Wednesday, March 30, 2011

Jackie Chan Dead.? Ok, Sila Nangis Semua Peminat Jackie Chan

Jackie Chan not dead

SiAnakKecil : Ecah, Jackie Chan dah mati.
Ecah : What.? Rumors apa malam-malam ni.?
SiAnakKecil : Tak caye pergi Google lah.


Ok, dengan tergesa-gesa aku google. Perghhhh, taip je nama Jackie Chan, related words yang hot sekarang ni tersenarai macam kat bawah ni. Dalam hati aku, OMG!! Takkan kot. Tiba-tiba je ni dah lah aku tak puas lagi tengok aksi dia. Last aku tengok cerita The Karate Kid. So, sila nangis sekarang pada peminat-peminat Jackie Chan.

Wednesday, March 23, 2011

SPM Aku Dapat 10A1 Pandai Tak Aku??


10A1.?Manghai gila pandai. Siapa yang dapat 10A1 tu.? Siapa.? Siapa.? Siapa.? Manalah aku tahu dan yang pasti bukan aku. Gotcha!!Aku dah berumur 23tahun kot tak layak jadi student SPM. By the way, tahniah lah siapa yang dapat result gempak-gempak dlm SPM. Bijak-bijak budak zaman sekarang eh.? 

Tapi, tapi..jangan lah yang dapat result yang agak kecundang tu tarik muka sedih. Ok, sila tarik muka sedih korang untuk beberapa minit then senyum balik dengan azam yang baru ok.? Chill, chill..Korang muda lagi lah rezeki esok lusa takde siapa yang tahu. Then, pada lelaki korang memang beruntung sebab banyak institut-institut kat luar sana memerlukan kepakaran dan kemahiran korang. Gaji 2 kali ganda jauh. So, jangan down ok yang dapat result yang agak tak flying colours tu. 

Monday, March 21, 2011

Jawatan Kosong Kerajaan TERKINI

Jawatan Kosong Perbadanan Wakaf Selangor (31 Mac 2011)
1.Akauntan
2.Pegawai Hal Ehwal Islam

3.Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
4.Penolong Akauntan
5.Penolong Pegawai Penilaian
6.Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
7.Pembantu Kewangan
8.Pembantu Hal Ehwal Islam
9.Pembantu Tadbir

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2011

Sunday, March 20, 2011

Download Lagu, Lirik Dadali Band - Disaat Aku Mencintaimu Mediafire Link


Mengapa kau pergi,
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
 berharap engkau jadi kekasih hatiku,
 Malah kau pergi jauh dari hidupku,
Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
 Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
 Di saat aku terbangun dari tidurku,
Aku inginkan diri mu,
 datang dan temui aku,
 Kan ku katakan padamu,
aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu,
 datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu,
aku sangat mencinta…….

Friday, March 18, 2011

Pandangan dari Satelit Sebelum dan Selepas Tsunami di Jepun



Slot BlogCariPasal | Bro Framestone Jadi Mangsa


Sesekali teringin jugak nak cari pasal kan.? Nama blog dah blogcaripasal tapi entry semua sopan-sopan. Hehehe so hari ini agak sedikit naik tandukku. Mencari mangsa nak diterjah. Sedang-sedang membelek gambar aku terperasan sesuatu. Eh, mamat ni mesti kenakan baju dia dengan *tut*. Dia memang suka ke dengan *tut* tu.? Ok mamat nya terang-teranglah kan dekat title blog aku tu. Siapa yang tak kenal Bro Framestone kan.? Then, korang nak tahu apa yang aku perasan.? Jeng jeng jeng..

Thursday, March 17, 2011

Sein Ruffedge dan Nana Nak Cari Pasal Ke Main Cerai-Cerai?? Oh Rujuk Kembali

Tiara Jaquelina Bakal Jayakan The Secret Life of Nora
Alahai muka Nana, senyum sikit dear

Sudahlah nama blog kau blogcaripasal. Tajuk entry perlu ke nak cari pasal juga ecah.? Ok fine, itu hanyalah tajuk. Tengok-tengok-tengok..Diorang sudah rujuk kembali seh..feeewiiitt..Ini yang aku, dia dan mereka mahu kan. Baguslah kalau diorang ambil keputusan untuk rujuk semula. Hello, anak ada dua then cerai.? Haruslah anak-anak yang jadi mangsa nanti. So, syabas dan tahniah buat pasangan Sein dan Nana yang bijak mengambil keputusan untuk rujuk semula.

Pemenang Segmen BlogCariPasal Cari Mangsa Makeover Header Blogger

Alhamdulillah, sudah pun ada pemenangnya and nah hasil designku me'make over' blog korang. Suka tak.? Suka tak.? Tak suka sudah. So, siapa pemenang bertuah tu.? Ada dua orang pemenang actually. Then, aku pun gigihkanlah diri buat dua header untuk 2 orang blogger ni.

Pemenang Pertama : Popolita

Segalanya Tentang budak Perempuan Bernama Popolita

Pemenang Kedua : Fad


Korang nak jugak.? Tunggu aku buat second segment tapi tak tahu bila. Hehehhe

Monday, March 14, 2011

Upin Ipin Vs Boboi Boy [Les' Copaque & Animonsta]


Bila sebut sahaja ayat ni "Betul, Betul, Betul" haruslah dah ramai yang tahu kan trademark cerita 3D animasi bersiri Upin Ipin kan.? Tapi bila sebut Boboi Boy. Ada ke yang tahu.? Ok, kat sini aku bukan nak menunjukkan perbezaan antara 2 company ni. Apa yang aku nak focus kan ialah dua-dua company ni tergolong dalam satu mark iaitu 3D animasi. Aku sebagai rakyat Malaysia berbanggalah dengan kemunculan Les' Copaque dan Animonsta ni.

Saturday, March 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN

BANNER BEN ASHAARI

  1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?
    Blogger lelaki beri pendapat memang sangat-sangat ikhlas dan kadang-kadang straight to the point. Ada kalanya ayat dorang ni makan dalam lagi-lagi kalau yang pandai bermain kata-kata.
  2. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
    Sebab diorang rasa kalau letak gambar ni POYO and JAMBU!! Mana yang rasa diri dia hensem je letak gambar. Lagi satu lelaki ni tak letak gambar diorang sebab kadang-kadang diorang taknak blogger lain tahu siapa sebenarnya AKU. Kira macam low profile lah. Ceh, jangan nak low profile sangatlah. Taknak letak gambar tapi kasi link facebook. Apa kes.? Hahaha..

Video Japan Tsunami Earthquake 11 March 2011 | 8.9 Magnitude Earthquake

UPDATED
Pandangan dari Satelit Sebelum dan Selepas Tsunami di Jepun



Japan Tsunami with 8.9 magnitude earthquake


Breaking News HNK World Part 1

Tarikh Keputusan SPM 2010 | 23 March 2011

http://3.bp.blogspot.com/-BFOKr74Ik-s/TVZDo39Dt-I/AAAAAAAAAvI/yPBZdbtr1gU/s320/Logo-SPM.jpg

Amacam.? Cuak tak.? 23 March 2011 ni keluar resultnya. Rilex, rilex..Aku paham situasi korang yang tengah berdebar-debar tunggu result SPM. Sama je macam kitorg yang tengah tunggu result exam dekat U ni. Perasaan dia sama je. So, harap-harap bersabar and to my bro selamat lah yer walaupun angah tahu kamu mmg tak study. Hahaha, apa lah nak jadi kan.? Tunggu je la result nanti macam mana yer.

Thursday, March 10, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa 5 Star From Me


Beratur bapak panjang dalam hati aku ni mesti semua nak tgok HMM tapi bila sampai kaunter banyak je seat kosong lagi. Asal wayang tak penuh.? Tak best ke cite ni.? Ops, lupa plak aku pergi time orang kerja. Hahaha..

Memang terbaik. Nice action, susunan cerita menarik, semua-semualah terbaik. Tahniah KRU Production. Tak sia-sia lah tengok tadi. Kira tiket RM14 tak membazirlah walaupun ada member yang belanjakan. Pssst, pada kawan yang belanja aku makan and tgk movie tadi thankz a lot. Lain kali free ticket wayang lagi ok. Tengah-tengah sakit pening FYP berhibur sebentar.

Tuesday, March 8, 2011

Hanya 4 Peratus Bayar Saman


Kecoh betul pasal saman sekarang ni. Dulu kerajaan kata last date bayar saman 1 Mac 2011. Then dilanjutkan 10 hari pada sesiapa yang belum menjelaskan saman mereka. Haaaa, dari 1-6 Mac 4% je yang bayar saman.? Daripada 17.3 juta saman, 700,000 saman je yang dah dijelaskan. Sumber dari myMetro.

Nasib baik lah aku pemandu yang berhemah. So, takde saman melekat. Kalau ada ayah aku dah bising dulu. Check saman je penuh dari Shah Alam. Hahaha, nasib kali ni tak ada kan ayah.? Lepas ni siapa yang tak bayar saman tak tahulah pula apa tindakan kerajaan. Dengar-dengar kereta akan di BLACKLIST.??

Sunday, March 6, 2011

Buffered Earning Kenapa Kau Muncul??

Time aku tengah busy dengan 
FINAL YEAR PROJECT 
Baru engkau nak datang??

Ahhhhh, aku tekanan..
Kawan-kawan silalah berkunjung di blog usangku ini. 
Terima Kasih daun keladi lain kali datang lagi

Friday, March 4, 2011

"Undi Dengan Bijak" Kata Kak Limah


Booo
Hahahahaha
Aku kompem undi!!

Thursday, March 3, 2011

Siapa Bi Anne Yang Sentiasa Jadi Rebutan?

Bi Anne, anak kepada Low Swee Siong dengan Tan Siew Siew. Malangnya ibu bapa B Anne dah bercerai. Kesian budak ni. Keluarga berpecah anaklah yang jadi mangsa. Memang macam ni lah kronologi dari dulu lagi. Tapi kes Bi Anne ni special sikit sebab kalau ayah Bi Anne lambat sehari pulangkan B Anne dekat bekas isterinya memang kena saman. Banyak woo RM400 sehari dan yang paling memeranjatkan ayah dia dah kena saman dekat RM70,000 demi Bi Anne yang enggan balik ke pangkuan ibunya. 

Sebab kasihkan anak si ayah sanggup bayar saman sebanyak itu. Emak dia pun berperikemanusiaan lah sikit. Kalau dah anak tak nak duduk buat apa nak paksa-paksa.? Dengar cerita mak dia ni pengurus dekat Britain.


Ayat ni paling menyayat hati aku :

Tuesday, March 1, 2011

Kisah Aku dan Maxi Skirt


Wardrobe.? Ok, haruslah korang tahu dengan istilah perkataan wordrobe kan.? So, nak dikaitkan dengan entry aku kali ni haruslah baca sampai habis. Bergaya.? Up to trend.? Oh, malang sekali insan yang bernama Noor Aishah Shafiee ini. Siapa dia.? Pemilik blog blogcaripasal lah kan. Kenapa aku cakap aku malang.? Because aku tak tahu macam mana nak bergaya and i feel a lil awkward bila aku mula mahu mencuba sesuatu style. Why.?

  • Kekok is the main point
  • Tak kena dengan susuk tubuh yang kurus melidi
  • Dikenali dengan gaya bersahaja di kalangan rakan-rakan
  • Tiada perasaan confident mahu pun overconfident

Ok, so itu adalah reason-reason kenapa aku rasa aku out trend. Banyak corak pemakaian aku ni bercorak playsafe. Just jeans and for the top tshirt. Kalau nak lagi nampak ada gaya sikit cover up dengan sweater. Sweater bukan yang gedabak tu but yang agak mengikut trend. Hahaha, dush3 sebut pasal trend pulak dah. So, kat sini aku ada main sikit photoshop dan menghasilkan beberapa gambar super imposed. Tak berapa nak super lah sebab aku memang dok gelak sorang-sorang sampai terguling-guling ni. Korang nak join aku gelak sekali.?

Saman Ekor Tak Bayar Kau Blacklist

Blacklist.?

Kecoh sana sini sebut pasal saman. Mana nak bayar.? Kereta kau kena saman tak.? Mampuslah aku kalau tak bayar kereta kena blacklist. Tak bayar saman tak boleh renew road tax eh.? Haaaa, macam-macam lagilah. Then, tempoh pembayaran saman kena buat before 1st March 2011 and sekarang dah berapa haribulan.? Sudah end of date. Hoi, kesian wei kat diorang yang tak sempat nak kumpul duit bayar saman. Kesian, kesian, kesian. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails