Friday, July 30, 2010

Banci Penduduk & Perumahan


Hohoh..Nyanyi sikit..Banci Penduduk dan Perumahan..
Ini lah kerja part time aku sekarang..Saje nak amik experience and leh jana duit sikit-sikit.
So, masalahnya sekarang aku jaranglah hendak berblogwalking.
Ade je mase free aku akan pergi buat banci.
So, sori kawan-kawan aku x dpt nak balas jejak korang sangat.
Pada yang masuk and komen kt blog aku thankz a lot.
Ada masa aku update lagi wokeyh..

Nanti aku story kat korang pengalaman aku as a PEMBANCI ok not PEMBENCI..

Banci Penduduk dan Perumahan!!


Sunday, July 25, 2010

Pembongkaran Bacaan Kalimah Syahadah seorang Guru Pengganti di UITM??



Ok, tajuk entry ku kali ini agak panjang.
Kasi alert sikit kerana tersangatlah penting.

AWAS!!

Bacaan KALIMAH SYAHADAH salah dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia(PSSCM)
Benarkah??


Aku pun x dapat detect pe yang lainnya. Tapi di UiTM sudah tersebar mengenai perkara ini.
Ada pihak meletakkan flyers di merata tempat di dalam UiTM. Antaranya di raga motor dsb..

Antara isi yang terkandung :

Seluruh umat Islam dinasihati agar menjauhi segala aktiviti, keahlian atau program yang dijalankan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia(PSSCM) walau di mana jua..

Kini mereka sedang cuba memerangkap pelajar-pelajar di UiTM seluruh Malaysia.


Friday, July 23, 2010

Sharpener Kucing Yang Mengiurkan!!


Apa Pendapat Korang??
Yang ni pulak??

Jeng.Jeng.Jeng


Aku Idamkan Table Laptop Begini Rupa!!


Kat mana nak cari ni woi??Stylo giler!!
Biasa aku main ngan Laptop aku atas katil jerk..ops, lain mcm je bunyinyer..
Jgn pikir lain na...

All-In-One-PC


CD Player Dalam Keyboard & LCD Monitor

ZPC-GX31

iOne-GX31




Memperkenalkan Kashfee Anggun Butik


Berbalik pada new entry aku ni plak aku telah ditugaskan sebagai cousin yang beribawa dan sayang-menyayangi di antara cousin-cousin ku yang lainyang berkehendakkan aku mempromot blogshopping nya.
Ok, cube korang klik blogshopping ni : http://kashfeeanggun.blogspot.com/


Ok, dah klik? 1st impression korang aku tawu dah mesti korang ckp wow!!Bapak mahal??
Jangan salah sangka lak. Mahal pada kualitinya. Aku cakap terus terang lah yer perbezaan kain songket ini ngan kain songket yang lain :
  • Warnanya x luntur
  • Kain sangat berkualiti, tidak mengecut atau mengembang selepas dibasuh. Kalau hantar dry cleaning kain lagi nampak berseri-seri.
  • Kat Masjid India mmg byk tp tu sume kalau dibasuh kompem turun color beb and kain akan mengembang.
Aku xnak story lebih-lebih. Korang try la satu. Aku da beli satu..anda??
Sebab itulah pemilik blogshop ini ada menyatakan Hanya untuk pembeli yang serius!





-Jalan.Singgah.Baca.Komen-

Wednesday, July 21, 2010

Cara-cara Nak Lupakan Ex Kita

Cara-cara Nak Lupakan Ex Kita

Ok, apa yang aku nak share ni base on my pengalaman la. Aku kadang-kadang serabut dengar pendapat orang lain. Maybe sikit jerk kita leh ikot bcoz sometime dorg kasi pendapat tp dorang x pernah alaminya sendiri. So, as a person yang pernah heart broken mcm aku ni. Bkn sekali, dua..ade la 3 kali kot. So, how i handle the situation? Kalau korang rasa cara aku ni leh tenangkan hati korang, so maybe kapada yang ade masalah sama ngn aku leh cube.

Ok, 1stly aku nak tanya. Kepada girl, why bf korang tinggalkan korang? Macam aku, ex aku x tinggalkan aku pon tp aku yang mintak clash. WHY?? Bcoz, ex2 aku kebanyakan sume wat perangai. So, dari kite harapkan dia layan kite lebey2 mmg xkan dapatla. Why kite nak cry2 segala sedangkan si lelaki x rase pe yg kite rase. Tengok-tgk dia lagi enjoy. So, what for tunggu lagi?? Jauhkan diri uol dari ex uol la.

Masalah yang timbul sekarang is bila korang da meng'over' or terminated sesuatu realtionship, korang mule la rase rindukan si dia even hati tgh panas ni..

So, ape yang menyebabkan uol terigt dia balik?? As example if ex kite ade facebook then bile tgk dia on fb chat hati mule la gatai nak say hye kat dia. Sdgkan tiada balasan dr si dia. So, aku cadangkan korang BLOCK si dia. So, automatik si dia x de dlm friend list and langsung xkan ade connection ngn dia. Kire kalao uol search dia mmg xkan jumpe la. Then bile da remove dr friend list xkan over nak add dia balik right?? Then, resultnya korang xkan igt kat dia dah. Ni yang aku buat sekarang and i can lupekan ex aku yang dulu aku syg tahap gaban.

Another way is kalau korang ade blog. Buat satu entry khas untuk si dia. Nak isi apa dalam entry tu? Kutuk dia kah? Perli dia kah? Reveal rahsia dia kah?? NO, NO, NO!! Simple jerk, korang buat satu entry mengenai kisah korang di alam percintaan. Keluarkan semuanya. Suka dan duka. Ni kire cam luahan perasaan la dalam blog. Then, bile ade yang membacanya mesti post komen and kasi kata-kata semangat. Kata-kata semangat tu la yang penting buat kita feel nothing kat si dia anymore. 

Satu lagi cara pulak korang find someone else. Jangan carik someone untuk lupekan si dia. Bukan ini maksud aku. Someone tu adalah kawan kite yang leh dipercayai. Someone yang sanggup dgr and kasi pendapat kat kite. Kalao someone kite tu adalah lelaki lagi bagus. Dorang lagi phm pe yg laki mahukan. And maybe hubungan korang itu akan mula berputik. Itu yang lagi nikmat.

Actually ada banyak cara lagi. Jangan kerana frust bercinta kita sanggup buat something yang boleh menyakitkan tubuh badan kita. Sayangi diri anda kerana sebenarnya ada orang yang masih sayangkan anda. Terap satu moto dlm idup korang. Macam aku, aku buat satu moto. "There must be someone else for me out there". Then, moto ni aku buat as wallpaper. Hari-hari kasi aku semangat baru untuk lupekan SI DIA!!

Monday, July 19, 2010

MUSIM ARTIS CERAI


Aku x tawu la korang pasan ke tidak..
Tapi, disebabkan aku ade 1 lagi blog khas untuk gosip artis :

Dan menjadi rutin harian pergi terjah blog and website-webstite yang ade info sal artis yang panas2!!
So, dlm sebulan mak aih..banyak nyer info sal artis cerai..
Ok, kite mulekan dengan 

1) Kes Penceraian Abby Abadi
2) Kes Penceraian Nora Danish
3) Kes Penceraian Aleeza Kassim
4) Kes Penceraian Anne Ngasri
5) Terbaru Kes Penceraian Maya Karin

Haish..lepas satu-satu pasangan bercerai..Da macam jadi satu tradisi~

JALAN JALAN CARI KAWAN SAMBIL SHOPPING !

Menjengah blog ben sebentar tadi and ternampak satu segmen anjuran ben sendiri..
Segmen ape..??Segmen : JALAN JALAN CARI KAWAN SAMBIL SHOPPING ! 

Apa yg perlu dilakukan?

1 ) Header ni mesti ada .. linkkan ke entri ini .. Tulis tajuknya iaitu JALAN JALAN CARI KAWAN SAMBIL BERSHOPPING BERSAMA BEN ASHAARI



2 ) Soalan ini mesti dijawab : Jika anda diberi sebanyak RM100 , diberi pilihan untuk bershopping secara online , blogshop manakah anda akan bershopping dan apakah barangan yang akan anda beli ? Pilih 1 drp 5 blog yg ada kt blog ben.


SO, aku pilih..http://shawlsayucinta.blogspot.com/
Kenapa aku pilih blog ni.?Sebabnyer blog ni ade shawls!!So, aku nak shopping shawls la pulak dengan RM100 tuh..Leh buat pakai raya nanti!!

Housemate Diperlukan Segera!!


 IKLAN jap..
So, sape-sape yang tgh mencari umah and berminat silakan mendail no. yg tertera okei..??

Sunday, July 18, 2010

Bon Odori 2010 di Shah Alam

Bon Odori.?

Acara menari bersama yang disebut Bon Odori (盆踊り ?, tari Obon) dilangsungkan sebagai penutup perayaan Obon ( serangkaian upacara dan tradisi di Jepang untuk merayakan kedatangan arwah leluhur yang dilakukan seputar tanggal 15 Juli menurut kalender Tempō (kalender lunisolar).
Pada umumnya, Bon Odori ditarikan bersama-sama tanpa mengenal jenis kelamin dan usia . Konon gerakan dalam Bon Odori meniru arwah leluhur yang menari gembira setelah lepas dari hukuman kejam di neraka.

Bon Odori merupakan puncak dari semua festival musim panas (matsuri) yang diadakan di Jepang.
Bon Odori sering dilangsungkan di tanah lapang, atau di ruang-ruang terbuka tempat orang banyak berkumpul.

Semalam aku turun Seksyen 22 g usha fest ni. Stgt banyak dish Jepun dari sushi ke air minuman..Sangat-sangat banyak and ramai gile orang. Aku beli tokiyaki ngn nasi scallope jerk..Tp RM leh thn juge lah..Habis duit kat situ jerk.

Then time acara tarian bermule, ktorg pon turut same la nari beramai-beramai. Ktorg nari juz for fun..xde nyer nk turut serta nari bcoz of nk mengingati roh nenek moyang depa k..Gmbr x upload lg so xde gmbr wat mase ni..Tp korg leh usha video tarian dorg kat sini



Di tengah-tengah ruang terbuka, penyelenggara mendirikan panggung yang disebut Yagura untuk penyanyi dan pemain musik yang mengiringi Bon Odori. Penyelenggara juga sering mengundang pasar kaget untuk menciptakan keramaian agar penduduk yang tinggal di sekitarnya mau datang. Bon Odori juga sering digunakan sebagai sarana reuni dengan orang-orang Jepang yang pergi merantau dan pulang ke kampung untuk merayakan Obon.

selanjutnya



-Jalan.Singgah.Baca.Komen-

Saturday, July 17, 2010

Musim pelihara digimon suatu ketika dahulu


Musim pelihara digimon suatu ketika dahulu. Anak-anak ramai merengek-rengek kt parents masing-masing semata-mata suruh belikan benda ni.
Kita kena jaga dia, kasi mkn, main, ubat, dll..



Sejenis hobi kegemaran suatu ketika dulu
Anda.?

Friday, July 16, 2010

FYP PROJECT - Bikin Hal Lah

Final Year Project (FYP)

Bikin hal lah..pening kepala nak pikir tajuk..
Guys, HELP plz..
Aku ni student Data Communication & Networking. So, sape-sape ade suggestion x topic yang korg rase best untuk dipropose.
Aku ingat nak buat authentication system pakai smart card. So, kat situ terselitlah security serba sedikit.
Tapi..??Hmm..any suggestion??

Wednesday, July 14, 2010

Sistem Daftar Pengundi Baru Secara Online


Tujuan : Menuntut SPR agar membuat Pendaftaran Pemilih secara Online atau membuat pendaftaran automatik kepada Warganegara yang layak. Promosi pendaftaran pengundi-pengundi baru khususnya anak-anak muda yang jumlah mereka mencecah 4.39 Juta Orang.


Pendaftaran pengundi baru boleh dibuat dengan beberapa kaedah:-


(a)
Pejabat-pejabat SPR
(b)
Pejabat-pejabat pos berkomputer
(c)
Wakil-wakil jabatan
(d)
Wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);
(e)
Pasukan Outreach SPR |Tiada aktiviti ketika ini






Layari daftarundi.com untuk maklumat lanjut 







-Jalan.Singgah.Baca.Komen-

Monday, July 12, 2010

Cantik Menarik Tertarik Kau Memang Pelik

The King’s Walkway – Laluan  pejalan kaki  paling bahaya di dunia

The King’s Walkway boleh dianggap satu daripada laluan pejalan kaki

yang paling bahaya di dunia terletak di El Chorro, dekat Alora di Malaga, Sepanyol. Bukan untuk mereka yang takut dengan ketinggian. 





The Great Blue Hole of Belize - Lubang di lautan terdalam di dunia
Jika kamu datang berdekatan pantai Belize, anda mesti melawat Great
Blue Hole, salah satu daripada keajaiban alam.
 Great Blue Hole terletak
di Beliza,
60 batu daripada bandar Belize. Dipercayai lubang di
dalam lautan terbesar di dunia. 


Hashima - Pulau hantu yang ditinggalkan
Pulau Hashima, digelar 'Pulau Hantu' kerana ditinggalkan penghuninya.

Spain Menang 1-0

Ramalan sotong Paul benar belaka. Spain mengungguli Piala Dunia kali ini.
Kemenangan yang berpihak pada Spain mencetuskan satu lagi revolusi. 
Perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan.

VS

1 - 0

Sunday, July 11, 2010

Kucing = Pemalas??


Bukan nak ckp ape lah. Sedap plak dia tido time tgh makan.?
Sehingga kan nasi dikerumuni semut pon si kucing ni x sedarkan diri..







Pagi Ahad = Duduk Termenung Depan Laptop



Tiada tutorial, Tiada Iklan Free, Tiada Info, Tiada Isu..

So, entry kali ini tiada lah perkara-perkara seperti di atas.
Aku juz nak sembang kosong share walhal dan perilaku ku diz weekend.
Arini Ahad, Semalam??Jumaat..ape ke bengong..semlm SABTU!!

Sepanjang ari aku tiada di rumah. Ikuti tentatif aku ni :

Pagi (7.30am) : Aku dikejutkan member aku Nadirah tok teman dia g pasar seksyen 16. Kenapa kena g pasar??G beli haiwan tok dijadikan BBQ di malam hari.

Pagi(8.45am) : Nad sampai and ktorg gerak g pasar bersama dengan Gjiey Ehsan. Merayau-rayau dlm pasar. List dikeluarkan (ayam, udang, sotong, kerang, daging kamben, daging lembu, brg2 perapan, sos dll)

Tgh ari ( 12.10pm) : Selesai membeli belah. Bukan di pasar seksyen 16 sahaja. Merayap sampai ke tesco dek kerana mencari DAGING KAMBENG!! Pulang je rumah aku  and nad melakukan kerja-kerja penerapan. Kekuningan jari kami dek kerana KUNYIT!!

Petang (5.00pm) : OMG!!Marathon Benci Bilang Cinta. Layan sat.

Petang (6.30pm) : Kami bersiap2 dan terus gerak ke rumah Gjiey and pick up Gjiey and Nabil. Ke mana??Shoot ke Cyberjaya untuk amik one of kawan kami Nana Eva di MMU. Perkara yang x disangka..Kereta milik Nadirah si bumblebee kancil itu meragam. Enjin tersengguk-sengguk and akhirnya kami decide nak kasi itu bumblebee rest and kasi dia minum. Tekak dia kering kot sehingga kan temperature nyer naik. Akhirnya. kami tiba di MMU (wuhuuu..dpt gak masuk MMU - 1st time)

Malam ( 8.30pm) : Gerak ke Shah Alam semula. Kami dikejutkan pula dengan hujan monsun timur tgh. Masing-masing da menggelabah carik tempat utk BBQ. Plan asal kami di Tasik Seksyen 7. Hujan la pula..xpe2, kite lepak dulu.

Malam (10.30pm) : Hujan berhenti then kami meneruskan dengan plan asal. Terus shoot ke tasik and prepare set BBQ. Adoi!! Salah beli Arang pula. Arang keras kematu yang sukar terbakar. Nasib ade zul selaku leader bakar membakar (baru je lantik..heheh). Then, kami start memanggang haiwan-haiwan tersebut. Da masak masing-masing pelahap makan.

Pagi ( 12.10am) : POP!! Tibe-tibe tasik bergelap. Ok, For your information, kol 12 mmg tasik tu bergelap secara automatiknyer. Pasang lilin la ape lg ( budget romantik).

Pagi buta (1.45am) : Semua keletihan. So, kami kemas2 then pulang ler. Sampai jerk umah area kol 2pg aku dah x pikir pe..Cuci muke and ape yg patot trus kroOohhh3!!


Sekian sketsa ku di pagi Ahad ini. Petang-petang sikit aku update lagi blog aku.




Friday, July 9, 2010

Malam Bersama Upin & Ipin

Kalau pada tahun lepas, Les' Copaque Production bersama Geng's Corner telah menganjurkan Malam Bersama Geng. Pada tahun ini pula, kita dapat menyaksikan Malam Bersama Upin & Ipin yang juga hasil anjuran bersama. Acara ini akan dilangsungkan pada 10 Julai 2010 pada pukul 8 malam dan bertempat di Geng's Corner Putra Height. Pelbagai acara yang telah diaturkan oleh semua peminat antaranya ialah penampilan pelakon suara, maskot, permainan, pendaftaran kelab ahli dan macam-macam lagi.
Bagi semua peminat khususnya yang tinggal berdekatan dengan Putra Height pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan untuk berjumpa dengan pelakon suara Upin & Ipin. Antara yang akan membuat penampilan ialah adik Asyiela Putri (Upin/Ipin), Ida Shaheera (Kak Ros), Hasrul (Mail) dan ramai lagi. Dengar kata, maskot Upin & Ipin pun akan datang bersama kawan-kawannya. Pasti satu malam yang sungguh meriah dan bermakna bagi peminat setia Upin & Ipin. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En Mohd Zarin (012-239 9327) atau emelkan kepada zarin@lescopaque.com

Thursday, July 8, 2010

Lama Tak Korang Tunggu Cheque Nuffnang??

Sudah lama rasanya x update blog. Memang sangat-sangat resah hati dibuatnya lagi-lagi tengok visitor makin menurun. Adoii..I must do something. Tp nak buek lagu mane..WIMAX terlalu slow sampaikan nak bukak mane-mane blog pon mengambil mase yang agak lame sampai dia keluar :

This webpage is not available.

Hahaaha..
Tapi bukan ni lah yang aku nak cerita wat masa ni. Aku just ade sedikit soalan untuk sape-sape yang leh jawab soalan aku ni dengan confidentnyer..
Time aku cash out my earning tuh aku berstatus ordinary..Mengikut kata-kata abg nuffnang i must wait about 2months. And aku tunggu skang da sebulan 2mnggu cmtu. Aku masih xdpt email mengatakan cheque aku sedang diproses. So, agak-agak korang berapa lame lagi aku leh dpt email tuh??Sape pernah dapat lebey dari 3bulan??

Monday, July 5, 2010

Laut Terbelah di Korea Selatan


Kejadian berlaku berhampiran Pulau Jindo
Ramai pengunjung menyaksikan sendiri kejadian laut terbelah seolah-olah mengingatkan kembali kejadian di mana Nabi Musa yang membelah laut bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun
Faktor semula jadi - Berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.
Lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.
Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya
Dinamai "Moses Miracle", dua kali setahun terjadi air surut, terbuka suatu alur daratan sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter

Pengunjung mengutip hasil-hasil laut yang tersadai

Cara nak solve masalah ping di GengBlogger

Da berzaman aku ade mslh nak ping ni. Agak geram la bile ade entry baru tp xdpt nk hebohkan kt GB. So, pagi ni niat aku bukak gengblogger bukan la nak ping. Just nak tengok la kot-kot ade entry baru yang menarik. Leh gak jadi bahan bacaan aku pagi ni. Mata aku berpaling kat area FORUM and aku nampak "PING problem...info terkini!".


Aku klik la and bace ape yang patut. So, kat situ aku da leh resolve masalah entry xleh ping. Camner carenyer??

Korang g kat setting..
Then, korang perasan x yang blog korg xde??Clear jerk..Ha, tu la masalahnya. GB macam format balik then maybe x pasan ade sesetgh link blogger xder. So, carenye korang set la balik link blog korang.
Finally, klik kat rumah then korang leh ping blog korang as usual.
Simple kan..??So, jgn bising-bising2 lagi..G settle kan sekarang sape yang ade masalah sedemikian.

Sem Baru Bermula = ANTI WIMAX

5hb 7 2010 bersamaan hari Isnin. OMG!!Skrg ni dah 5hb, and now da pukul 1.00 pg. 
Da start sem baru rupenyer..Gosh~
Maknenye, sesi perkuliahan pon dah bermula!!
Ni yang paling aku x berapa nak gemar. Bangkit pagi-pagi ngadap muke lecturer and focus!!(focus ke??)

Hahaha, nway bukan satu ni jerk yang buat aku rase down.
Mase cuti sem aku x balik rumah. Aku duduk rumah sewa ku and dengan berbekalkan WIMAX aku berhujah, berblogcrawling, berfacebook dll. Pendek cerita aku leh masuk satu page dengan hanya beberapa second page loading nyer. Tapi sekarang???Ape yang da berlaku???

Budak-budak kembali masuk sem baru. So, apa kaitannya??
Berkaitla sayang2ku sekalian..Dorg dah balik sini mesti dorg online punyer. Tambah-tambah lagi area aku x support streamyx. So, nak xnk kena pakai WIMAX. 
Kesimpulannya, aku nak berblogwalking pon sangat-sangat slow. Beberapa minit per blog. Mcm mane ni??
Ni, perkara yang aku paling-paling cepat sensitip. Makkk, agh nak balik umah!! Kat umah ade uncle stymyx!!

Final words : 

Sunday, July 4, 2010

Tutorial Scroll Box HTML Code

Mesti korang rase bende ni bergune kan untuk blog korang..
Lagi-lagi kalau ade yang letak exchange link yang bagi aku da berjelar-jelar panjangnyer and itu menjadikan blog korang makin jenuh nak di scroll down smpai ke bawah..

So, meh aku kasi code nyer kat korang..



HTML Code:


Ia akan looks like scroll box aku kat bawah ni..Yang kat bahagian exchange link tuh..


Saturday, July 3, 2010

german menang besar

VS


German menang 4 - 0 beb dgn ARGENTINA

Friday, July 2, 2010

Brazil Tewas 2 - 1 dengan Nederland

Malam ni aku layan bola dengan ayah aku. Usha game Brazil ngan Nederland. Aku sokong England actually tapi England dah tumpas di tangan Germany. So, 2nd team aku sokong Nederland. 

Keputusannya??

VS

1-2

Brazil kalah di tangan Nederland. Dengan itu melayakkan Nederland ke semi final.

15 SYARAT LELAKI UNTUK SI GADIS


Betul ke sesuatu hubungan itu perlukan keserasian each other??Ape pentingnya keserasian ni??So, kat sini aku nak share 15 syarat lelaki untuk si gadis. Sebenarnya ade banyak lagi syaratnya tp takut ade yang x mampu pulak nak baca.

1. Punya minat dan hobi yang sama dengannya. Contohnya meminati pasukan bola sepak yang sama.

2. Cepat faham andai kamu sedang marah atau pun bengang mengenai sesuatu perkara. Lebih menyenangkan, si gadis itu cepat-cepat menenangkan kamu…

3. Sentiasa ada sama ada bersamanya. Tidak kira semasa gembira atau berduka.

4. Gadis tidak bermuka-muka. Depan cakap lain, belakang cakap lain.

5. Bijak menjaga sahsiah dan tatasusila diri. Ha, lebih penting si gadis itu tidak mengada-ngada atau gedik tidak bertempat.

6. Pandai masak. Lebih manis jika si dia boleh masak menu kegemaran teman lelaki.

7. Hormat orang. Ramai lelaki menyukai gadis yang tahu untuk hormat orang lain termasuklah teman lelaki sendiri.

8. Tidak bersifat meterialistik!

9. Tahu berfesyen. Kadang-kadang perempuan main pakai apa yang disukainya saja. Perlu ingat, lelaki juga sebenarnya celik fesyen tau!

10. Tidak mengenakan pakaian yang terlalu seksi. Nampak merimaskan!

11. Cakap lepas. Lebih elok jika gadis itu menjaga perilaku dan tutur kata. Barulah manis!

12. Boleh bercakap atau berbicara mengenai apa sahaja. Terutamanya mengenai hal dunia semasa.

13. Solehah.

14. Tidak mengumpat, suka menjaga tepi kain orang atau berbangga dengan kelebihan diri sendiri.

15. Tidak lokek duit ketika meluang masa bersama sama ada ketika makan-makan, atau pun menonton wayang.


-Jalan.Singgah.Baca.Komen-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails