Saturday, May 29, 2010

Larangan penjualan rokok kurang 20 batang dikuatkuasa tahun depan

KUALA LUMPUR 29 Mei - Larangan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, peruntukan bagi larangan itu telah pun diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
"Diharapkan dengan tempoh masa yang telah diberikan ini, semua syarikat rokok dapat mengambil tindakan persediaan yang secukupnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr. Hasan berkata, seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara maju, larangan itu bertujuan membendung golongan remaja dan mereka yang berpendapatan rendah membelinya.
Katanya, tabiat merokok amat merugikan selain dari memudaratkan kesihatan sekali gus menjejaskan tahap ekonomi perokok tersebut. - Bernama

4 comments:

Syukie said...

Saya ada jual ubat untuk berhenti merokok..
Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya,keterangan lanjut di


http://airfood.blogspot.com/2010/05/berhenti-merokok-dalam-7-hari.html

berhenti lah merokok sekarang sebelum anda menyusahkan orang lain.

ecah said...

woww..my bro kan baru2 ni batuk n tekak dia berdrh..sumenyer bcoz of ketagihan merokok..n now dia ckp dia xnk smoke dah..hopefully la..tol la org ckp da terkena baru nak stop..

Hasrol Nizam said...

larang jgn tak larang..

ecah said...

moh pakat ramai-ramai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails