Thursday, March 3, 2011

Siapa Bi Anne Yang Sentiasa Jadi Rebutan?

Bi Anne, anak kepada Low Swee Siong dengan Tan Siew Siew. Malangnya ibu bapa B Anne dah bercerai. Kesian budak ni. Keluarga berpecah anaklah yang jadi mangsa. Memang macam ni lah kronologi dari dulu lagi. Tapi kes Bi Anne ni special sikit sebab kalau ayah Bi Anne lambat sehari pulangkan B Anne dekat bekas isterinya memang kena saman. Banyak woo RM400 sehari dan yang paling memeranjatkan ayah dia dah kena saman dekat RM70,000 demi Bi Anne yang enggan balik ke pangkuan ibunya. 

Sebab kasihkan anak si ayah sanggup bayar saman sebanyak itu. Emak dia pun berperikemanusiaan lah sikit. Kalau dah anak tak nak duduk buat apa nak paksa-paksa.? Dengar cerita mak dia ni pengurus dekat Britain.


Ayat ni paling menyayat hati aku :




Bila seorang hakim menasihatinya dengan berkata: Ibu kamu telah memelihara kamu selama sembilan bulan. Berilah dia peluang.

Bi Anne menjawab: Dia (ibu) jaga saya selama sembilan bulan, tapi ayah saya menjaga saya selama 10 tahun.

18 comments:

Anonymous said...

fuyooo...touching der..

al-ugi kacak

Anonymous said...

eh...1st.. ;p

al-ugi kacak lagi

shida anwar said...

kesian..tapi anakpun pandai menilai..

echasuzrin said...

kesian budak tu... kecik lg kot~

Bos said...

kasihnya ibu membawa ke syurga,kasihnya ayah sanggupkah berpisah..~~~~

Cik Yana said...

Kat berita tv3 tadi ade kan? Huhuhu~ camni la dunia. Mak ayah bercerai, anak-anak jadi mangsa. Anak mane yang tak terseksa ibu bapa dorang bercerai? Huhuhu~ Kesian Bi Anne ni :(

ecah said...

@Anonymous
ceh..x perlu kot~

Mizz Farah said...

adeiii..sedih lak cite ni.. T__T

P0polita said...

owh x tengok brite.. xtaw psl ni.. tp mmg siyes banyak woo saman tu.. mmg btol2 syg anak la kan ayh dia ni..

Faziera said...

giler ah rm70,000..
ape la mak die ni...
haishhh..macam-macam..

munGe سلواني said...

ish ish ish...

s h e e said...

ade jgk kes mcm ni...huhuh...diorang x patut buat deal cmtu at the first place kn...huhuh...

mardeyna said...

whoaa..isk isk isk..

HazHand said...

aku sdeyh la bce!!uhuk2!!!

ecah said...

@HazHand
sedih.?mahu tisu x.?;p

HazHand said...

mahu laaa! give me satu kotak!! uhuk3!!! :'(

Hokei said...

Dia tak kenal mak dia selama 10 tahun sebab bapa dia tak bagi... bapak dia mesti banyak duit property negotiator, mesti ribu riban... Masa mak ayah dia cerai mesti la bapak dia paling banyak duit dan 'boleh' bela dia dan beli itu ini. Sebab tu la mak dia cari duit banyak2 nak ambik balik Bi-anne. Kalau mak dia tu 'bitch' dan tak kisah, dia takkan pergi masuk court nak ambik budak tu... Mesti la keluarga pak dia dah brainwash budak tu untuk hate the mother... Itu la part yang paling sedih - mak dia deserve the chance. Pak dia ada bagi tak? Sampai boleh kata dia tak sayang mak dia... Huhuhu...Satu hari nnanti budak tu akan beranak pinak akan tau la apa mak dia rasa dulu bila nak ambik dia dari pak dia. Dia nak pilih pak dia takpe la kan tapi pak dia tak patut la tak bagi mak dia tengok lepas 10 tahun gitew. Saja nak cerai dan tak bagi anak dia komunikasi ngan mak dia. THAT is SELFISH!

Eric said...

Kat berita tv3 tadi ade kan? Huhuhu~ camni la dunia. Mak ayah bercerai, anak-anak jadi mangsa. Anak mane yang tak terseksa ibu bapa dorang bercerai? Huhuhu~ Kesian Bi Anne ni :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails