kita kena menggunakan microphone sebelum terima sebarang tindak balas daripada Actroid. Korang nak tengok Actroid tak secara live.? Haaa, kalau nak tengok boleh lah berkunjung di Pusat Sains Negara. Nama pameran dia "Encyclopedia The Actroid". 







Monday, December 12, 2011

Merayau di Sunway Pyramid Lagi, Lagi, dan lagi!!

Inilah kehidupan remaja zaman sekarang. Berjalan je keghojenyer. Idokler nak dok rumah mengemas ke, basuh baju ke, ngait baju ke. Hahaha, kalau teman dok dekat rumah, inilah ayat pedas yang teman mesti kena kalau meghayap keluor rumah. Btw, teman ni ha bukan saja-saja lah pergi Sunway. Teman pergi neman my sister beli barang for her engagement. Tapi, sambil-sambil tu teman ajak lah kawan-kawan teman pergi melepak sama. Udoh lame kami tak jumpe weh. Idok lah ramai pun kawan teman yang join. Haaa, udoh cakap Perak pulak dah.

Winkk. . .
Ok, bertukar ke bahasa asalku. Hehehe, lame tak cakap Perak macam tu lah jadi nya. Tengah seronok-seronok pusing-pusing ada pulak benda yang comel-comel dekat tengah-tengah Sunway tu. Haaaa, kan ke nak christmas ni. Adalah salji tipu, kereta santa claus, rusa, dan macam-macam lagi lah. Kalau tak comel tak boleh ke ha.? Sekarang ni aku taksub tengok benda-benda comel ni. Jom usha apa yang ada kat sana.





Punyalah ramai manusia kat situ sampai background aku tangkap sama je semua. Anyway, thanks to Ijat untuk gambar-gambar ni yer. Jangan nangis-nangis gambar kau tak de. Uweekk, btw aku terasa macam makhluk kecil duduk sebelah kawan aku tu. 

#Hewhewhew, bila lah aku nak membesar ntah. 

Friday, December 9, 2011

Uji Bakat Teater Upin Ipin The Musical 13 Disember 2011


LES Copaque Production Sdn. Bhd. & CTRA Production akan mengadakan sesi uji bakat bagi mencari pelakon teater Upin & Ipin the Musical pada 13 Disember 2011, jam 10 pagi di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.
Syarat-syarat Penting :

1.      Pandai Berlakon, Menari & Menyanyi
2.      Usia 10 – 25 tahun
3.      Tiada Masalah Kesihatan
4.      Komited Menjalani Latihan & Persembahan Dari Disember 2011 – Mei 2012

Keterangan lanjut hubungi 017-2004249/03-61866592 @ layari facebook upin dan ipin.

Adik-adik, inilah peluang adik-adik kecil kita nak tunjukkan bakat korang yang terpendam tu. Jangan malu, jangan segan. Cepat-cepat pergi Ujibakat Teater Upin Ipin The Musical. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails