Tuesday, May 25, 2010

Myfriends2u.com setanding Facebook??


PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam melancarkan laman sosial myfriends2u.com bagi memudahkan golongan belia mengetahui aktiviti yang bersesuaian mereka sertai.


Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kewujudan laman berkenaan selaras dengan perkembangan pantas Internet yang memerlukan penyampaian berita dengan cepat dan terkini.

"Untuk itu, laman berkenaan juga akan menjadi platform atas talian bagi golongan belia untuk bertukar idea, menjengah peluang pekerjaan dan membina perniagaan sendiri.

"Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan kefahaman golongan belia mengenai kepentingan Internet dalam menguruskan aktiviti seharian mereka," katanya dalam ucapan pelancaran laman sosial myfriends2u.com di Menara KBS semalam.

Jom ramai-ramai join laman sosial yang latest ni. At least kita support laman sosial Malaysia.

1 comment:

Pokteh MyWap said...

tq for u support myfriends2u.com ...

Credit: Lan89
Support: MalaysiaWap.net

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails