Monday, August 29, 2011

Aku & Office Mate Berjimba 3 Hari Berturut-turut Sebelum Balik Raya

Hello my peps, wah lama tak melawat blog usang aku ni. Banyak busy weh campur sekali dengan busy body kan. Hahaha. So, amacam dengan persiapan raya korang.? Ada baik.? Ni mesti ramai yang dah ada kat kampung halaman kan.? Seronok, dua ronok, tiga ronok lah korang yer. Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin lah kat semua yang menyinggah kat blog aku ni. Nak wish kat orang yang tak singgah blog aku buat apa kan.? Bukan diorang dapat baca pun. Hehehe.

Tahun ni baju raya aku simple sangat dengan berkonsepkan kain cotton yang aku beli awal tahun lepas dekat Jalan Tar. Tak boleh blah tu aku beli dengan harga RM19 dan aku tengok baru-baru ni kain cotton semua RM10. Prgh, menananah je tengok. Nak beli tak tahu raya ke berapa baru boleh siap kan. Lari tajuk pula aku kan.? Biasalah dah lama tak meriuhkan blog aku ni. 

3 hari berturut-turut.? Actually 2 hari je tapi hari ke 3 tu kira last photoshoot aku dengan office mate aku. So, dikira berjimba lah juga tu kan.? Hari 1st kitorang lepak OU kat Damansara then ke Summit untuk karok. Wahh, puasa-puasa pergi karok kan.? Haaa, kantoi. Then untuk hari ke 2 kitorang lepak kat Sunway Pyramid. Tengok wayang pulak. Hari ke 3 photoshoot kat office sahaja. Hehehe. Jom layan gambar kitorang yang agak excited ni.

Monday, August 22, 2011

Berbuka Puasa di Sunway Pyramids

Tengah syok-syok melayan bulan Ramadhan ni, perut aku mulalah nak mengidam macam-macam makanan. So, ke mana pula destinasi aku untuk berbuka puasa kali ini.? Jeng jeng jeng. Aku merayap-rayap sampai ke Sunway Pyramids untuk mencari sesuap nasi. Hahaha, apa pula makanan yang aku cuba kali ini.? Yeah, korean food meh. Oh yer, time merayau-rayau terserempak pulak dengan blogger aka model part time Ikeen Lollipop. Rindu dama kamu sehh..Jom, layan gambar jom!!

apa benda ntah chicken fire-fire nama dia ntah

kimbab weh

my meal nasi apa ntah + BBQ chicken +kimchi

Itu kawan saya. Nisa nama dia. Eh, bukan Nisa Kay yer. hehe

tadaaa, jemput makan kawan-kawan. Bismillah..

Sunday, August 21, 2011

Aku Join Contest LAGI

Rajin pulak kan nak join contest segala ni. Bukan apa semangat nak raya. So, ada plak yang buat contest mcm ni. Join lah sekaki kan.? Nak mintak tolong korang like weh. Tak dapat duit or kad raya dari korang pun takpe. Sapat sumbangan like ni pun dah cukup meriah dah. TQ weh!!

LIKE dulu page ni
Pastu, tolong like sini..

Friday, August 19, 2011

Kad Kahwin Ashraf Muslim & Noor Dayana



Pelakon kacak & pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim & pasangannya, Noor Dayana yang akan mengikat tali pernikahan mereka di Kota Mekah pada 1 Syawal telah pun mengedarkan kad jemputan ke majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 Hijrah bertempat di Melaka International Trade Center (MITC).
Keunikan kad jemputan Ashraf Muslim & Noor Dayana dilihat daripada penggunaan tulisan jawi dihiasi khat yang menampilkan ciri-ciri budaya masyarakat Islam. Konsep sebegini amat sesuai digandingkan dengan peribadi Ashraf Muslim & Noor Dayana yang mungkin ingin mengimarahkan lagi penggunaan tulisan jawi. Sumber

Monday, August 15, 2011

Apabila Aku Kebosanan


simple artwork dari aku

Sunday, August 14, 2011

Mari Berbuka Puasa di Mid Valley

Parking kereta dulu..

yummy..chicken & beef teppanyaki!!

Friday, August 12, 2011

Busy!!





.BUSY.THANKS.BYE.





Wednesday, August 10, 2011

Seri Najwa Ferda (Tualang Sekah, Malim Nawar) Didapati Diculik

Thanks to CikguDahlia atas info ni. Mula-mula agak terkejut bila tengok lokasi gadis remaja berusia 17tahun ni hilang. Tualang Sekah, Malim Nawar tu. Kampung aku tu!! Tapi aku tak kenal lah pula kan siapa Seri Najwa ni. Maybe dia adik kawan-kawan aku. Maybe dia anak kawan-kawan mak ayah aku. Apapun aku harap adik Seri Najwa dapat kembali ke pangkuan keluarga. Harap-harap tiada kejadian buruk berlaku. First ramadhan kot dia hilang. Memang sadis lah kan keluarga adik Seri Najwa ni. 

seri_najwa

Ada sebarang maklumat korang boleh hubungi no kat atas ni ok. Sama-samalah berdoa agar tiada kejadian buruk menimpa adik Seri Najwa Ferda.

Tuesday, August 9, 2011

Roh di Bulan Puasa


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan.Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini) Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. 

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. 

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.

Monday, August 8, 2011

Photo BBQ After Kena Sentuhan Photoshop


Sunday, August 7, 2011

Kes simbah asid di Seksyen 24 Shah Alam Membantutkan Planning Aku!!


Tak guna betul siapa yang main simbah-simbah asid ni. Suka hati laki tiri mak diorang je nak simbah asid. Cuba bayangkan yang korang simbah tu mak, adik, kakak or sedara mara korang. Macam mana rasanya.? Gila betul lah. Lagi beberapa minit je aku nak melangkah keluar rumah dengan niat nak ke Uptown Shah Alam. Nasib baik ada kawan aku ingatkan aku pasal ni. Terbantut terus niat nak window shopping.


"Kejadian malang yang menimpa 2 orang wanita pada 12/07/2011 kira-kira jam 2 pagi di seksyen 12, Uptown, Shah Alam dimana mereka telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dengan melemparkan asid ke arah mereka. Sejurus selepas kejadian, lelaki tersebut telah melarikan diri dengan menggunakan kereta wira berwarna kelabu ( menurut info orang awam yang melihat kejadian)."


Friday, August 5, 2011

"Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami" Aimie & Khairul Fahmi


“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Apa perasaan korang bila perkara macam ni jadi kat hubungan korang.? Ada yang akan think positive dan ade juga yang akan berfikiran negative. Kalau aku mula-mula memanglah akan think negative but lama-lama mesti akan jadi postive balik. Sebab.? Sebab dah rasa memang dah takde harapan untuk perbaiki hubungan tersebut. Betul tak.? Err, tak betul eh.? Okay2, let think it twice ok.? Hehehe

Tak eloklah kan kalau kita nak berprasangka buruk dekat Khairul Fahmi atau pun Aimie sendiri. Masing-masing ada alasan tersendiri. Itu kan masalah diorang. Buat apa kita nak campur tangan kan.? Just doakan yang terbaiklah buat diorang berdua. Kepada Khairul Fahmi, jangan sebab perkara ni corak permainan dekat bola sepak merundum ok. Dan kepada Aimie ataupun Elia, banyakkan bersabar dan think positive ok.?

Video dari CST Production Yang Sweetnyerrrrr

Sedap melayan video dari CST Production. Ni semua kerja housemate aku lah on kat pc dia. Aku pun terlayan sekali. Memang sweet lah. Mulalah terfikir nak buat camni gak if nak kahwin nanti. Kahwin.? Berangan je lah. Boypren pun takde!! Huh, takpe simpan angan-angan dulu kan.? Jom layan sama-sama.



Komen aku.? Hurmm, korang pernah layan ART Attack tak dekat Disney or Nicklodeon kat astro dulu.? Dulu la, sekarang ni aku tak tahu ada lagi ke tak. Macam dah takde sebab kalau ada kompem aku layan lagi. So, idea aku rasa memang kreatif sebab rancangan ART Attack tu memang aku suka. So, konsep yang macam ni memang aku suka. Sangat sweet dan dicampur dengan aksi-aksi kelucuan para pelakon dia kan. Lucu + sweet memang best broooo.

Jom layan video yang lain pulak nak.? Just sharing and caring je kan. Nak tengok yang lain korang boleh tengok dekat facebook page diorang. Banyak gila video yang best-best. Untuk support CST Production aku pun menyumbangkan 1 like. Hehehe, tahniah sebab berjaya menarik perhatian aku (cannot go). Akhir kata, selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Peace, peace kacang peace!!

Tuesday, August 2, 2011

Blogger Kena Saman RM 300 000


Aku  : Huh.? Blogger kena saman.? Siapa.?
Rose : Aah, takkan kau tak tahu.? Siap masuk radio lagi.
Aku  : Berapa.? Kena saman sebab apa.? 
Rose : RM 300 000. Nak tahu apa cerita boleh tengok dekat SINI dan SINI

Monday, August 1, 2011

Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2011


NegeriZon
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan Putrajaya
Labuan
SelangorZon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
MelakaSeluruh Melaka
JohorZon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan
Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang
Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
Perak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails