Sunday, July 31, 2011

Aku Update Blog Ni Orang Kampung


Perlu ke kecoh satu kampung aku update blog kan.? Tak perlu lah kan. Sudah lama tak update blog sampai tak tahu nak update pasal apa. Oh yer, pada yang tunggu download link untuk cerita tahajjud cinta, stanza cinta, boboi boy, dan lain-lain sila tunggu yer sebab aku agak takde mood nak upload link. Tapi sabar, pasti ADA. Hehehehe.

So, esok hari apa kawan-kawan.? Esok seluruh umat Islam akan menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Pesanan aku marilah kita kumpul pahala sebanyak-banyaknya ok.? Jangan ada yang mengeluh pula dengan kedatangan bulan Ramadhan. Hari ni (minggu ni) aku ada kat Ipoh Perak. Buat apa aku kat sini.? Family aku dah jadi orang Ipoh. Malangnya tak sempat nak bersahur dengan family. Esok aku masuk kerja pukul 7.30 pagi. Waaaaa, awal gila!! Takpe-takpe, dugaan je semua ni.

Ok, aku taknak sembang panjang. Cukuplah dengan entry ni menandakan aku masih wujud dalam dunia blog ni ek. Tunggu aku update next entry.

Thursday, July 28, 2011

Tamat Misi Download & Melayan Drama Korea Lie To Me 2011

Sebelum nak berbual panjang lebar aku nak confess sikit pasal traffic blog aku minggu ni. Macam nak menangis kuat-kuat tanpa keluar suara je ni. Mana taknya aku dah lama tak update dan promote blog kan? Minggu ni sahaja traffik aku dah ke laut. Tapi dengan bantuan SEO menyelamatkan sedikit page view blog aku ni. So, pada yang datang bertandang, ketuk pintu dan beri salam dekat blog aku ni terima kasih banyak-banyak.

Ok, proceed dengan tajuk entry kali ni. Aku baru melayan satu drama korea yang tengah meletup tahun ni kat Korea mahupun kat Malaysia. Kat astro ada main drama ni. Tajuk dia Lie To Me. Meh aku kasi sikit info pasal movie ni.

Gong Ah Jung, a level 5 Ministry of Culture official, gets entangled in a web of lies when she mistakenly lies that she's married to Hyun Ki Joon, a hotel manager from an affluent family. Their relationship is further complicated when Ki Joon's ex-fiancée and a close friend of his brother's, Oh Yoon Joo, reappears in his life.

Hamik kau sinopsis dalam english. Sila ke google translate kalau tak paham ok.? Hehehehe. Aku ambil masa 3 hari nak download dan habiskan layan drama ni. Jadi addicted aku. Korang nak layan gak.? Nak download tak cerita ni.? Ok, kalau nak download korang pergi je dekat pembekal aku yang tersohor ni : ASIANMOVIEZ


ehem, pasni nak tengok drama apa pula yer.? any sugesstion.?

Friday, July 22, 2011

Terlepas LIVE Streaming Malaysia Vs Chelsea (0 -1) [Semangat Nyanyi Lagu Hitam Kuning JJ & Ean Ft Nadhirah]

Ni lah masalahnya kalau dapat kerja shift petang. Terlepas pulak tu LIVE streaming Malaysia vs Chelsea. Apa yang mengelirukan aku ialah hari tu ada sumber yang cakap diorang lawan on Saturday night. Sekali malam semalam daaa. Member-member aku cakap Chelsea goal kontroversi semalam.? Betul ke.?

Nak tahu kontroversi ke tidak jom usha highlight goal ni

 

Bagi aku tak lah kontroversi sangat sebab bola memang dah masuk line kan.? Tapi kalau aku tengok LIVE pun haruslah aku pun cakap tak masuk. Eh, tapi player Malaysia (harimau malaya) dikira hebatlah ni. Chelsea keluar player power-power tu. Chelsea kot bukan Vietnam. Eh, tiba-tiba Vietnam apa kes.? Hahaha. Kalau tak silap mata aku pandang kat masa tu Chelsea buat goal minit ke 78:47. Correct me if I'm wrong. Kiranya Malaysia dapat bertahan tanpa jaringan selama 78 minit. Wahh, hebat seh then goal Chelsea pulak macam nak tak nak je plak kan.?

Ni yang aku makin excited nak nyanyi lagu JJ & Ean ni :

"hitam kuning, 
hitam kuning,
hitam kuning, 
hitam kuning..
go Tigers, go Tigers!!"

Jom usha full lyric and video diorang :

Thursday, July 21, 2011

Contest Mencipta e-Kad Raya 2011


Hari puasa bakal menjelma,
Lepas berpuasa kita beraya,
Kad raya diberi sebagai tanda,
Maaf dipinta, kasih dibina.

Amacam.? Bergaya tak pantun 4 kerat aku tu.? Hahaha, suka pulak kan aku berpantun-pantun sekarang. Bukan apa, dah lama sangat tinggal zaman persekolahan. Pantun-pantun pun dah tak main dah. So, tak salah rasanya kan.? Ok, back to the main title. Dengan ini, saya pemilik BlogCariPasal ingin membuka satu contest bersempena Hari Raya Aidilfitri. Wahh, puasa pun belum lagi dah sibuk nak suruh buat e-kad raya kan.? Bukan apa, aku bagi korang chance untuk memikirkan idea-idea kreatif nak buat e-kad raya ni. 

Ops, ada yang tak tahu e-kad raya tu apa.? Ok aku kasi contoh dekat link SINI. Dah klik.? Dah tahu dah e-kad raya tu apa.? Dah tahu boleh lah join kan. Ikut kreativiti korang lah nak design e-kad raya tu macam mana. Aku nak buat 2 kategori iaitu e-kad raya kategori formal dan satu lagi kategori kartun. Setiap satu kategori akan ada satu pemenang. Hadiahnya.? Dapat duit raya lah kan. Berapa.? Berapa.? Berapa.? Jeng jeng jeng...

Kategori Formal
Duit Raya : RM 50

Kategori Kartun
Duit Raya : RM 50

Kalau ada rezeki lebih aku akan beri something dekat semua contestant. "Kalau ada rezeki lebih ok.?" Sila take note ayat ini. Hehehehe, doa-doakanlah aku ada rezeki lebih. Lagi satu, ada syarat dia.

Syarat-Syarat Penyertaan :

  1. Sila follow blog usang aku ni
  2. Sila follow page Ecah BlogCariPasal di facebook
  3. Create 1/2 (sahaja) e-kad raya
  4. Buat satu entry mengenai contest aku ni dan nyatakan dekat situ "ECAH, aku dah join!!"
  5. Boleh hantar design korang by email (u_ecah189@yahoo.com) atau tinggalkan link korang dekat bahagian komen entry ini. (aku suruh korang hantar by email sebab nak mengelakkan 'penciplak' idea)
  6. Design e-kad raya itu mestilah design sendiri dan bukan copy and paste dari mana-mana carian google. (AWAS!! I'm watching you)
  7. Sila hantar design korang sebelum 30/8/2011 (11.59 pm)

Sesiapa yang tidak mengikut semua syarat di atas, kemungkinan besar aku boleh mengambil kuasa veto untuk me'reject' penyertaan korang. Hahaha, kejam tak.? Ok, tak kejam sangat kan.? Biasa lah ni kan.? That's all for now. Ada apa-apa update aku akan update dekat sini. So, please alert ladies & gentlemen. Peace, peace kacang peace!!


Wednesday, July 20, 2011

Bowling Sampai Lebam Dengan Blogger Merangkap Kengkawan

Shhhhhh, ada satu rahsia nak beritahu korang ni.

Pagi-pagi makan ketupat,
Apa kau orang ingat aku nak mengumpat.?

Hahaha, sedikit intro dari aku. Huh.? Mana ada rahsia lah. Just Ahad lepas aku melapangkan sikit masa aku dengan berjimba-jimba dengan rakan aku. Rakan-rakan aku ni kebetulan blogger lah juga. Ada yang tegar dan ada yang suam-suam kuku. Tapi, menaip dan memberi informasi still kerja diorang. Aku malas nak komen banyak sebab nak kasi korang layan gambar kitorang yang stylo ni ok. Oh yer, aku malas nak edit sebab aku malas. Hahaha..

Monday, July 18, 2011

Ramai Pengguna Facebook Kena Hack & Aku Hampir Terkena

Nasib lah aku baru baca dekat blog Cerita Mamat pasal ni. Asalnya amaran dah dibuat before ni tapi aku tak alert pula benda ni. Tengah blogwalking tiba-tiba tertarik dengan entry si Mamat ni. Bacalah aku sekejap dan aku nak ingatkan korang supaya baca. Baca sekali komen-komen dekat entry tu. Berguna sangat-sangat. So, tengah ralik-ralik online tadi ada lah sorang ni facebook chat aku. Kalau korang dapat message macam ni sila jangan layan. Kalau dia ada kasi link tolong jangan gatal-gatal tangan nak klik even orang tu kawan terdekat kita. Aku tak kenal tapi entah macam mana aku boleh t'reply. Secara tak sengaja orang tu pun balas. Bunyi chat dia macam dekat gambar bawah ni :


Haaa, aku dah alert kan ni pandai-pandai lah buat follow up. Follow up.? Langkah berhati-hati dan pada sesiapa yang dah terkena ni ada cara nak resolved masalah tak boleh login. Di share oleh salah seorang rakan blogger juga.


  1. korang pegi kat akaun seting. set semua untuk friends only,
  2. hidekan korang nyer profile..
  3. kalau dah kena, tunggu sampai akaun korang boleh bukak (penggodam selesai menggodam)
  4. **buangkan friends yang korang rasa tak berguna 
  5. **korang tukar password apabila korang rasa penggodam tu korang dah remove. 
  6. **Kalau korang tukar password ,sebelum korang remove penggodam tersebut alamatnya benda yang sama akan berlaku..
  7. jangan suka2 add kawan ,pilih kawan & tenggok dulu profile dia..pastikan dia mempunyai mutual friends
  8. format pc korang..secepat mungkin (err, format PC ni macam tak perlu je kot..hehehe, ikut korang lah yer nak format ke tak oke.?)

Saturday, July 16, 2011

APM 2011 - Anugerah Planet Muzik 2011 (Video Sekitar APM 2011)


Pembukaan APM 2011

Duet Dato Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Melly Goeslow

Sedikit Tips Untuk Blogger Supaya Lebih Berhati-Hati


Lama rasanya aku tak share pasal tips untuk blogger. Bukan tak nak share tapi ilmu aku dalam dunia blogging ni tak lah kebal mana pun. Aku pun baru nak merangkak-rangkak mengenali dunia blogging ni. Bukan senang nak maintain blog kita pada satu tahap yang boleh dibanggakan. Dibanggakan.? Perlu ke blog dibanggakan.? This is just a word yang mungkin some blogger praktikkan. 

Ok, back to tujuan sebenar entry aku kali ini. So, it's a tips for blogger. Tips yang macam mana.? Tips mengelakkan blog kita di 'remove' sesuka hatinya oleh pihak Google. Haaaa, cuak tak bila dengar bab-bab blog kena remove ni.? Jadi, berjaga-jagalah wahai rakan-rakan seperjuanganku. Sila buat backup dulu template blog kita ni sebelum apa-apa terjadi. At least kita ada backup. By the way, tips yang aku nak share ialah berhati-hati dengan istilah SPAM. 

Apa itu spam.? Spamming or whatever lah kan. Nak baca lebih lanjut mengenai spamming korang boleh baca dekat SINI. So, kenapa aku suruh korang berhati-hati.? Actually, Google boleh detect blog kita ni sejenis blog spamming atau tak. Macam mana.? Haaaa, berdasarkan dari komen-komen yang readers tinggalkan dekat entry kita. Aik.? Apa kaitannya pula kan.? Jeng jeng jeng. Korang perasan tak some readers tinggalkan komen sekali dengan url blog diorang ataupun recent entry diorang kan yang boleh di click itu. So, dari situ lah Google detect. Oh, tak percaya.? Boleh baca dekat blog sifu aku ni : SisDahlia aka CikguDahlia.

Friday, July 15, 2011

Jom Main Like Like

Assalamualaikum..
Ok, straight to the point ecah nak mintak tolong LIKE this page first



Then, like this pic
Done. It's too simple right.?Thanks pd yg sudi vote!!

Thursday, July 14, 2011

Penjual Aiskrim Turki Kenakan Pelancong Jepun


Hahaha
NICE!!

Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Malaysia Vs Arsenal


Akhirnya kemenangan berpihak pada Arsenal. Arsenal menang 4 - 0 dengan Malaysia. Walaubagaimanapun, tahniah buat pasukan Malaysia. Masih boleh diperbaiki mutu permainan. Biasalah, lawan dengan Arsenal kot. Bukan calang-calang team kan.? Apa pun, Van Persie tadi macho gila lah. Hehehehe..Nak tahu siapa yang score.? Boleh usha full analisa dekat blog ni.

Sunday, July 10, 2011

Gambar Sekitar Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011

Saturday, July 9, 2011

Download Link Tahajjud Cinta TV3 Mediafire & Hotfile Full Download



Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa, Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor, Melissa Saila dan ramai lagi.

SINOPSIS 


Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

DOWNLOAD LINK


Episode 1 | Mediafire : Part 1 | Part 2
Episode 2 | Mediafire : Part 1 | Part 2 | Hotfile
Episode 3 | Mediafire : Part 1 | Part 2
Episode 4 | Mediafire : Part 1 | Part 2

Senarai Jalan Yang DITUTUP Kerana Perhimpunan Bersih


Sebab "bersih" punya pasal jalan pun banyak kena tutup. Semalam pun aku nak balik kerja then nak lalu jalan dataran merdeka pun kena tutup. Nasib keluar kerja agak awal pukul 4 macam tu so xde lah jammed sangat tapi jammed jugak lah kan. Then, nak dijadikan cerita aku ni mana tahu sangat jalan kat KL. So, bila kena lalu jalan lain mulalah menggelabah. Ikut je lah gerak hati nasib gerak hati menuju ke jalan kebenaran. Hahaha,  kalau salah jalan mati aku tempuh jammed lagi. Ok so ini antara senarai-senarai jalan yang kena tutup gara-gara nak elak Perhimpunan Bersih dijalankan.


  • Lebuh Ampang
  • KLCC
  • Bank Negara
  • Dataran Merdeka
  • Sogo
  • Chow Kit
  • Menara Sultan Ismail
  • Masjid Negara
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan IpohSentul
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Jalan P.Ramlee
  • Jalan Bandar
  • Subang Jaya (Near Segi)
  • Sunway Pyramid and Subang Parade
  • The Federal Highway
  • LDP
  • Seremban Highway


Pesanan aku, korang duduk je lah rumah tidur lagi bagus. Aman sikit kitorang nak keluar berjalan-jalan. Ni hari Sabtu dah takut nak keluar rumah. Takut jalan kena tutup, takut kena tahan kot-kot polis syak nak join perhimpunan ni, takut, takut, takut, takut lah. So, segala plan terpaksa lah dibatalkan.

Wednesday, July 6, 2011

Apa Itu.?


Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?
Apa itu.?

SIBUK??

Haaa, macam ni lah jadinya bila dah berkerjaya kan.? Tak sempat and tiada masa lah nak update blog. Oh, macam ni rupanya ek.? Macam manalah blogger-blogger tip top yg berkerjaya boleh update blog hari-hari eh.? Hebat!! Salute kat korang. By the way, currently I'm learning english & communication skill untuk build up my confident level to speak in english (perlu ke beritahu.?). Hahahaha, so and so and whatever lah kan.? All right then. See you later guys and have a nice day.

Saturday, July 2, 2011

Pengomen Tegar BlogCariPasal Bulan Jun 2011

blogcaripasal
Wah, orang lain sibuk nak buat aku pun sibuk nak follow gak kan.? Bukan apa aku rasa sudah lama pula aku tak kasi penghargaan dekat pengunjung blog aku ni. Walaupun tak ramai yang datang berkunjung tapi terima kasih lah pada yang selalu kasi komen dekat entry-entry aku. Terharu pula rasanya. Uhuk ='( Terharu perlu buat emosi sedih yer.? Hahaha. Aku teringin nak update selalu entry pasal lawak kartun doodle tapi disebabkan tiada laptop dan aku ni meminjam kawan aku punya PC (Windows XP), paint tools dia pun yang version lama. So, x dapat nak update doodle kartun buat masa terdekat ni.

Oh yer, aku nak berterima kasih dekat 5 pengunjung bertuah dan juga pengomen tegar blog ni sekitar bulan Jun 2011. 

  1. Hasif Zul
  2. Azizbos
  3. Shaze Zainn
  4. Laskar Pelangi
  5. Ain Zulaikha

Macam mana aku rate kan diorang.? Sonang yooo. Macam nie haaaa...


Thanks semua, lain kali komen lagi!! Komen, komen jugak. Hari-hari kasi singgah blog ni okay. Hehehehehe. Rasa macam nak belanja semua makan je. Tapi bile yer.? Bila ada rezeki lebih lah ok.? Ceh, cakap macam banyak duit je kan.? Hahaha, takpe janji niat tu dah ada. Sekali lagi 'belum ada rezeki' je kan.? Ok, thankz again. Aku nak bersiap-siap pergi makan satay dekat Qaseh Seksyen 13. Yummy..

Friday, July 1, 2011

Perhimpunan Haram 9 Julai 2011

KIRA -KIRA 200 ahli badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman bersama kain rentang dan sepanduk di hadapan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu membantah perhimpunan haram anjuran BERSIH      9 Julai ini.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Syed Anuar Syed Mohamad 
Tindakan mengadakan perhimpunan itu bukan sahaja bakal menyebabkan kesusahan kepada orang ramai bahkan menjejas imej negara yang selama ini menyerlah di mata dunia.
“Pihak berkuasa ambil saja apa-apa bentuk tindakan dan kalau perlu guna ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), gunalah.
“Lebih baik mencegah sebelum ia (perhimpunan) terjadi kerana kita takut kalau tindakan diambil selepas ia berlaku, yang menjadi mangsa ialah rakyat, pemandu teksi, orang berniaga, yang nak bercuti dan sebagainya,” katanya.

sumber :  mynewshub.my
Wanita BN
"Kami mewakili kaum ibu amat bimbang..tanpa permit, perhimpunan 9 Julai ini adalah satu perhimpunan haram yang melanggar undang-undang negara dan besar kemungkinan ia boleh mengundang keganasan di mana keselamatan semua yang hadir termasuk orang awam akan tergugat. Jangan mengundang bahaya untuk rakyat Malaysia, pintu dan ruang rundingan terbuka luas untuk mereka berbincang secara berhemah, " katanya.
sumber : utusan.com.my
Aku pulak berkata
Jangan sampai aku nak pergi kerja nanti jalan sesak sudah. Ops, pergi kerja jalan sesak takpe (ada alasan datang lambat). Jangan kacau time aku nak balik rumah lak. Kurang nanti waktu rehat aku. Hahahaha ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails