Tuesday, November 30, 2010

UiTM Kampus Tapah beroperasi 27 Disember


TAPAH 29 Nov. – Seramai 450 pelajar akan mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama memulakan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Perak Kampus Tapah yang dijadual beroperasi pada 27 Disember ini.
Pengarah Kampus UiTM Perak, Prof. Dr. Ir Zainab Mohamed berkata, buat permulaan, pelajar-pelajar tersebut akan mengikuti kursus-kursus pilihan yang ditawarkan menerusi Fakulti Sains Komputer dan Matematik.
”Pelajar-pelajar terbabit, ada yang sebelum ini ditempatkan di kampus induk di Shah Alam dan ada sebahagiannya merupakan pelajar baru.
”Mereka akan memulakan minggu orientasi pada 27 Disember ini sebelum memasuki kelas-kelas pengajian pada awal Januari,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Bangunan UiTM Perak Kampus Tapah di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Datuk Dr. Ir. Safry Kamal Ahmad dan Pengarah Pembangunan UiTM, Alias Taib.
Dalam masa sama, katanya, kewujudan cawangan kampus baru bernilai RM47 juta dengan keluasan hampir 11 hektar itu dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi membabitkan kawasan di persekitarannya.
”Kita melihat, banyak pertumbuhan ekonomi baru membabitkan masyarakat setempat juga dapat dijana berikutan kewujudan kampus ini.
”Perancangan kita ialah mahu menjadikan UiTM Perak Kampus Tapah dikenali sebagai kampus ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) memandangkan kepentingan dan perkembangan semasa yang ditekankan di bidang ini,” katanya.
Beliau berharap, kampus baru tersebut mampu berperanan sebagai pusat ilmu dan penyelidikan yang mampu menyumbang kepada kemajuan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

3 comments:

ahfat said...

UHH.

Anonymous said...

sje jlan cri psal.. hehe.. nice...

Ecah Shafiee said...

@Anonymous
hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails