Thursday, September 29, 2011

#KaliPertama Trending Nombor 1 di Twitter

Rakyat Malaysia ni memang suka kan melepak dekat Twitter sebenarnya.? Sembang sesuatu topik yang boleh dikongsi bersama-sama dengan pengguna Twitter yang lain. Sebelum ni aku ada up satu entry mengenai benda yang sama juga. Cuma topiknya berlainan dan juga creator dia pun berlainan. Contoh entry aku sebelum ni ialah #SayaGenerasi Aida Sue Trending Twitter Nombor 1 di Dunia.


So, kali ni jom kita berkongsi sedikit cerita mengenai #KaliPertama. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah, kali pertama aku jatuh cinta, kali pertama aku makan nasi, kali pertama aku naik basikal. Haaa, semua benda lah kita buat yang first-first boleh dishare kan dalam ruangan #KaliPertama ni. Paling meletup vogue de vast nyer plak si tukang creator adalah Era FM sendiri. Aku dapat tahu pun sebab pagi-pagi on the way pergi kerja aku dengar radio Era FM.


Aku sekarang ni tengah nak cari rumah sewa area Petaling Jaya, Kelana Jaya. Kalau sesiapa ada contact-contact roger lah eh. Memerlukan sesangat ni. Hahaha, sempat lagi. Lagi satu banyak sebenarnya entry yang aku nak up kan ni. Tapi sebab masa mencemburui aku, so aku story sikitlah dekat sini. Kisah Empire kat Subang meletup tu korang tahu.? Haa,? Tak tahu.? So, pergi google sekarang kalau nak tahu lanjut. Lagi satu pasal Hostel Kolej Jati UiTM Shah Alam terbakar korang tahu.? Tak tahu kan.? Jom usha video ni :

Monday, September 26, 2011

#SayaGenerasi Aida Sue Trending Twitter Nombor 1 di Dunia

Pagi-pagi telingaku disajikan dengan bebelan Pak Nil kat konti Era FM. Wah, ayat bahasa melayu sangat ni. Hehehehe, ada gaya tak nak jd novelis.? Uhuk, muntah hijau. Hehehehe. Ok, tak mau bebel panjang kita teruskan ke agenda utama kita. #SayaGenerasi.? Aida Sue.? Trending Twitter Nombor 1 di dunia.? Ape kes la orang kita ni nak mencapap je keje nye.? Isk2, itu kisah adinda dulu. Sekarang ni lain pula ceritanya. Kira lagi ke arah kebaikan la kali ni.

So, apa kisahnya di sebalik #SayaGenerasi ni.? Kisah apa pula yang ingin diketengahkan Aida Sue.? Aida Sue ni pembikin #SayaGenerasi ni. Kira macam dia lah pelopor. Ayat dia lebih kurang macam ni...
Kira dia macam mengingatkan kita kembali ke nostalgia dulu kala. Macam zaman aku dulu zaman main teng teng, galah panjang, roller blade, main tikam. Bila teringat balik jadi rindu dekat zaman sekolah dulu. Memang seronok betul duduk dalam zaman kanak-kanak kan.? Kalau korang nak share cerita korang boleh lah join #SayaGenerasi ni. Memang layan habis bila baca balik message sorang-sorang.

Saturday, September 24, 2011

Jom Follow Up Gadget Terbaru

Huwaaa, rasa bodoh sangat bila ketinggalan dalam dunia gadgetan ni kan.? Lagi-lagi bila ada orang tanya kita lepas tu buat-buat pandai padahal jawapan salah. Pastu sedap kena perli kan.? Hahahaha. Bodoh sombong orang panggil kita nanti. So, jom ikut aku study sikit info gadget-gadget yang terbaru. At least korang tahu lah kan sikit-sikit.
overview_smartcover_gallery1_20110302.jpg
Ok, first gadget yang buat aku teringin nak angkat adalah ipad. Ipad 2 dah release kat Malaysia 7 bulan yang lalu yakni bersamaan 29-April-2011. Lepas tu kita boleh subscribe nak Wifi sahaja atau Wifi + 3G. Aku letak sekali rate harga dia kat Malaysia ni.
WiFi :
• iPad 2 16GB (RM 1499)
• 
iPad 2 32GB (RM 1799)
• 
iPad 2 64GB (RM 2099)
WiFi + 3G:
• iPad 2 16GB (RM 1899)
• 
iPad 2 32GB (RM 2199)
• 
iPad 2 64GB (RM 2499)
Nak tahu specs dia yang mantap-mantap tu korang boleh usha dekat sini : MORE
samsung-galaxy-s2.jpg
Next gadget haruslah smartphone kan.? So, dalam banyak-banyak smartphone korang rasa aku berkenan yang mana.? Jeng jeng jeng. Ada 2 phone yang berputar-putar dalam kotak pemikiran aku ni. Yang pertamanya Samsung Galaxy S 2. Kenipisan dia lengkap dengan other specs macam skrin dia 4.3-inch 800x480, camera 8Mp, 1.2GHz dual-core processor, Android 2.3.1 (Gingerbread) yang boleh update ke Android 2.4 untuk masa depan. Huhuhuhu. Full review korang boleh baca dekat sini : MORE
mainImage.altImageText
Review untuk second sartphone yang menjadi idaman kalbu ialah Sony Ericsson Xperia Arc S. Lagi-lagi dengan design color putih. Memang smart habis lah kan. Harga dia boleh dapat area RM 2099. Bapak mahal dah lebih kurang harga laptop ni. Apa yang membuatkan aku tertarik adalah spesifikasi dia yang sememangnya marvelous habis lah. Antaranya, 1.4GHz processor, kamera ia 8.1 Mp, ada reality display dan boleh convert image dari 2D ke 3D. Huiyoooo, awesome!! Nak info lagi lengkap dan padu korang boleh usha dekat sini : MORE.

Force feedback Sekarang jom join aku selami dunia laptop kejap. Nak bercerita sedikit pasal laptop terbaru dn terkini pula. Tapi aku cerita laptop idaman aku lah tau. Nak review semua laptop memang sampai raya haji tahun depan pun tak habis kan.? So, 1st laptop aku rasa yang oAcer Aspire AS4755G-2434G64.
Ni plak specs dia tapi aku rasa dekat Mid Valley haritu aku tengok lgi murah kot. Ni harga online Rm2249. Intel® Core™ i5-2430M-2.4GHz,  4GB DDR3 RAM, 640GB HDD, NVIDIA® GeForce® GT 540M, .Windows® 7 Home Premium 64.

Second laptop yang aku teringin nak angkat lenovo . Harga boleh dapat Rm 1900. Specs dia lak macam kat bawah ni :

CPU : INTEL I5-2410M (Turbo 2.9GHz) FAST!!!
RAM : 2GB + (FREE 1 GB!!) = 3GB DDR3 TOTAL!!!
HDD : 640GB
LED Display : 14"
Optical : SDVD
Connection : BluTooth & Wifi
Operating System : Windows 7 Home Premium




Susah sebenarnya nak usha kalau online ni. Bolehlah kalau sekadar nak survey sebab apa kalau kita aim satu barang then pergi kedai nak beli. Last-last mesti angkat yang lain punya. Betul x.? So, selamat membeli ok.?

Thursday, September 22, 2011

Mini Guitar - Smallest Guitar Ever


Perasaan keterujaan aku tak boleh dibendung lagi bila usha video mamat budget cool ni main guitar terkecik di dunia. Bapak kecik wei. Macam mana dia boleh plucking lagi guitar yang bapak kecik tu.? Masalahnya tangan dia sangat gedabak kot. Hehehehe. Tu yang buat aku teruja sangat tu. Korang teruja tak.? Power kan.?

 
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam video ni :

1. Every Breath You Take (Sting and The Police)
2. Hey There Delilah (Plain White T's)
3. I'm Yours (Jason Mraz)
4. Send Me On My Way (Rusted Root)
5. Wake Me Up When September Ends (Green Day)
6. Tears In Heaven (Eric Clapton)

Amacam.? Teruja tak.? Wa cakap sudah sama lu der. Aku sekarang ni dalam proses nak berlembut-lembut dengan guitar. Youtube je la jadi cikgu aku buat masa ni. Bapak best kalau ada yang sudi nak mengajar. Hahahahakkktuuiii. Ada ke yang sudi.? Ok fine. Aku tak nampak pun sape-sape angkat tangan kat luar sana nun. Hehehe

Sunday, September 18, 2011

5 Buffered Earning Dapat Serentak

Assalamualaikum, 

Apa khabar korang hari ni.? Diharapkan korang sihat selalu. Perghh, starting dah macam pangkal surat dah ni. Belum lagi tambah 'kehadapan sahabatku bla bla bla'. Hehehehe. Dah dekat seminggu ni aku rasa aku tak hupdate blog. Bloh dah bersawang tebuan dah ni. So, hari ni dengan sedikit kerajinan (sebenarnya excited sebab dapat 5 Buffered Earning). Ngeh3. 

Baru je kejap tadi aku bukak Nuffnang dan terima 5 BE terbaru. Antara BE yang aku dapat :


Dah lama aku tak dapat BE sekali dapat sampai 5. Terkejut pulak. Thanks Nuffnang for the BE, aku anggap BE ni sebagai hadiah birthday aku la. Ops, birthday.? Oh yeah, pada tanggal 18 September aku dilahirkan. Jadi genap 18 September 2011, termaktublah bahawa umurku dah cukup 23. 23 baru.? Muda tuuuu, boleh enjoy-enjoy lagi tu. Hehehe. Enjoy, enjoy jugak kan.? Jangan dilupakan pada yang memerlukan. Hahaha. Nah, aku tepek gambar huduhku ini buat tatapan korang. ;p

Sunday, September 11, 2011

Seharian di Mid Valley

Kalau korang perasaan sekarang ni aku makin suka update entry pasal aku kan.? Hahaha, over lah kau ni ecah. Bukan apa, aku dapat kurang update mengenai perkembangan semasa. Kasihan pulak dekat blog aku ni ditinggalkan macam tunggul  tak bertuan. So, at least aku ada update buat korang cuci-cuci mata. Mana yang tak suka tu sorry sangat-sangat. Tutup je terus blog aku ni. Pasal photoshop tutorial lak aku mintak maaf sangat-sangat tak sempat nak update yang baru. Masa tidak mengizinkan dan aku pun dah jarang edit gambar. Semua gambar original baru keluar dari phone buruk aku ni.

So, pagi Sabtu aku hang out dengan rakan-rakan aku melepak dekat Mid Valley. Sampai-sampai je sana aku cari Takoyaki. Siyes, memang terbaiklah benda ni. Nak belajar lah buat takoyaki ni. Dengan ham, cheese, octopus dia. Wahhh, meleleh weh makan. Alamak, ni yang rasa nak pergi cari takoyaki jap lagi ni. Tapi semalam dah mengidam nak makan nasi kukus Seksyen 7, Shah Alam (area komersial). Kedai nasi kukus yang baru bukak kat pusat komersial ni. Siyes sedap.!! U guys should try lah.

Ni lah rupe takoyaki tu.

Sebelum pekena takoyaki, aku pergilah toilet dalam Jaya jusco kat Mid Valley tu. ceh kau ni ecah, pergi toilet pun nak beritahu satu dunia kah.? Hahaha, bukan apa aku terkedu weh masuk dalam toilet dia tu. Bapak best dah macam aku masuk dalam Ikea dah ni. Siap boleh tidur dengan berehat-rehat lagi. Teruja aku. Tanpa segan silu aku amik gambar dalam tu. Peduli apa orang nak cakap kan.? Janji aku layan feel dalam tu. Hehehe.
Toilet untuk budak kecil. Comel gila weh.
Tempat persalinan baby. Smart gila.
Bilik yang penuh dengan cermin.
Posing lagi. Cakkk
Aku dengan Salwani Munge (housemate kesayangan aku ni)
Ruang rehat dia. Amacam.? Menarik tak.? Teruja tak.?
Time ni dekat dunia Barbie. Auww, comel sangat.
Dalam dunia muzik ni. 
Dari pandangan atas. 

Agak-agak dah habis satu Mid Valley tu kitorang pusing. Masin-masing dah tak larat. Aku rasa aku paling tak larat kot. Hahaha, penat weh. Ok guys, that's all.

Friday, September 9, 2011

Rompakan di Kedai Mamak Seksyen 24 Shah Alam

 
'Tanjat boboi'. Ok, tu je ungkapan yang boleh aku cakap bila dengar kes-kes macam ni. Sebelum ni dengar kes rompakan kat Seksyen 15, Shah Alam.Semalam lak jadi lagi kt Seksyen 24 pulak. Haish, apo nk jadi la eh jang oi? Punyo la berani ekau buek kojo 'bedeah' ni. Cubaan berani mati betul diorang ni. Berhelmet segala. Takkan la pasni kat kedai mamak pun kena pakai security guard.? 

Ada member aku lak cadangkan tiap kali nak g lepak mamak kite kena pakai helmet untuk langkah keselamatan. Hahaha. Tergelak sinis aku membacanya. Kawan-kawan aku dah lah ramai kat Shah Alam ni. Berhati-hati lah yer. Tak payah dah sibuk-sibuk nak pinjam wifi mamak nak online. Rasa nak laptop hilang tryla buat. Huhu. Peace, peace kacang peace.

Ni ada sikit screenshot aku copy past edari fb kawan aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails