Wednesday, May 25, 2011

Maafkan Aku

Maafkan aku.? Maaf untuk apa.?

Kalau korang perasaan aku dah lama tak update. Kalau update mesti pasal suruh like page kan.? Ok, aku ngaku aku kekurangan idea nak update blog plus sibuk dengan kelas yg satu subjek direct dari pukul 9 pagi sampai ke 5 petang. Eh, cop. Mesti ada yang tertanya-tanya kan. UiTM bukan tengah cuti sem ke.? Kenapa ada kelas pula.?Bukan ke student UiTM cuti sampai 3 bulan.?

 Ok, aku kan bakal nak graduate dah. So, tiap final year student akan ada 3p. 3p ni kira certification program. Aku ambil sijil khas CCNA. Kira network punya sijil khas lah. Siapa ada sijil ni kira boleh demand gaji lagi lah plus senang dapat kerja (senang ke.?). Senang lah kot dan bergantung pada rezeki juga lah kan.?

Haaa, ni buku aku untuk 2 minggu punya pembelajaran. 2 buku tu untuk 2 minggu and 8/6 aku akan ada exam. Wuhuu, menangis tu kalau tak lepas exam dia. Siapa taknak lepas kan.? Dah la UiTM bagi free je amik cert ni. Kalau ambil kat luar mahu dekat RM6000 melayang gak lah. Bersyukur, bersyukur. So, sebab itu aku tak boleh nak mengadap sangat blog dan laman-laman sosial yang lain. Semuanya untuk masa hadapan aku. Rakan-rakan, wish me luck ok. Insyaallah..


2 comments:

sarah mohamad said...

saya pun amik ccna jugak dekat ciast. dekat uitm ada ajar tak untuk program ni?

Ecah Shafiee said...

@sarah mohamad
ade ajar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails